CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

Executive R&D Chef | Austrian Dessert & European Cakes Pastries | Malaysian Heritage Cuisine | Multi Outlet Standardisation : CHEF MUHAMAD GUNAWAN a.k.a CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY Aktif Set Up Central Kitchen / Restoran Pelbagai Tema - Western Food, Kopitiam, Nasi Kandar & Berkenaan / Pembangunan Menu ( Baru & Upgrade ) / Standardize Resepi & SOP/ Kelas Masakan Perniagaan Bijak Bisnes Peniaga & Usahawan / Konsultansi Isu Operasi & F&B


HUBUNGI

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Isnin, 7 Januari 2019

KELAS MASAKAN PERNIAGAAN POPULAR 2019: CHAR KUEY TEOW ( JANUARI )

KELAS MASAKAN PERNIAGAAN POPULAR 2019:
" CHAR KUEY TEOW "






JANUARI 

Fees RM1200
Fees Pesara ,Ibu Tunggal , Penjaga OKU RM800

Intipati
1.Membuat Standard Sos CKT
2.Penyediaan Ass-wipe Miss En Place CKT+KTG
3.Penyukatan Standard
4.Penyimpanan
5.Penggunaan Standard RESEPI
6.Kos & Cadangan Harga Jualan
Tenaga Pengajar Profesional : Chef Obie
Masa : kelas akan bermula pada pukul 11 pagi
Kelas : Hands On ( Sepenuhnya pelajar akan membuat sendiri memasak secara praktikal atas seliaan dan tunjuk ajar daripada chef )
Keperluan : Pelajar hanya perlu membawa alat tulis dan apron sahaja
Pelajar akan menerima 1 x Sijil ( no.siri )
Hubungi : +60172260719 chef obie

Perhatian :

Pelajar Wajib Membuat Pembayaran DEPOSIT 70% daripada Jumlah Penuh Yuran
ke salah satu akaun pilihan 

i- CIMB 7619121286
ii- MAYBANK 151409098193
iii- BSN 14005-41-00008021-7
atas nama
Muhamad Gunawan Jamil
ATAU
Ke Akaun Syarikat MGJ CONSULTANCY
Bank Islam No akaun 12122010028739
p/s Anda wajib hubungi pihak chef obie di talian
0172260719 sama ada melalui whatsapp atau call
Baki Yuran 30% Perlu diselesaikan Pada Hari kelas Diadakan. *** Testimoni kejayaan pelajar membuka perniagaan char kuey teow milik sendiri 

-Food truck
-Food Court
-Restauran / Cafe
-Pasar Malam -Bazaar
-Gerai
-Restauran Food Delivery

Hubungi 

+60172260719 chef Obie
+60169166010 PA Nesa


Jom Follow FB : chefobie untold

Terima Kasih

Jumaat, 4 Januari 2019

RESEPI POPULAR CHEF OBIE : NASI PAELLA ( NASI SEPANYOL )

RESEPI POPULAR Chef Obie: NASI PAELLA ( NASI SEPANYOL )
Salam Jumaat 

Kindness in words creates confidence. Kindness in thinking creates profoundness. Kindness in giving creates love...gitew..Jumaat ni Masa terasa berlalu begitu pantas..so hari ni chef obie kongsikan satu resepi dari Negara Sepanyol. Memang mendatangkan selera walau anda dah kenyang atau tak lalu makan...tapi kalau dah hidung anda terbau aje aroma Nasi Paella ni memang boleh menggugat iman orang yang sedang diet.

Chef obie nak sharing sikit..pengalaman lalu, al maklumlah chef usia belasan tahun lagi dah berada di negara Sepanyol ni..kerana bekerja..kesian chef..kejap tinggal kat belanda, rotterdam city , kejap kat Spkgjhneis , kemudian tinggal di tarragona , Sepanyol...tempat nelayan tau kat spain....ni..berbunga bunga hati chef masa mula sampai kat Tarragona ni..menu dan hidangan orang sepanyol juga menarik dan mudah disediakan...

kalau nak tahu..untuk Nasi Paella ni , korang boleh gunakan sebarang jenis beras, beras wangi juga boleh,beras biasa juga boleh,beras basmathi pun boleh , Nasi paella ini merupakan hidangan mewah orang sepanyol tau..Yang penting bahan utama die seafood, tak kisah ketam ke, udang ke, kupang ,kepah , canapis,sotong dan yang bersesuaian. Saffron kalau boleh letaklah..kalau tak ade..boleh abaikan...

Jom try buat NASI PAELLA CHEF OBIE



Bahan
3 cawan Beras Basmathi
300gm Sotong saiz kecil
15 keping mussel
15 ekor Udang sederhana
1/2 cawan Minyak Masak medetop
2 biji tomato Merah potong wedges
1/2 cawan Tomato puree
1 sdt Lada hitam ketuk
1/2 biji bawang Holland mayang
7 ulas Bawang Putih cincang
1/2 biji Cili benggala @ capsicum potong dadu, secubit Saffron ( option )
1liter Air tapis Coway atau Air Rebusan Ayam ( keperluan air seperti anda menanak Nasi Putih )
Herb-thymes,bay leaf
Celery / Lobak Merah option jika tiada abaikan.
Garam,gula atau stok ayam sebagai perasa, Perahan Lemon

Cara Penyediaan :





1.Panaskan Minyak,tumis Bawang Putih,capsicum,herbs,saffron,tomato & tomato puree




2.Masukkan Air Rebusan Ayam,biar mendidih,masukkan ke semua seafood & perasakan dgn Garam gula.juga Giliran Beras basmathi yg telah dicuci masuk ke dalam tumisan.kacau lebih kurang 5 minit.Jika anda suka boleh letak celery atau lobak Merah.



3.Teknik Short cut bagi memudahkan Cara meMasak Paella ini. Pindahkan semua bahan tumisan ini ke Dlm rice cooker,angkat dahulu seafood,masukkan Beras Basmathi Dan air rebusan Akhir sekali masukkan seafood di bahagian atas Beras.Kemudian Masak seperti menanak Nasi di rice cooker...mudah Sempoi...tunggu masa masak.., selepas masak..perahkan jus lemon...ok mudahkan..
Sentiasa teringat jika buat masakan dari sepanyol pasti  terimbas kembali masa chef muda remaja ..mencari rezeki hingga ke negara Sepanyol ni..chef pernah tinggal di Tarragona & Barcelona...sweet memory ..love u guys..



Kalau inginkan lebih pure..masakan2 Spain in..boleh join kelas masakan perniagaan popular Daripada chef Obie..yg pasti 2019..Akan memberi kesegaran dlm menu-menu pilihan selain yg sedia Ada & mantap!Testimoni2 pelajar juga Ada ðŸ‘Œ
Instagram : chef_obie_official

Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign