RESEPI NIAGA BEE HOON GORENG PASAR MALAM Chef Obie
Bahan
6 Paket Bee Hoon ( Direndam dahulu supaya lembut )
2 cawan cili kering kisar ( dibuang biji& direbus )
4 biji bawang merah kisar
7 ulas bawang putih kisar ( tidak digunakan juga boleh )
1cawan udang kering
2 keping potongan isi ayam (bahagian kheel potong dadu )
6 paket Fish Ball ( belah tengah )
2 sudu besar serbuk kunyit
2 senduk gula
9 sudu besar garam
8 sudu besar stok ayam
1/2 cawan Sos Tiram
1/4 cawan Kicap Masakan
Daun kuchai secukupnya
Taugeh secukupnya
Sawi secukupnya
Lobak merah secukupnya
Air mengikut keperluan
Minyak utk menumis
Bahan hiasan- Hirisan Daun Sup atau Daun ketumbar,bawang goreng dan hirisan cili merah
Cara Penyediaan :
1.Panaskan minyak pada api sederhana.
2.Tumiskan cili kisar dan bawang , sehingga pecah minyak masukkan fishball, udang kering, udang basah , isi ayam ,serbuk kunyit dan 4 cawan air .Kacau sehingga mendidih.
3.Masukkan bee hoon, kacau mesra bersama bahan tumisan.
4.Masukkan gula,garam,stok ayam( sekiranya bee hoon anda agak kering sila tambahkan air mengikut keperluan )
5.Masukkan semua sayuran.
Kacau sehingga lembut dan masak.
6.Siap untuk dihidang dan taburkan bahan hiasan. InshaAllah semoga bermanfaat dan mudah memasak.
Selamat Berniaga dipasar malam , Semoga Dimakmurkan rezeki , Chef Obie sukacita juga ingin berkongsi cara buat Tepung Premix Kaya Ball , anda boleh buat untuk jualan Kaya Ball mahupun jualan Tepung Premix Kaya Ball !!!
Jom Bijak Bisnes Bersama Chef Obie , Dapatkan eBook Resepi Chef Obie - Cara Buat Premix KAYA BALL untuk peniaga laris maju ! Hanya RM19.90
Sila Buat Pembayaran Ke Akaun MAYBANK 151409098193
Atas Nama Muhamad Gunawan
Setelah Membuat Pembayaran
Sila Whatsapp
👉 WhatsApp Chef Obie 0172260719
Ada teknik & Cara Mudah Buat Royal icing Untuk Fanvy Cookies klik link dibawah
Chef Obie – Chef Profesional / Culinary F&B Consultant
Berpengalaman luas dalam industri Kulinari + F&B termasuk:
Menghidangkan masakan tempatan & antarabangsa
Pastri, kek & konfeksi
Pernah menghidangkan masakan, pastri,bakeri dan konfeksi untuk King Fadh Arab Saudi, Sultan Brunei, VIP & VVIP Malaysia
Anak didik Golden Hand Executive Pastry Chef Mahmod
Anak didik Executive Chef William H. Hewitt (Wimbledon)
Berpengalaman mengurus & memasak sehingga 20,000 pax
- Berpengalaman Set Up Central Kitchen- Restoran / Cafe / Foodcourt







