CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

Executive R&D Chef | Austrian Dessert & European Cakes Pastries | Malaysian Heritage Cuisine | Multi Outlet Standardisation : CHEF MUHAMAD GUNAWAN a.k.a CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY Aktif Set Up Central Kitchen / Restoran Pelbagai Tema - Western Food, Kopitiam, Nasi Kandar & Berkenaan / Pembangunan Menu ( Baru & Upgrade ) / Standardize Resepi & SOP/ Kelas Masakan Perniagaan Bijak Bisnes Peniaga & Usahawan / Konsultansi Isu Operasi & F&B


HUBUNGI

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Khamis, 10 Mei 2018

Perbezaan Warna Kuning Telur Antara 2 Darjat

Salam netizen,
Sedang chef obie pecahkan telur..
Oo... Ini yang dinamakan
" ANTARA 2 DARJAT 😅😝😜"




Have a great day gais..Sorong papan , Tarik Papan..Buah Keranji diatas perahu..tolong sambungkan lah yea..sbb pic ni pun x ade kena mengena dgn pantun x siap chef Obie ni..heee...

Alang2 chef nak share sedikit info lah berkaitan warna kuning telur, actually Ada 3 Jenis warna kuning telur,warna kuning yg cair,warna kuning pekat Dan warna kuning Oren iaitu yang gelap..

Yg cair level 3- nutrisi sedikit


Yg kuning pekat level 2- nutrisi sederhana


Yg kuning Oren level 1- nutrisi Tinggi .

#egg #eggs #telur #chefobie semoga sedikit sebanyak anda faham warna kuning telur itu membezakan kualitinya.



Terima Kasih

PRU 14 Malaysia 2018

Salam netizen,

Semalam 9 hb Mei 2018 ( Rabu ) Semua Warganegara Malaysia yang layak telah melakukan kewajipan sebagai warganegara dengan MENGUNDI bagi memilih pucuk pimpinan baru untuk 5 tahun lagi.CHef obie tidak ketinggalan mengundi - & lokasi chef obie ialah di Dun/Parliman BUkit  Bintang Kuala Lumpur, pagi semalam chef telah memangkah di Sekolah Jalan Bellamy.Saluran 2 dan agak laju tanpa perlu beratur panjang.



Apapun keputusan Pilihanraya Umum Kali ke 14 ini , kita perlu hormati, nampaknya masih belum mendapat keputusan penuh walau secara tak rasmi kita telah tahu Parti PH sedang mendahului Parti Barisan Nasional,
Yang Penting, parti mana yang memonapoli WAJIB MENGOTAKAN JANJI-JANJI DI MANIFESTO YANG TELAH DIWAR-WARKAN KEPADA RAKYAT JELATA.InshaAllah semoga kemakmuran dan keamanan dalam menjalani hidup mendatang ini terus menjadi kebanggaan warga Malaysia.

Seperti kebiasaaan, Bagaimana hebat ideologi politik-politik disebarkan ke rakyat,rakyat menerima dengan pelbagai reaksi, baik yang positif mahupun tak berapa nak positif, disini kite sebagai rakyat berfikir dan bertindaklah rasional tanpa ada pertumpahan darah , rusuhan dan sebagainya, peliharalah hidup secara harmoni seperti sebelum ini atau kite cube perbiaki lagi kekurangan yang ada, Hebat mana wacana yang dibawa oleh warda politik ,Yang jelas...kite semua tetap membeli beras dan gula sendiri dengan duit pencarian sendiri tidak kirelah ada subsidi..Tiada apa yang benar-benar percuma, walau zakat tiap tahun kutip berjuta-juta tetap ada yang tidak sampai, tidak terima kepada yang sepatutnya.Cuba perbaiki kekurangan yang ada walau ambil masa, chef tetap megharapkan sesuatu yang lebih bersinar untuk rakyat jelata ..termasuk diri chef sendiri.

Chef Obie bukan orang politik, menjadi satu kemestian mengharapkan segala yang terbaik dalam pentadbiran negara terutama dalam pengurusan ekonomi, agama , sukan , kebajikan rakyat sama rata yang berbilang kaum , pendidikan ditambah baik tanpa melupakan hak-hak istimewa orang melayu, Kedaulatan negara berSultan dan Beraja terjaga.

Kepada Anda yang bertanding semalam dan telah dipilih Rakyat, silalah buat kerja anda seikhlas yang boleh dan sebaik yang boleh seperti janji-janji anda sebelum ini.

Salam sayang semua...

Be good to others



Rakyat Jelata,

#chefobie





Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign