Sekadar melayan video muzik daripada Big bang- Tajuk lagu
Loser,...
Chef pasti setiap dari kite pasti pernah merasa diri "loser".
jangan terlalu dilayan perasaan "loser" itu... Bangkitlah!
kerana perkara Paling Luar Biasa yang berlaku ialah apabila anda mampu Bangkit dari "loser" itu sendiri...
Chef bila dah sharing video kpop..terasa ingin kongsikan masakan korea..
semoga perkongsian resepi dibawah ini membuatkan anda teruja ingin D.I.Y
Resepi Bulgogi ( Daging Korea BBQ )
Bahan-bahan
- 500 gram daging lembu (dihiris nipis)
- 1 biji bawang Holland
- 1/2 biji lobak merah
- 5 sudu besar kicap soya masin
- 2 1/2 sudu besar gula
- 3 sudu besar jus pear yang dikisar setelah dikupas kulit
- 1 sudu besar bawang putih yang dicincang
- 1/2 sudu besar halia yang dicincang
- 1 sudu besar minyak bijan
- 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
- suku cawan air
- 1/2 batang daun bawang yang dihiris nipis
- 1 sudu besar biji bijan disangai
Cara Membuat
Potong daging lembu nipis-nipis
sesuai cita rasadalam sebuah mangkuk, campurkan semua bahan dari no. 4 sampai bahan terakhirSetelah bahan-bahan dicampur dan digaul, masukkan ke dalam mangkuk yang berisi daging yang sudah dihiris tadi
Perap daging dalam peti sejuk selama 2 jam,
potong bawang besar seperti biasa dan potong lobak merah secara memanjang, iaitu dikerat dua lalu dihiris nipis-nipis lalu hirisan tadi dimayang secara memanjangMasukkan perapan daging ke dalam kuali non-stick, lalu dibuka api sederhana , dan masukkan sekali bawang dan lobak merah yang telah dipotong .
Setelah air perapan hampir kering , tutup api dan hidangkan.Selamat Mencuba
#kipidap #chefobie #