CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Ahad, 27 Ogos 2017

Resepi Masakan Pilihan Netizen : RESEPI NASI KAO MOK GAI atau NASI MANGKUK TINGKAT

Resepi Masakan Pilihan netizen : RESEPI NASI KAO MOK GAI atau NASI MANGKUK TINGKAT 


Apabila anda seorang yang gemar mencuba masakan dari negara Thai , boleh lah mencuba NASI KAO MOK GAI atau lebih dikenali dengan Nasi Mangkuk Tingkat.

Penyediaan yang mudah dan cara masak yang tidak menggunakan banyak bahan dan tiada berlemak yang keterlalauan menjadikan NASI KAO MOK GAI ini popular dikalangan petani dan pekrja kebun disana.

Sejarah menceritakan , si isteri petani akan menyediakan hidangan NASI KAO MOK GAI untuk para suami mereka sebelum berangkat bekerja membanting tulang di kebun mahupun disawah padi dan ladang-ladang.

Chef obie telah kongsikan resepi ini dalam Majalah RASA keluaran Karangkraf untuk tatapan pembacanya.



NASI KOMOK ( KAO MOK GAI )
*5 orang 

Bahan NASI KOMOK

500 gm Beras Siam
1 sdb Minyak Sapi
1 sdb Jintan Manis
1 sdb Serbuk Ketumbar
1 btg Serai ( titik / ketuk )
2 kuntum bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
Air Rebusan Ayam secukupnya
Garam & gula secukupnya

Bahan SAYUR AIR KOMOK

200gm kobis dihiris
1/2 btg lobak merah
2 ulas bawang merah dimayang
1 sdb cili kisar
1 keping Asam Gelugor
Sedikit Daun Bawang
3 btg cili api ( ketuk )
1 sdb Sos Ikan
1 btg Serai ( titik / ketuk )
Garam & Gula secukupnya

Bahan SAMBAL BILIS KOMOK

150gm Ikan Bilis digoreng garing
150gm Kacang tanah digoreng garing
1 btg Cili Merah dimayang
5 btg Cili Api dimayang
2 helai daun limau purut dihiris
1 biji bawang besar dimayang
1 ulas bawang putih diketuk
Garam & gula secukup
Minyaknmasak secukupnya
*mangkuk tingkat

Cara Penyediaan :

1.NASI KOMOK : Satukan ke semua bahan dlm periuk.Masak seperti nasi biasa.

2.SAYUR AIR KOMOK : Satukan ke semua bahan dlm periuk masak dgn api sederhana.

3.SAMBAL BILIS KOMOK: Tumiskan bawang merah , putih , cili merah , cili api hingga wangi, masukkan bilis dan kacang goreng.Perasakn dgn gula dan garam.

*NASI KOMOK juga boleh dihidang dgn ayam goreng kunyit.
Semua hidangan dihidang dlm mangkuk tingkat..boleh lah korang bawak bekal mangkuk tingkat ke tempat kerja nanti
 

#takhensemmanistuade #kelasmasakanbizz#filekitdancdromperniagaanmakanan #nasikomok#kaomokgai







KELAS / KURSUS MASAKAN UNTUK PERNIAGAAN SILA KLIK LINK DIBAWAH INI
KELAS MASAKAN BIZZ & TESTIMONI PELAJAR
whatsapp : 0172260719 chef obie
 





Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign