CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Selasa, 4 Julai 2017

Zon Hitam & Putih : Punca Luahan Berang Chef Wan Di Hari Raya


Kredit foto: Instagram Chef Wan 


Kerana terasa hati dengan teguran chef selebriti popular, Chef Wan, anak saudaranya yang bernama Nadmi enggan berhari raya di kampung pada tahun ini.
Chef Wan melahirkan kekesalannya terhadap Nadmi kerana bersifat kurang ajar dan tidak mahu menerima nasihat.
Menerusi luahan Chef Wan yang dipetik daripada laman Instagram, dia turut berang dengan sikap segelintir anak-anak muda yang pulang ke kampung halaman berhari raya tetapi tidak membantu orang tua mereka dalam membuat persiapan raya.
Tegas Chef Wan, dia tidak akan bertolak ansur dalam soal tersebut dan kerana itulah beliau mengambil tanggungjawab untuk menegur Nadmi pada raya tahun lalu, namun anak saudaranya itu mengambil serius akan teguran berkenaan sehingga tidak mahu bersua muka lagi dengannya pada tahun ini.
Ini luahan penuh Chef Wan

Di rumah saya, saya sentiasa menyuarakan dengan tegas untuk memastikan segala kerja beres dan nenek 86 tahun tak menjadi kuli kepada anak-anak mahupun cucu-cucu. Amat menyakitkan hati untuk melihat ibu bapa yang sudah tua, yang dah bongkok sabut dan lutut sakit ini kerja seharian membanting tulang pada hari raya begini. Anak-anak atau cucu-cucu yang tiada otak serta timbang rasa sahaja yang mampu melihat mak bapa yang tua ini terus membanting tulang. Inilah sebab kenapa mulut saya jika raya memang bising, jika ada yang saya rasa tak kena di hati. Tak rugipun saya tak melihat anak buah yang saya sama-sama membesarkan mereka dan bila sudah dewasa, dia mula tidak mengendahkan saya malah bersifat kurang ajar macam terjadi pada bekas anak saudara Nadmi itu. Tahun ini dia tak balik. Suka hatilah.
Sumber: Instagram Chef Wan  


Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign