BUNGA YANG LAYU LALU GUGUR
Satu ketika dahulu, kapal-kapal saudagar ini gah meredah samudera raya.
Semua orang kenal Malaysia dan MISC ketika itu, dari La Spezia ke Sydney ke Vancouver,dari San Francisco, dari Rotterdam ke Kaohsiung, dari Shanghai ke Singapura...sebut sahaja MISC orang tempatan akan kenal dan akan membalas MALAYSIA....
sebutlah Bunga Suria, atau Bunga Melati Satu dan Bunga Melati 3, Bunga Cenderawasih dan Bunga Anggerik, Bunga Saga Tujuh dan Bunga Cempaka 3, Bunga Pelangi Dua dan Bunga Raya Dua ebagai memetik secebis dari armada saudagar Malaysia....sebutlah ia dikalangan orang lama industri, pasti mereka akan buka cerita kisah perlayaran dizaman 80an dan 90an serta didalam dekad pertama alaf ke 21...kisah susah senang orang-orang yang meninggalkan famili ditanah air menjadi nadi penggerak ekonomi negara.....
ini hanyalah sebahagian dari nama-nama kapal Malaysia yang kini tiada lagi....yang sejarah tidak akan sebut di masa depan kelak dan mungkin sea stories dari angkatan kapal saudagar ini akan hilang bersama bekas pegawai dan anak kapal yang pernah berada disana satu ketika dahulu....
itu kisah orang-orang lama dalam industri ketika itu..sekarang ia menjadi "sea stories"....tinggal cerita dan lagenda yang anak cucu kita mungkin tidak akan tahu....
dahulunya 3 jenis kapal didalam foto ini, merupakan tulang belakang penjana ekonomi negara...kapal-kapal kontena, kapal-kapal bulk carrier dan kapal-kapal tangki kimia yg jika dikumpulkan jumlah kesemuanya melebihi 50 buah kesemuanya kini telah lenyap dari senarai kapal yang didaftarkan di Malaysia...samada hak miliknya bertukar kepada syarikat asing melalui penjualan atau kapal tersebut dilupuskan....dari sejumlah 18 handysize, 9 handymax, dan 11 panamax bulk carrier dijual sekitar tahun 2004...diikuti pelupusan dan penjualan sejumlah 16 buah kapal kontena pada tahun 2012 dan seterusnya penjualan sejumlah 11 buah kapal tangki kimia dengan baki 16 buah dalam perancangan untuk penjualan pada tahun 2014....
ini adalah kisah sebuah perusahaan yang membawa merchant ensign Malaysia, dengan pangkal nama Bunga yang menjadi terkenal disetiap pelabuhan yang dimasuki, gah dengan pendaftaran Port Klang dan dikendalikan anak tempatan.....yang perlahan-lahan digantikan dengan warga asing dengan alasan kos....
inilah lagenda-lagenda kelautan moden Malaysia di era negara sedang pesat memacu ekonomi....yang kini hanya tinggal kisah kekecewaan dan amarah..
kredit facebook
-FJ-
Chef obie pernah berkhidmat di atas kapal MT Bunga Anggerik...
Pelbagai pengalaman pahit manis sepanjang belayar meredah lautan....
walaupun bermula karier hanya sebagai seorang steward...
mula merangkak menjadi acting cook dan chief cook...
Nasihat daripada kapten dan pegawai-pegawai yang amat mengambil berat
terhadap diri chef ketika itu...
maklumlah.. paling muda di atas kapal 19 tahun usia chef ketika itu...
HQ di Rotterdam City , Netherlands...belayar di..
Benua eropah, Timur Tengah , Asia..Far east...banyak lagi..
cuma tidak berkesempatan merasa Canal Bridge di Panama...
dimana kapal ditarik menaiki bukit dengan kereta api...
kenangan terindah bersama teman-teman seperjuangan ketika itu...
sekiranya ada pic anda dalam gambar di bawah..boleh direct hubungi chef obie..
dan jangan lupa perkenalkan diri...
chef obie kongsikan video dari fina af dengan lagu samudera penyanyi asal nora..
lagu samudera berkaitan pelaut...
Nyanyikan ku gemuruh di irama
Melewati hamparan hati
Ku menanti sejuta suara
Yang memanggilku serikandi
Di pasak maya pada
Akan aku gegarkan
Embu azimat nan sakti
Dan bercurah awanan
Akan aku luruhkan
Menitis emas menghujan
Ku serakkan tautan kiambang
Sebelum ku jejaki gelombang
Jika tak ku temu kekuatan
Ku ratib semangat kebangkitan
Lautan bergelora
Tidak gentar ku rempuhi
Pelayaranku, biar tenggelam tak melara
Perjuanganku, sinarnya membelah samudera
[ Samudera lyrics found on http://lyrics.my ]
Sinarnya membelah samudera
Cahaya lantera yang ku bawa
Mengharungi perjalananku
Lindungi dari badai prahara
Tetap bertahan sanubari
Ku serakkan tautan kiambang
Sebelum ku jejaki gelombang
Jika tak ku temu kekuatan
Ku rabit semangat kebangkitan
Lautan bergelora
Tidak gentar ku rempuhi
Pelayaranku, biar tenggelam tak melara
Perjuanganku, sinarnya membelah samudera
Jika tak ku temu kekuatan
Ku rabit semangat kebangkitan
Lautan bergelora
Tidak gentar ku rempuhi
Pelayaranku, biar tenggelam tak melara
Perjuanganku, sinarnya membelah samudera Perjuanganku, sinarnya membelah samudera