CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Ahad, 21 Julai 2013

Resepi Rendang Tok

Gambar rendang tok dalam proses di masak...


Salam Ramadhan semua...
hari ni obie nak berkongsi salah satu resepi rendang..
iaitu rendang tok...
mesti korang teruys terbayang akan keenakan rendang tok ni kan..
bila makan dengan ketupat..lemang..perrghh tak boleh citer banyak-banyak..
dibulan puasa ni...

semoga korang boleh mencuba..dan menikmati hidangan rendang tok ini..sama ada dalam bulan puase mahupun paada hari raya nanti..
Bahan

600gm daging
250 gm  kerisik
1 liter santan cair
1 liter santan pekat
1/2 cawan air asam jawa
4 sudu besar gula melaka 
4 sudu besar gula pasir
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Bahan kisar
4 sudu makan ketumbar
2 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
1 sudu teh lada hitam
4 sudu besar cili giling
4 batang serai
1 inci  halia
1 inci lengkuas
2 biji buah keras
2 biji bawang besar

Bahan tumis

4 biji bawang merah - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
1 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih

Cara-cara :

1. Daging dipotong dadu ( standard rendang ), dibersihkan dan ditoskan. Perap daging bersama bahan kisar, air asam jawa, gula melaka,gula pasir , sedikit santan dan garam. Biar seketika dan ketepikan (15-20 minit )

2. Kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga cengkih. Tumiskan sehingga wangi. Masukkan daging yg telah diperap tadi dan Kacau sebati.

3.Masukkan baki santan dan kacau lagi sehingga kuah tinggal separuh. Kemudian masukkan kerisik dan kacau lagi sehingga kering.

4.Perlu diingat, Masaklah dengan api yang agak perlahan sambil dikacau tanpa henti hingga kering. Bila dah kering bolehlah angkat dan sedia untuk dihidangkan.

steady...  kacau rendang ni dengan penuh kesabaran dan kasih sayang...


Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign