CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

Executive R&D Chef | Austrian Dessert & European Cakes Pastries | Malaysian Heritage Cuisine | Multi Outlet Standardisation : CHEF MUHAMAD GUNAWAN a.k.a CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY Aktif Set Up Central Kitchen / Restoran Pelbagai Tema - Western Food, Kopitiam, Nasi Kandar & Berkenaan / Pembangunan Menu ( Baru & Upgrade ) / Standardize Resepi & SOP/ Kelas Masakan Perniagaan Bijak Bisnes Peniaga & Usahawan / Konsultansi Isu Operasi & F&B


HUBUNGI

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Rabu, 10 Disember 2014

Resepi Croissant Popular Chef Obie / Maharaja Lawak Mega 2014 Sepahtu Minggu 1


FOLLOW IG : chef _obie_official




ROTI 100 RESEPI CHEF OBIE


Resepi Croissant

Bahan 1

200gm Tepung Roti
50gm Tepung Gandum
25gm Gula
1sudu Garam
1sudubesar Tepung Susu
2Sudubesar Yis Segera

Bahan 2

180ml Air Sejuk

Bahan 3

50gm Mentega / marjerin

Bahan 4

120gm Marjerin Croissant


Cara-cara

1.Adun (bahan 1) sehingga sebati, campur(bahan 2) uli sehingga menjadi doh.Kemudian tambah (bahan 
3) uli sehingga doh menjadi lembut.Tutup doh dengan plastic dan canai lagi. Keluarkan doh daripada 
peti sejuk dan canai sehingga 10mm tebal.Kemudian lipatkan sepertiga bahagian dasar ke tengah, dan 
sepertiga bahagian ke tengah.

2.Pusingkan doh 90’ darjah dan canai doh dengan penggiling adunan(rolling pin).Bentukkan menjadi 
segitiga dan ulang sekali lagi.Tutup dengan plastic dan simpan dalam peti sejuk selama 20 minit- 30 
minit.

3.keluarkan doh dari peti ais,dan ulangi langkah tadi (Pusingkan doh 90’ darjah dan canai doh dengan 
penggiling adunan(rolling pin).Bentukkan menjadi segitiga dan ulang sekali lagi.Tutup dengan plastic dan 
simpan dalam peti sejuk selama 20 minit- 30 minit.)

4.Keluarkan doh sekali lagi dan canaikan doh sehingga menjadi 5mm tebal.Potong secara melintang 
menjadi segitiga ( Lebar 3sm x Tinggi 17 sm ). Potong permukaan lebar untuk membentuk V. Gulung ia 
menjadi bentuk bulan sabit.

5.Letakkan di atas dulang yang telah digris dan biarkan ia menaik 45 minit. Sapu dengan telur atau 
sembur dengan susu.
6.bakar pada suhu 190’c selama 15 minit.


sambil tu layan Maharaja Lawak Mega 2014 - Sepahtu Minggu 1



Terima Kasih

Selasa, 9 Disember 2014

Resepi Roti Brioche Popular Chef Obie / Maharaja Lawak 2014 Nabil Minggu 1



ROTI 100 RESEPI CHEF OBIE

Copyright 2013 chefgunawanmalaysia.blogspot.com
FOLLOW IG : chef_obie_official

Resepi Brioche

Bahan 1

200gm Tepung Roti
50gm Tepung Gandum
30gm Gula
2sudu besar Yis Segera

Bahan 2

2biji Telur
50ml Air
Bahan 3
100gm Mentega / Marjerin

Cara-cara

1.Adun(bahan1) hingga sebati dan tambah(bahan2) uli sehingga menjadi doh. Kemudian
Campurkan(bahan3) teruskan menguli sehingga menjadi doh yang llembut dan kenyal, bentuk menjadi
bebola.

2.Letak dalam mangkuk dan tutup dengan plastic, biarkan ia menaik 60minit.Ulikan doh sekali lagi dan
bentukkan ia menjadi bebola semula.Tutup dengan plastic dan masukkan dalam mangkuk.Simpan dalam
peti sejuk sekurangnya 1 jam

3.Keluarkan doh dari peti sejuk dan jadikan doh 40gm, bentukkan ia bebola letakkan ke dalam acuan
Brioche berukuran 8 sm.Untuk membuat lekukan anda perlu menekan dibahagian tengah dengan
menggunakan jari.

4.Sapu sedikit telur , biarkan ia menaik selama 45 minit.Sapukan sekali lagi dipermukaan

5.Bakar pada suhu 180-190’c selama 15-20 minit.




sambil tu layan Maharaja Lawak Mega 2014 Nabil Minggu 1


Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign