CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Isnin, 23 Mac 2015

Resepi Biskut Raya 2015 Popular : Biskut Rainbow Styles


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera ,
kepada pembuat biskut raya pasti dah kelam kabut sejak bulan lepas, masing-masing tak nak ketinggalan membuat dan mencipta biskut-biskut baru..
hari ini chef obie kongsikan biskut yang dicipta pada tahun lepas untuk anda 
pembuat biskut..senang kata usianya baru lagi la...
dan masih ramai yang tidak tahu nak buat Styles Cookies ni...

kat bawah ni resepinya.. selamat mencuba!


Resepi Biskut Rainbow Styles

Bahan

250gm Tepung Gandum
1 sudu besar    Tepung Jagung ( brown &polson )
50 gm  Tepung Susu
250 gm            Mentega / marjerin
160 gm            Gula Aising
1 sudu kecil     Esen Vanila
Pewarna – Ungu Violet,,Biru,kuning,jambu,merah,hijau epal


Cara  Membuat

1.Satukan ke semua bahan dalam mangkuk dan uli sehingga menjadi doh.Bahagikan kepada 7 bahagian untuk diwarnakan- dan satu bahagian tanpa warna .

2.uli dan gulung doh memanjang atau menggunakan piping bag pastikan saiz seperti sebatang straw,perlu diingat styles cookies saiz setiap doh yang diuli perlukan saiz seakan sebatang straw minuman.

3.Susun setiap doh yang telah diuli menjadi seakan straw minuman atas Loyang atau dulang.Susun rapat-rapat antara setiap doh yang telah diwarnakan dan diuli.Apabila telah siap disusun.Sejukkan sebentar dalam peti sejuk selama 30 minit.

4.Keluarkan doh dari peti sejuk, potong bersilang seperti bentuk 3 segi, anda boleh memotong memanjang jika suka,Styles cookies hanya sesuai bentuk 3 segi dan 4 segi kerana keunikannya dan tiada pembaziran doh.Hias dengan gula manik

5.Bakar pada suhu 160’c selama 18 minit.


Rainbow Styles Cookie ini  boleh anda gunakan untuk hidangan biskut raya tahun ini, malah kepada anda yang ingin membuat bisnes pun sesuai- tak kire lah bisnes biskut raya mahupun hamper dan goodies.Rainbow Styles Cookies ini juga telah dikongsikan resepinya di Majalah AROMA terbitan Suri Media Sdn Bhd untuk keluaran edisi hari raya tahun ini, anda juga boleh dapatkannya dipasaran sekarang!


Doh Rainbow Styles Cookie sebelum dibakar.


Semoga kehadiran Rainbow Styles Cookies ini memberi variasi kepada biskut-biskut raya tempatan yang sedia ada dipasaran .Kepada anda juga jangan ketinggalan untuk  Dapatkan ebook terkini chef obie sila klik




Terima Kasih

Komen
2 Komen

2 ulasan:

Unknown berkata...

nak tanya , untuk doh tu tak perlu masukkan air ke ?

Chef Obie berkata...

@amalina shukriTerima kasih bertanya ,
jawapan

TIDAK PERLU MASUKKAN AIR

whatsapp / Telegram
0172260719 chef obie

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign