CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

Executive R&D Chef | Austrian Dessert & European Cakes Pastries | Malaysian Heritage Cuisine | Multi Outlet Standardisation : CHEF MUHAMAD GUNAWAN a.k.a CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY Aktif Set Up Central Kitchen / Restoran Pelbagai Tema - Western Food, Kopitiam, Nasi Kandar & Berkenaan / Pembangunan Menu ( Baru & Upgrade ) / Standardize Resepi & SOP/ Kelas Masakan Perniagaan Bijak Bisnes Peniaga & Usahawan / Konsultansi Isu Operasi & F&B


HUBUNGI

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Sabtu, 7 Mac 2020

DIY Resepi New York Cheesecake Chef Obie & Petit Four

DIY Resepi New York Cheesecake Chef Obie
( Hidangan 2 biji )





Salam Sabtu , semoga Allah berikan nikmat sihat, serta rezeki yang berkat  seluas lautan yang Engkau ciptakan dan Jauhkanlah dari segala musibah.tunjukkan kami ke arah kebaikan, pertingkatkan keimanan kami dan permudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Berlapangkanlah dada....tarik nafas panjang dan hembuuuuuuussss....buat ulang tarik nafas hembus sekali lagi dengan mata terpejam..tenangkan diri sebentar , buka mata perlahan-lahan..dan cubalah ukirkan senyuman. Positif akan sentiasa ada pada diri anda.

Di kesempatan hari ini , Setelah selesai Meeting bersama #chefobiecrew #mgjconsultancy Chef terus paksakan diri untuk menyiapkan "DIY Resepi New York Cheesecake Chef Obie" yang menunggu gilirannya untuk dikongsikan kepada netizen .

Peralatan yang diperlukan :

2 Springfoam Rim Cake Saiz 8@9
Partchment Paper 
Fondant Smoother
Aluminium foil secukupnya
Tray untuk water bath 



Bahan Base :

1 paket Biskut Marie ( Cap Ping pong )
1/2 buku Unsulted Butter ( dicairkan )
2 sudu besar Shortening @ lelemak Sayuran
2 sudu besar Gula pasir
1/4 sudu kecil Garam

Cara Penyediaan :



1.Ramaskan biskut marie atau kisar sebentar .
2.Masukkan butter yang telah dicairkan bersama gula, garam dan lelemak sayuran.
3.Uli atau ramas-ramas sehingga adunan mesra.



4.Bahagikan kepada 2 bahagian , gunakan hujung jari dahulu untuk memadatkan adunan base ke dalam springfoam yang telah dilapik dengan partchment paper .
5.Gunakan fondant smoother untuk memandatkan dan mengemaskan permukaan base.




6.Pastikan keliling springfoam telah disaluti aluminium foil terlebih dahulu.
7.Panaskan oven pada suhu 170'c bakar 7-8 minit sahaja.

Bahan Adunan :

1 kg Cream Cheese ( bega / tartura / kraft Philedilphia / anchor )
1 cawan Brown Sugar ( Rendah Glisemik csr )
2 ml @1/2 sudu kecil Garam
8 biji Telur Saiz A atau B
1 tub @ 210 gm Sour Cream ( sunglo )
250 ml @ 1 kotak kecil  Whipping Cream ( anchor )
1 sudu besar Vanilla Essen @ Vanilla Flavor
3/4  cawan Tepung Jagung

Cara Penyediaan :

1.Satukan cream cheese , gula perang , garam dan Vanilla essen.

 

2.Dalam stainless steel bowl pukul sehingga adunan mengembang , masukkan telur satu demi satu  , pukul sehingga adunan lembut dan sedikit ringan.



3.Masukkan pula sour cream , pukul sebentar dan giliran whipping cream , pukul sehingga adunan sederhana kental. 



4.Tapiskan Tepung Jagung ke dalam adunan , pukul perlahan sekadar mesra.


5.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian ( sama rata ) , tuangkan adunan ke dalam springfoam yang telah mempunyai base yang telah dibakar sebentar tadi. 


6.Isikan air panas atau suam suku hingga setengah paras springform , 
Baked pada suhu 165' sehingga 45 minit hingga 1 jam bergantung kepada oven masing-masing sila pastikan jangan terbakar di bahagian permukaan.


7.New York Cheesecake sesuai dimakan ketika sejuk mahupun panas , boleh digantingkan dengan pelnagai compot atau sauce buah-buahan yang masam . Juga boleh digandingkan dengan ais krim. Dalam kategori " rich ingredients ". Dulu zaman Chef Obie berguru dengan " Golden Hand " Eksekutif Pastry Chef Mahmood & Eksekutif Chef William H Hewitt pada tahun 2004 - 2007 di KLIA , New York Cheesecake ini antara kek yang wajib ada dalam senarai customer VVIP & VIP , malah ia diolah menjadi " PETIT" saiz dan ketinggian selain tekstur yang berbeza. Apabila sebut " PETIT"  atau PETIT FOUR pasti ramai yang tidak tahu dan faham , its ok Anda boleh baca informasi dibawah . 

Keep intouch dengan Chef Obie untuk tidak terlepas informasi baik punye & jangan lupa Follow di Facebook CHEF OBIE 


The Petit Four Of Barvarian Pistachio Gateau
..one of CHEF OBIE'S Choice of Premium Cake Year 2020 

A sponge is quite simple. You weigh ingredients, mix, and put it in the oven. With pastry, you manhandle it, shape it, fold it. You have to be involved with it; there is more jeopardy, more risk. But it's like making a casserole. There's a flurry of activity to begin with; then it's about leaving it to rest...


Bile #chefobie kembali setuju Untuk memanaskan kembali Tangan dgn Permainan Utama yg Paling diminati sejak dlm industry ini...pastry & Confectionery 😍😍😍



I genuinely enjoy the process of making colourful, delicious food. But I do allow myself an occasional piece of petits - today I had a pastry. If I fancy something, I'll have it.. Thank You my daddy cool , all my fellow friends , my legend cooking friends..my assistant & my world 

  " PETIT " or A petit four (plural: petits fours, also known as mignardises) is a small bite-sized confectionery or savoury appetizer. The name is French, petit four (French pronunciation: ​[pə. ti. fur]), meaning "small oven".




Petit dari kiri : Barvarian Pistachio Gateau , Tengah : Elizabeth Slice , Kanan : Chocolate Pear Tart. Dalam Shooter Square : Puding Delima

Pihak kami telah menerimaTempahan Syarikat Korporat atau Sesiapa sahaja yang memerlukan Specialty Western Cakes / Europh Cakes -
Kepakaran Chef Obie anak didik " Golden Hands " yang berpengalaman menyediakan Cakes , Pastry & Confectionary kepada VVIP Seperti King Fadh ( Arab Saudi ) , Sultan Brunei Hasanal Bolkiah , Mantan Perdana Menteri Malaysia Abdullah Ahmad Badawi , DSN dan banyak lagi VVIP & VIP tempatan mahupun luar negara , Selain berpengalaman menyediakan hidangan sebanyak 20 ,000 pax .

Untuk Membuat Tempahan Petits atau Anda Pemilik Cafe , Restauren , Casual Dining , Tenaga Pengajar , Influencer Yang ingin mempelajari cara pembuatan PETIT FOUR  
Hubungi MGJ CONSULTANCY 





Terima Kasih

Jumaat, 6 Mac 2020

DIY Agar Agar Kelapa Klasik Chef Obie @ Coconut Jelly Chef Obie

DIY AGAR AGAR KELAPA KLASIK CHEF OBIE @ COCONUT JELLY CHEF OBIE

Salam Jumaat , semoga Allah berikan nikmat sihat, serta rezeki yang berkat  seluas lautan yang Engkau ciptakan dan Jauhkanlah dari segala musibah.tunjukkan kami ke arah kebaikan, pertingkatkan keimanan kami dan permudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

Sukacita Chef Obie kongsikan satu resepi agar-agar klasik yang menggunakan agar-agar tali dan tidak meggunakan serbuk agar-agar. Air Kelapa Muda sebagai perasa asli .Semoga perkongsian kecil ini dapat membantu anda yang memerlukannya.


Bahan

1 paket Agar agar Tali ( 20 gm satu paket )
3 biji Air Kelapa Muda ( 1.6 liter - 1.8 liter )
500ml  Air + Separuh Isi Kelapa dikisar bersama
Baki Isi Kelapa Di cincang
1/2 cawan Gula Batu atau Gula Pasir
Secubit Garam

Cara Penyediaan 

1. Didihkan Air bersama isi kelapa yang dikisar + Air Kelapa bersama Agar-agar Tali , masukkan gula dan garam kacau menggunakan whisk, 

2.Pastikan kacau konsisten perlahan lahan sehingga Agar-agar larut dan mendidih, biarkan mendidih selama 5 minit sebelum matikan api.

3.Susun bekas yang anda telah pilih untuk COCONUT JELLY . Masukkan baki Sisi Kelapa yang dicincang.


4.Tuangkan agar-agar yang telah dimasak ke dalam bekas .


5.Biarkan sejuk sendiri diluar sebelum simpan didalam peti sejuk. Anda boleh gunakan resepi ini untuk jualan . Boleh gandakan resepi sehingga 10 x. Selamat Mencuba

Jangan lupa Follow chef obie di facebook chefobie untold


Jumaat #restday #offday

There's a big difference between being good and being nice. Being good involves tough choices - tough love...gitew... #chefobie & daddy cool #abangjamil







Antara Testimoni-testimoni pelajar kelas masakan perniagaan popular chef obie



FOODJAM
Bukit Rahman Putra
Sungai Buloh, Selangor

SAFHYD STEAK HOUSE
Jalan kubur tanah merah,berdekatan masjid ismail petra , Kelantan

SAFHYD STEAK HOUSE
No 48 , Jalan Nova u/5 ,
Subang Bestari 
Shah Alam

PAK MAON KITCHEN , Yan Kedah Darul Aman

MANGROOVE CAFE WESTERN FAMILY
370 , Jalan Tai Shin Jar
Kuching , Sarawak

RESTAURAN RONEY
Pusat Perniagaan Adnium
Bandar Bukit Beruntung , Bukit Sentosa & Klang

MAKAN SHACK
2186,G floor, Jln Bukit Minyak

Kawasan Perniagaan Asas Murni
Bukit Mertajam, Seberang Prai

SNOW BALL DANCE
Chef Pak Di, Melaka 

DESARU VIBE LOUNGE
No 19,Jalan Dato Jaafar 24/1 Taman Mutiara Desaru Bandar Penawar, Johor

MEEN PITSTOP 

Ulu Pulai, Gelang Patah , Johor ( Berdekatan Legoland Malaysia )
TAT NASI AYAM 
Desaru Bandar Penawar, Johor


DAPUR AISHAH
Wisma Central , Kuala Lumpur

THE GRINDER
Kajang, Selangor ( kiosk mengikut events )

FISH TAKE AWAY muhammadrauffnc
Tasek kenyir, Terengganu

NEVER BACK DOWN
Kedah Darul Aman

STEAKHOUSE
Kelantan

STEAKHOUSE WESTERN 
Penang

WESTERN BROTHERS
Johor

RESTORAN KUNING KUNYIT
Damansara Height , Kuala Lumpur

MALAYSIA CATERER
Texas, United State Of America

HOR RESTAURANT
Hong Kong , Republik Of China

DEE HOUSE RESTAURANT
Taman Bukit Rambai , Melaka

MERCIK CHAR KUEY TEOW
Parit Raja, Batu Pahat, Johor

BEST CHAR KUEY TEOW
Petaling Jaya , Selangor

CHAR KUEY TEOW
Kg baru, Kuala Lumpur

DAPUR LAILII
Kajang, Selangor

SATAY xxxxxx
Kajang, Selangor

SATAY MUADZAM
Pahang Darul makmur

CAKOI
Ipoh, Perak

Dan Banyak lagi testimoni-testimoni pelajar yang telah berjaya membuka perniagaan western food , juga katering , restauran milik sendiri di seluruh Malaysia , Sabah & Sarawak.



Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign