Lyric Tanggal 31/31 Ogos
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka
Ulang Daripada Mula
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka
Merdeka.. merdeka.. merdeka..
MERDEKA!
Obie bersyukur dan berbangga sebagai warga Malaysia...
Selamat Menyambut Hari kemerdekaan Yang Ke- 56
56 Tahun Kemerdekaan
Setelah 56 tahun mengecapi kemerdekaan, Malaysia membangun dengan penuh bergaya. Pembangunan yang dicapai begitu pantas dan dinamik. Kekukuhan ekonomi dan perpaduan kaum menjadi kunci kepada keutuhan kemerdakaan yang telah dilalui. Rakyat menikmati agihan kestabilan politik, kemewahan ekonomi dan keadilan sosial yang sama dan seimbang. Pendidikan terus memacu rakyat untuk menjadi bangsa yang moden, beradab dan dihormati. Malaysia harum di pentas dunia sebagai sebuah negara membangun yang maju dan stabil.
Beberapa mercu tanda seperti projek pengeluaran kereta nasional pertama Proton Saga yang merintis industri permotoran negara, pembinaan Menara Berkembar Kuala Lumpur yang pernah diiktiraf sebagai di Menara Tertinggi Di Dunia, pembinaan Litar Antarabangsa Sepang yang berjaya menaikkan imej negara khususnya dalam penganjuran sukan lumba kereta Formula One selain mengangkat nama Petronas dalam melahirkan tenaga mahir dalam bidang permotoran dan pelbagai lagi mercu tanda dan kejayaan yang dicapai menjadi produk kebanggaan rakyat Malaysia.
Persediaan menghadapi badai langit terbuka telah dilakukan dengan penubuhan Koridor Raya MultiMedia (Multimedia Super Corridor) agar setanding dengan Lembah Silikon di Amerika Syarikat. Pencapaian rakyat Malaysia juga tidak kurang hebatnya apabila sekumpulan pendaki berjaya menawan puncak Everest pada 15 Mei 1997, berenang merentasi selat Inggeris pada 3 Ogos 2003, ekspedisi penerjunan di kutub utara pada 2003 dan ekspedisi solo menawan benua Anrtartika pada 2004. Pada 10 Oktober 2007, angkasawan Malaysia yang pertama telah dihantar ke Stesyen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Suara Malaysia didengar di persada antarabangsa apabila suatu ketika, Malaysia mempelopori usaha menentang Dasar Apartheid di Afrika Selatan. Keamanan yang dicapai oleh negara dipohon oleh PBB untuk membawa misi tersebut di negara-negara seperti Congo (1960-1963), Somalia (1993-1994), Bosnia (1993-1998), Kampuchea (1991-1994), Angola (1991) dan Timor Leste (2006). Segala pencapaian cemerlang negara adalah cetusan pemimpin dan aspirasi rakyat yang digembeling bersama untuk menjadi Malaysia benar-benar cemerlang, gemilang dan terbilang.
Kini segala usaha yang digarap oleh seluruh lapisan rakyat menjadi hadiah yang amat berharga untuk sambutan 56 Tahun Kemerdekaan Malaysia. Menghadapi alaf baru yang penuh cabaran, rakyat Malaysia seharusnya lebih berwaspada. Biarpun suatu ketika dahulu, rakyat digembar-gemburkan dengan penjajahan bentuk baru melalui pengaruh pemikiran, ekonomi, sosial, adat dan budaya, ternyata, kini, penjajahan ke atas negara lemah dan mundur yang suatu ketika dahulu telah lama ditinggalkan oleh manusia bertamadun, kini kembali semula dalam bentuk dan alasan baru.
Kita juga dikepung oleh ledakan teknologi komunikasi maklumat dan era globalisasi yang menuntut lebih pengorbanan dan tanggungjawab daripada rakyat untuk terus mempertahankan kemerdekaan sedia ada. Dunia tanpa sempadan yang diperkenalkan kepada seluruh rakyat menuntut kita supaya lebih peka dengan persekitaran yang berlaku. Justeru, konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan akan menjadi wadah untuk rakyat membangunkan negara dengan penuh keimanan kepada tuhan, berilmu, kehidupan yang harmoni, agihan kekayaan yang adil, bertamadun dan beretika.

Obie sharing daripada penulis- penganalisis Media Bahagian Penerbitan Dasar Negara Jabatan Penerangan Jabatan Komunikasi Dan Multimedia.
BANGSA PENGECUT TIADA SEMANGAT PATRIOTISME
Patriotisme adalah satu perasaan (minda dan jiwa) yang berkaitan dengan semangat bersedia berkorban mempertahankan kedaulatan tanah air dalam apa jua keadaan. Ia adalah perasaan cinta dan sayangkan negara yang dianggap sebagai tanah tumpahnya darah kita. Ia bukan satu ketaksuban melulu tetapi semangat ini adalah satu fitrah manusia yang dikurniakan Ilahi kepada manusia.
Bangsa yang tidak memiliki semangat patriotisme akan menjadi bangsa yang lemah dan pengecut. Negara akan menjadi umpama ‘sarang labah-labah’ yang mudah diceroboh dan dimusnahkan.
Warga yang patriotik meyakini bahawa negara ini adalah satu-satunya yang terbaik berbanding negara lain. Justeru, pada setiap tahun sempena menyambut kemerdekaan negara, rakyat yang ada kecintaannya terhadap negara sekurang-kurangnya akan merenung kembali perjuangan dan pengorbanan pemimpin dan perwira yang berjuang memerdekakan negara ini dari cengkaman penjajah.

Kita juga akan merenungkan pelbagai cabaran dan pahit getir yang dihadapi oleh pemimpin selepas mereka yang bekerja keras bagi mengisi erti kemerdekaan itu. Kemajuan dan pembangunan yang dikecapi negara selama ini adalah sebahagian daripada pengisian kemerdekaan.
Renungan yang penuh kesedaran dan kefahaman itu akhirnya akan membawa kita membuat rumusan bahawa satu-satu nikmat yang tidak ternilai harganya ialah nikmat perpaduan dan pembangunan yang kita kecapi.
Utama kepentingan bangsa
Di sebalik itu semua ialah hakikat bahawa patriotisme yang menjiwai pemimpin dan rakyatlah yang mendorong kita mengutamakan kepentingan bangsa dan negara sehingga menjadikan negara maju dan sejahtera.
Pemimpin yang patriotik yang diamanahkan rakyat tidak akan menggadaikan kedaulatan negara kepada pihak asing melalui runding-rundingan tertentu seperti rundingan berkaitan ekonomi. Justeru, kita berbangga kepada kerajaan yang bersifat patriotik apabila memberi jaminan bahawa hak dan kepentingan negara serta rakyat akan diutamakan dalam Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).
Elemen patriotisme juga menjadi mekanisme yang mendorong kita bersatu dan sentiasa menyemarakkan semangat juang yang tinggi bagi mendaulatkan kedudukan dan pengaruh bangsa di persada antarabangsa. Patriotisme menjadikan setiap rakyat bersedia untuk mempertahankan negara daripada musuh dan ancaman luar.
Selain itu, elemen patriotisme juga menjadikan kita warga yang tahu menghormati lambang-lambang kenegaraan seperti lagu kebangsaan dan bendera kebangsaan. Mengibarkan Jalur Gemilang adalah simbol kepada rasa cinta dan sayang kita kepada negara.
Cintai Jalur Gemilang
Sewajarlah budaya mengibarkan Jalur Gemilang menjadi amalan ketika negara di ambang menyambut kemerdekaan. Ia adalah satu komitmen yang mesti ada pada semua golongan rakyat sebagai tanda mempertahankan asas pembinaan dan kedaulatan negara.
Hari ini kita berhadapan dengan pelbagai bentuk cabaran yang boleh menghakis semangat patriotisme rakyat. Globalisasi, sekularisme, liberalisme, neokolonialisme dan ancaman pengganas adalah antara cabaran utama di abad ini. Semua cabaran-cabaran itu mampu menggugat jati diri, patriotisme dan kedaulatan negara.
Justeru, setiap rakyat yang cintakan negara ini harus meningkatkan perasaan nasionalisme dan patriotisme selari dengan tema sambutan kemerdekaan yang ditetapkan tahun ini – “Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpah Darahku”. Tema ini seharusnya memperkukuh perasaan kita bahawa Malaysia adalah tanah tumpah darah kita dan tiada negara lain seaman dan semakmur Malaysia.
Kedaulatannya mesti sentiasa dipertahankan. Ia juga mesti dipamerkan dengan sikap kesetiaan pada raja dan negara melalui sumbangan dan pengorbanan yang bermakna dalam membangunkan negara ini. Setiap rakyat mesti bersemangat untuk menyumbang ke arah kesejahteraan negara tanpa mengira kaum.

Belia kita harus sentiasa bersemangat mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran serta sentiasa bersemangat untuk membangun bakat yang ada pada diri mereka. Semua ini wajar dilakukan dengan semangat patriotik yang membara agar negara dapat bersaing secara global dan ia sekali gus dapat mengangkat maruah negara di pentas antarabangsa.
Kesimpulan, patriotisme mengandungi banyak elemen atau nilai yang membungkusnya sebagai satu pakej seperti kesetiaan, keberanian, rela berkorban, kesukarelaan, cintakan bangsa dan negara. Nilai patriotisme inilah yang mendorong kita untuk menyumbang sesuatu yang bermakna kepada negara dicintai ini.
Justeru, elemen kenegaraan ini mesti sentiasa disemarakkan dalam jiwa rakyat bagi mewujudkan rakyat yang patriotik dan bertanggungjawab pada bangsa dan negara. – BH 27/8/2013
_______________________________________________________
Penulis ialah Penganalisis Media di Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan, kementerian Komunikasi dan Multimedia.
_______________________________________________________
Penulis ialah Penganalisis Media di Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan, kementerian Komunikasi dan Multimedia.