CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Jumaat, 13 Mac 2026

Petua Chef Obie Untuk Orang Baru Di Dapur

 Petua Chef Obie Untuk Orang Baru Di Dapur



Pecah Santan Ketika Memasak
Jika anda sentiasa ada isu ketika memasak masakan bersantan dan ia mudah pecah , sila ambil sedikit koyakan daun pisang yg dicuci bersih , masukkan ke dalam masakan santan yang pecah , kacau perlahan , InshaAllah akan kembali cantik masakan bersantan anda.
Kacang cepat empuk
Jika ingin membuat bubur kacang tentu anda mempunyai masalah semasa merebus kacang. Ini kerana kacang yang akan direbus itu memakan masa yang agak lama untuk empuk. Bagi mengatasi masalah ini, masukkan sudu bersama-sama kacang yang hendak direbus. Cara ini akan mempercepatkan masa untuk merebus kacang tadi.

petua satu lagi- kacang hijau atau kacang merah perlu disanagi terlebih dahulu
Menghilangkan bau hangit 
Sesetengah orang tidak tahan atau pening bila terhidu bau hangit. Cara menghilangkan bau hangit termasuklah hangit nasi atau  masakan-masakan lain adalah dengan cara masukkan dua atau tiga tangkai cili kering ke dalam periuk. Kemudian, tutup dan biarkan seketika. Insya-Allah, bau hangit itu akan hilang.

boleh guna cili merah segar juga atau potongan mentimun
Cili giling terlalu pedas
Masakan yang menggunakan cili kering yang digiling sememangnya sedap. Tetapi, jika cili terlalu pedas, mungkin mengakibatkan sakit perut. Untuk mengurangkan pedas cili tersebut, goreng seketika cili kering dengan minyak. Kemudian, tos dan gilingkan cili tersebut. Pedasnya akan berkurangan dan warna cili tersebut akan kelihatan lebih cantik.

boleh gunting cili kering tujuan buang biji cili kering , kemudian rebus, dan bilas dengan air bersih sehingga tiada air berwarna hitam.biji cili kering penyebab pedas 
Hilangkan lendir ikan air tawar 
Ambil sedikit daun pisang dan masukkan ke dalam bekas yang berisi ikan yang telah disiang. Lalu ramas dan cuci ikan dengan air sehingga bersih. 
boleh juga taburkan dan lumurkan garam pada kulit ikan ,biarkan 5 minit kemudian bilas.
Mudah mengopek kerang 
Mudahkan mengopek kerang dengan mencampurkan sesudu minyak masak ke dalam air rebusan. Nescaya kerang akan tebuka sedikit dan memudahkan anda mengopeknya nanti.

boleh juga gunakan sudu besar marjerin atau mentega
Tauhu tahan lama 
Bagi mencegah tauhu yang kita beli dapat bertahan lama, cuci dengan air bersih. Tus kan tauhu sehingga ia kering dan tuangkan air panas. Biarkan sehingga ia sejuk.kemudian simpan dalam peti sejuk bo;eh letak sedikit garam dalam air simpanan.

Memotong buah-buahan 
Sebelum memotong buah-buahan, pisau hendaklah disapu dengan limau nipis terlebih dahulu. Dikatakan limau nipis mengelak potongan buah-buahan daripada menjadi lebam.

 Hindari Kumbang Beras 

Hindari beras daripada kumbang beras dengan meletakkan 7 hingga 8 tangkai cili kering kedalam tempat  menyimpan beras. Cili kering tersebut hendaklah ditimbus ke dalam beras tadi.

gunakan bekas kedap udara , pastikan janagan ada sedikit air dlm bekas.
Masalah Nasi Mentah 
Sekiranya nasi yang kita masak tidak cukup masak atau mentah, jangan risau kerana masaalah ini masih boleh diatasi. Caranya mudah saja. Anda hanya perlu isikan air panas kedalam sebiji mangkuk kecil yang tahan panas. Buatkan lekuk pada bahagian tengah nasi, kemudian masukkan mangkuk yang berisi air panas tadi. Tutup periuk rapat-rapat dan biarkannya diatas api yang perlahan beberapa minit sehingga nasi masak.

Lauk Terlebih Masin 
Kadangkala tanpa disengajakan, lauk yang kita masak menjadi terlalu masin dan ini menjadikan ianya kurang enak untuk dimakan. Untuk mengatasi masalah ini, mula-mula ambil sedikit daun pisang, cucikannya sehingga bersih. Kemudian masukkan kedalam masakkan itu tadi. Insya-Allah rasa masin akan berkurangan.

boleh juga gunakan ubi kentang dengan menambah kentang dalam masakan, kentang akan menawarakan masakan yg masin.
juga boleh masukkan beberape biji belimbing besi
Bubur kacang lebih enak 
Sebelum merebus kacang, elok digoreng tanpa minyak terlebih dahulu. Goreng sehingga agak garing sedikit dan berbau wangi. Matikan api. Selepas itu rendam dalam air lebih kurang 2 jam supaya ia cepat kembang dan lebih cepat masak nanti. Insya-Allah anda akan dapat bubur kacang yang lebih enak kerana bangkit bau wanginya, apatah lagi di tambah dengan durian sebagai perisa tambahan.

Hilangkan lemak ayam 
Basuh ayam dengan mengunakan air bersih kemudian buangkan air tersebut dan ambil tepung gandum, sapukan pada ayam tersebut dengan sedikit air selepas tu bolehlah ia nya di bersih semula mengunakan air. Selepas itu barulah puan campurkan dengan apa sahaja bahan yang hendak dicampurkan sebelum memasakkannya.

Melembutkan cucur kodok 
Kalau anda inginkan cucur kodok anda lembut setelah dimasak, bancuhlah dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Cucur pasti lembut walaupun setelah sejuk.

MengCrispykan Cucur Kodok
Kalau anda inginkan cucur kodok yang rangup diluar , sila gunakan air sejuk atau letak ais dalam bancuhan. InshaAllah pasti rangup cucur kodok anda.
Menghilangkan pahit peria
Peria memang pahit. Untuk menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, sejatkan dan masaklah peria tadi mengikut resepi anda.

chef ingatkan..makanlah peria yang pahit kerana yang pahit itulah hasiatnya terkumpul.
Mengelakkan Tauhu melekat dikuali
Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi.

Mudahkan mengupas kentang

Basuh kentang terlebih dahulu, kemudian rebuslah kentang tersebut selama lebih kurang 5 minit atau sehingga hampir empuk. Sejukkan dan kemudian kupaslah kulitnya. Hasilnya kentang lebih cantik dan mudah mengupasnya.

atau gunakan peeler yang tajam bg memudahkan anda mengupas.
Membersihkan siput sedut 
Jika anda menghadapi masalah untuk membersihkan siput sedut, petua dibawah ini mungkin berguna bagi anda. Ambil sebekas hampas kelapa, gaulkan siput sedut yang masih hidup itu dan biarkan semalaman. Esoknya barulah anda mula mengerat bahagian hujung cengkerang siput itu sebelum dimasak. dengan demikian bau lumpur dari siput itu akan hilang, malah bertambah rasa lemaknya apabila dimasak.

boleh juga gunakan batang pada daun pisang dengan memotong serong, ia juga berkesan untuk membersihkan siput sedut dan kerang, 
Mengharumkan dapur
Pada kebiasannya pada bahagian dapur anda akan berbau yang kurang menyenangkan, terutamanya apabila anda menyiang ikan. Bagi mengatasi masalah ini, rebuslah beberapa keping kayu manis, bunga cengkih dan cuka biasa. Kemudian sembur atau lapkan air rebusan itu pada kabinet, jubin dan sekitar dapur. Ia berkesan bagi menghilangkan bau hanyir serta bau-bau lain yang kurang menyenangkan.

selain letak daun pandan di setiap penjuru dapur mahupun dibawah kabinet.ia bukan setakat hilang bau hanyir tetapi menghalau lipas.
Membersihkan minyak gorengan
Jika anda menghadapi masaalah kehitaman pada minyak gorengan, ambil beberapa keping asam keping dan masukkan kedalam kuali bersama bahan gorengan anda. Asam keping tadi akan menyerap kehitaman pada minyak gorengan anda, dan hasilnya anda dapat menggunakan minyak gorengan tadi beberapa kali.

Mengembalikan kesegaran sayur  
Jika anda menyimpan sayuran beberapa hari di dalam peti ais, kesegarannya akan hilang. Untuk mengembalikan kesegaran- nya, rendam sayuran tadi di dalam air yang dicampur sedikit cuka atau garam selama beberapa minit. Selain dari mengembalikan kesegaran sayuran itu, cuka juga bertindak menghilangkan kotoran pada sayur yang direndam tadi.

 Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin 

Anda boleh rujuk kalendar Bulan April 2026 untuk memulakan Journey Ilmu Masakan Perniagaan Baking & Komersial anda bersama Chef Obie




"Jangan tunggu lagi untuk ubah nasib ekonomi keluarga. Bulan April ini, mari belajar rahsia 'Masakan Perniagaan' yang betul dengan Chef Obie.
​Sama ada anda nak mula dari rumah atau impikan restoran sendiri, Chef Obie sedia berkongsi pengalaman beliau membimbing usahawan sejak 2012. Dari tepi jalan ke restoran, semuanya tak mustahil!"
🚀
JOM UPGRADE EKONOMI KELUARGA APRIL INI!
​Inilah masanya untuk anda kuasai ilmu Bisnes Masakan bersama Chef Obie. Sejak 2012, Chef dah bantu ramai usahawan bermula dari dapur rumah, tepi jalan, hinggalah berjaya buka banyak cawangan restoran!
​Jom buat sampai jadi. Klik link di bawah:

📲
whatsapp / telegram bertanyakan tarikh terkini.Chef Obie – MGJ CONSULTANCY
📲 WhatsApp / Call: http://www.wasap.my/60172260719
✅
Lebih 300 Pilihan Jenis Kelas


Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign