CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Khamis, 24 Disember 2015

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul

Kepada anda semua yang melawat blog chef obie, 
Marilah kita banyakkan berselawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W.
InshaAllah semoga syafaat baginda rasulullah diakhirat nanti bersama kita.Aamiin

AHLAN WASAHLAN يا ربيع الأنوار

Hadiah buat


#PencintaRASULULLAH


#12RabiulAwwal #١٢

_ربيع_الأول

#JomSELAWAT


مرحــــــــبا يا ربــــــــيع # مرحــــــــبا شـــــهر الأنــــــــوار


مرحــــــــبا يا شــــــفيع # بالرحمــــــــة والأنــــــــوار

Inilah bulan dinanti-nanti,
Oleh semua perindu Nabi,
Ahlan Wasahlan dari kami,
Rabi'ulAwwal yang diberkati.

Rabi'ulAwwal bulan bertuah,
Lahirnya Nabi penuh berkah,
Diutuskan sebagai rahmah,
Menyampai risalah penuh hikmah.

Alam gelap dengan kezaliman,
Menindas hamba dan perempuan,
Sembah berhala jadi ikutan,
Masyarakat dalam kejahilan.

Bangsa Arab berpuak-puak,
Minuman harian ialah arak,
Orang yang kaya menjadi tamak,
Menindas yang miskin dan fuqorak.

Ahli Kitab zaman dahulu,
Sudah tahu dan berilmu,
Sifat dan tanda pada bahu,
Insan mulia yang ditunggu.

Kedatangannya sudah pasti,
Kan menerangi alam ini,
Wajiblah kita mensyukuri,
Atas nikmat dari Ilahi.

Diantara sifat Nabi,
Tidak suka meninggi diri,
Peluh baginda sangat wangi,
Lebih harum dari kasturi.

Kemana jua Nabi berjalan,
Pasti kan ditemani awan,
Dari cahaya diciptakan,
Tidak pernah ada bayangan.

Hadis Shohih menceritakan,
Azab Abu Lahab diringankan,
Kerna gembira saat kelahiran,
Dibebaskan hamba perempuan.

Apakah perihal orang beriman,
Yang tak pernah syirikkan Tuhan,
Gembira menyambut hari kelahiran,
Nabi Muhammad Rasul Pilihan.

Pastilah syurga yang menanti,
Bagi yang mencintai Nabi,
Lebih dari diri sendiri,
Harta dan jua anak isteri.

Kami mohon pada Ilahi,
Agar sempurna iman dihati,
Dengan berkat memuji Nabi,
Selawat Salam setiap hari.

Kurniakanlah dapat melihat,
Wajah mulia Nabi Muhammad,
Didalam mimpi walau sesaat,
Agar rindu kami terubat.

Jejakkanlah kaki kami,
Ke bumi berkah Tanah Suci,
Agar dapat ziarah Nabi,
Beribadah di Taman Syurgawi.

kredit - Qasidah Marhaban Ya Rabii' karangan Al-Fadhil Al-


Maadihun Nabiyy Ustaz Muhammad Neezam Ariffin Al-

Banjari حفظه الله تعالى ورعاه

Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign