CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

Executive R&D Chef | Austrian Dessert & European Cakes Pastries | Malaysian Heritage Cuisine | Multi Outlet Standardisation : CHEF MUHAMAD GUNAWAN a.k.a CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY Aktif Set Up Central Kitchen / Pembangunan Menu ( Baru & Upgrade ) / Standardize Resepi & SOP/ Mobile Cooking Baking Class / Konsultansi Isu Operasi & F&B


HUBUNGI

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Jumaat, 24 Julai 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin - Chef Obie & Katering Open House 2015


Salam Lebaran... Kepada Muslimin dan Muslimat.. 
Anda semua yang rajin melawat blog chef obie.

Semoga Hari Raya Aidilfitri kali ini lebih bermakna
kepada kite semua , Chef obie mohon maaf kepada yang mengenali 
diri ini secara langsung atau pun tidak.. halalkan makan minum , tersakitkan hati sama ada sengaja atau pun tidak.Silaturrahim yang terjalin moga berkekalan hendaknya. 

Aamiin.

Chef obie sempat beraya di rumah maka& abah di Telok Panglima Garang , bersama kakanda- Masni & abag Norr serta anak buah kesayangan adikya & wawa serta adik chef obie- fahmy anuar.Manakala adik chef obie seorang lagi tu.. kamal..tidak beraya bersama tahun ni.

Selamat Hari Raya - Maaf Zahir & batin







Kepada yang ingin mendapatkan perkhidmatan Katering untuk Open House Hari Raya 
boleh terus hubungi chef obie ditalian 017 2260719 
sila booking segera bagi mengelakkan sebarang kesulitan:

Menu Paling Budget untuk Open House Hari Raya Kali Ini Ialah RM10 perpax- Simple & Puas Hati!

Menu Open House 1
( paling popular 2015)

Nasi Impit
Kuah Kacang - Ayam
Sayur Lemak Masak Lodeh
+ Telur Rebus
Sambal Tumis Ikan Bilis Marbeles 

Air Sirap + Oren Sunquick

Menu Open House 2

Nasi Impit
Kuah Kacang
Sup Soto Ayam + Condiment 
( Daun Bawang, Bawang Goreng , Hirisan Daging Ayam ,Soo Hoon Goreng Dan Sambal Kicap )

Air Sirap + Oren Sunquick 

Menu Open House 3

Nasi Impit 

Laksa Johor + Condiment
( Hirisan Timun , Daun Kesom , Hirisan Cili Merah Dan Sambal Belacan Kering untuk laksa johor )

Air Sirap + Oren Sunquick

Menu Open House 4

Nasi Impit

Mee Rebus + Condiment
( Telur Rebus , Bawang Goreng, Daun Bawang , Hirisan Cili Merah & Hijau )

Air Sirap + Oren Sunquick 

Menu Open House 5

Nasi Impit

Sayur Masak Lodeh 

Ayam Masak Merah atau Rendang Ayam Minang atau Ayam Masak Kalio

Air Sirap + Oren Sunquick





  






Terima Kasih

Isnin, 13 Julai 2015

Resepi Nasi Mandy Popular



RESEPI NASI MANDY POPULAR

Bahan ayam:


2 ekor ayam ~  seekor dibelah 4 dan di cuci bersih

1 sudu besar  serbuk ketumbar

1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 1/2 sudu kecil serbuk zaafaran atau sekiranya tiada kunyit
1 sudu besar serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran ) chef kongsikan macam mana nak buat rempah kabsa di bawah resepi ni ok...
4 biji bawang besar ~ dihiris bulat
4 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning/ saffron
Aluminium foil.



Cara Penyediaan ayam:



1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 20 minit.

2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.

3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, boleh campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukkan ke dalam nasi.Aroma akan lebih menyengat... sennngaat!



Nasi: 



4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis hitam dan golden Yellow
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 4 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.



Cara Penyediaan Nasi:



1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditengah nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 3 titis pewarna kuning, kacau dan gembar gemburkan nasi dan masak nasi sehingga masak.





Sos:


2 biji tomato ~ hiris
10 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
2 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam dan Gula secukup rasa
Perahan lemon.

Cara penyediaan:


~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.


Ulam:


~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato dan lettuce

Resepi Rempah Kabsa buat sendiri...


Resepi Rempah Kabsa 



Bahan - bahan: 

1 sudu makan bunga cengkih

**1 sudu makan lada hitam 
**1 sudu makan jintan manis
**1 sudu makan jintan putih
**2 sudu makan biji ketumbar 
**1 sudu makan buah pelaga 
**1 sudu buah pelaga hitam
(black cardamom pods)
**1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit 



Cara penyediaan: 

1. Goreng tanpa minyak

bahan-bahan yg bertanda **
sehingga naik bau dan
angkat.
2. Kemudian kisar semua
bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara. Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan
daging.

Terima kasih juga yang sudi bersama chef berkongsi resepi ini...layan.. semoga anda semua diberkati..Amiin


Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign