CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

Executive R&D Chef | Austrian Dessert & European Cakes Pastries | Malaysian Heritage Cuisine | Multi Outlet Standardisation : CHEF MUHAMAD GUNAWAN a.k.a CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY Aktif Set Up Central Kitchen / Pembangunan Menu ( Baru & Upgrade ) / Standardize Resepi & SOP/ Mobile Cooking Baking Class / Konsultansi Isu Operasi & F&B


HUBUNGI

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Isnin, 4 Mac 2019

Chef Obie 2019 : RESEPI AGAR AGAR KELAPA KLASIK @ COCONUT JELLY CLASSIC

Chef Obie 2019 : RESEPI AGAR AGAR KELAPA KLASIK @ COCONUT JELLY CLASSIC 

Salam Isnin ,

Semalam sempat jugalah chef obie menyediakan satu resepi mudah dan klasik iaitu Agar-agar Kelapa Klasik atau Coconut Jelly Classic, kebetulan ada yang ingin chef buatkan.



Sebelum chef kongsikan resepi ,chef saja ingin kongsikan rutin semalam yang telah selesai pada pukul 5 petang  ,Apa lagi mencari lokasi makan yang sederhana berat..tak mau yg heavy-heavysangat than chef terus gerak ke mytown shopping mall. Kiranya untuk terus makan malam...di Suki-Ya ( Japanese Restaurant di My Town KL )
Fees Buffet juga berpatutan Mengikut waktu
seperti untuk Lunch Dewasa RM34.80++ ( 1130 pagi hingga 5 Petang )
Manakala untuk Dinner Dewasa RM41.80++










Next time korang yang teringin mencuba menu makan yang baru dan buffet..bolehlah ke Suki-Ya Restauran Di Mytown Shopping Mall dan korang awal-awal dah boleh budget untuk bawa berapa ramai gang kaki makan korang tu !

Sebelum terus ke resepi..chef obie sukacita berkongsi sesuatu yang baik bersama :
Di Mulakan Dengan Bismillahir Rahmanir Rahim...




Sekilas dengar macam biasa, Tapi sebenarnya sangat melukakan.Bak kata orang Melayu Kerana Pulut Santan Binasa..Kerana Mulut Badan Binasa !

Kes 1

😅Seorang teman bertanya, "Berapa gaji kau sebulan kerja Kat Fast Food tu? "

Dia menjawab, "RM700.00 aja.Kalau Ada kerja lebih masa adalah RM900 "

"RM700.00 aja? Sikit gaji kau,boss kau tahu ke hargai keringat usaha kau tu, masuk pagi balik malam ?Cukup ke nak hidup sebulan?"

Sejak itu temanmu itu membenci pada pekerjaannya. lalu dia meminta kenaikan gaji pada majikannya, dan pihak majikan tidak dapat mempertimbangkannya. Kini temanmu tidak lagi bekerja bahkan menjadi penganggur.

Kepada mulut yg bertanya & bagi panas hati temannya itu pasti gembira Kan?Chef Tanya aje..

Kes 2

😘Saat seorang ibu atau bapa bertanya; 

" Rumah kau ni bukankah kecik Dan sempit? Anak-anak kau pun ramai ,Selesa ke korang ni dah macam Sardine dalam tin ..aku tengok "

Rumah yang tadinya terasa lapang, sejak saat itu mulai dirasa sempit oleh penghuninya. Ketenangan pun hilang saat keluarga ini mulai berhutang untuk mendapatkan rumah yang lebih besar...

Korang Rasa,kalau korang Kat tempat si anak tu. Macam Mana yea..mungkin teguran orang tua tu ihklas , walau bagaimana pun korang sendirilah yg ukur baju...dibadan sendiri..steadylah.. InshaAllah rezeki korang pasti Ada pada mereka yg sentiasa berusaha ,istiqomah Dan tawakal kpd Allah.Ada rezeki lebih mampu baru lah Cari rumah yg selesa. Kau doakan aje.. semoga orang tua korang tu sentiasa sihat , lembut hatinya ,manis tutur katanya dan Menjadi contoh kpd anak Dan cucunya..usah membenci orang tua korang..

So sad kalau anda adalah orang tua tu..fikir-fikirkanlah kalau anda Berada ditempat anak korang.

Kes 3

Seorang abang bertanya saat kunjungan seminggu setelah adik perempuannya baru sahaja dapat melahirkan baby baru.

"Hadiah apa yang diberikan suami kau.. setelah engkau melahirkan baby untuknya?"

"Tidak ada." Jawab adiknya pendek.

Abangnya bertanya lagi: "Apakah suami kau fikir kamu ini tidak berharga? Aku selalu memberi hadiah kpd isteriku walau tanpa alasan yang istimewa".

Keesokannya, ketika suaminya lelah pulang dari tempat kerja dan pulang, kelihatan isterinya merajuk dan meminta hadiah. Mereka bertengkar. Sebulan kemudian, antara suami isteri ini terjadi perceraian.

Kerana apa? Kerana kalimah sederhana yang diucapkan seorang abang kepada adik perempuannya.

Kalau korang ditempat suami adik tu..macam Mana rasanya,disebabkan mulut abang ipar kau yg nak menunjukkan bagus dihadapan adiknya..??? Semoga Kita dijauhkan dari isu macam ni..

Kes 4

Seseorang bertanya pada nenek tua itu,

"Berapa kali anakmu mengunjungimu dalam sebulan?" 

Si nenek menjawab, "Sebulan sekali". 

Yang bertanya membalas balik,

"Wah sungguh keterlaluan sekali anak-anakmu itu. Diusia senjamu ini seharusnya mereka mengunjungimu lebih kerap."

Hati si nenek menjadi sedih padahal awalnya ia amat rela dan memahami situasi anak-anaknya. Maka menjangkakan si nenek dan kesihatannya pun bertambah buruk.

Kalau korang faham apa itu Qada' dan Qadar ( ketentuan Allah ) pasti korang tidak akan mempertikaikan setiap yang berlaku itu..seperti semua contoh diatas..termasuklah korang memerli kawan-kawan yang telah berkahwin beberapa tahun tapi masih tidak mempunyai anak , begitu juga kawan-kawan korang yang hingga kini masih tidak berkahwin.. dan kau boleh pulak kata sebab kurangnya bersedekah penyebab semua itu berlaku , betapa dangkalnya cara pemikiran korang tu MashaAllah , Sila Beristighfar , sebelum korang teruskan perangai habit berkata seperti itu yang akan memakan diri korang dan penyebab amalan ibadah korang tidak diterima Allah & jangan pula merangkak di akhirat kelak sebab perlu mencari kawan-kawan yang korang bahankan.

Sedar atau tidak  kawan-kawan yang kau mengata itu jauh lebih bagus dan hebat hidupnya berbanding diri kau malah kau tahu ke yang kawan kau itu bersedekah lebih dari yang kau fikir? MashaAllah , kawan kau tu humble bab amal ibadah biar Allah sahaja yang tahu bukan untuk di instagramkan atau di facebookkan.

Yang jelas kawan kau itu tahu apa ertinya Qada' dan Qadar dan lebih memahami kehidupan dan erti tanggungjawab yang sebenar.

APA SEBENARNYA KEUNTUNGAN KORANG atau YANG KITA DAPAT DENGAN BERTANYA SOALAN-SOALAN BEGITU?

Ada masanya mulut kita perlu ada 'insuran' untuk tidak bertanyakan benda yang dianggap remeh tapi sebenarnya memberi kesan pada kehidupan seseorang..

Diam itu lagi baik...Untung mereka yang BISU sebab tidak terjerat dengan dosa yang tidak disedari ramai orang ini...Terima Kasih kepada yang kongsikan info ini di media, chef obie telah mengubah ayat dan sedikit infonya sesuaikan dengan situasi.

Baiklah..Tiba masanya RESEPI AGAR AGAR KELAPA KLASIK Atau COCONUT JELLY CLASSIC CHEF OBIE



Bahan

1 paket Agar agar Tali ( 20 gm satu paket )
3 biji Air Kelapa Muda ( 1.6 liter - 1.8 liter )
500ml  Air + Separuh Isi Kelapa dikisar bersama
Baki Isi Kelapa Di cincang
1/2 cawan Gula Batu atau Gula Pasir
Secubit Garam

Cara Penyediaan 

1. Didihkan Air bersama isi kelapa yang dikisar + Air Kelapa bersama Agar-agar Tali , masukkan gula dan garam kacau menggunakan whisk, 

2.Pastikan kacau konsisten perlahan lahan sehingga Agar-agar larut dan mendidih, biarkan mendidih selama 5 minit sebelum matikan api.

3.Susun bekas yang anda telah pilih untuk COCONUT JELLY . Masukkan baki Sisi Kelapa yang dicincang.



4.Tuangkan agar-agar yang telah dimasak ke dalam bekas .



5.Biarkan sejuk sendiri diluar sebelum simpan didalam peti sejuk. Anda boleh gunakan resepi ini untuk jualan . Boleh gandakan resepi sehingga 10 x. Selamat Mencuba

Jangan lupa Follow chef obie di facebook chefobie untold






Terima Kasih

Rabu, 27 Februari 2019

Chef Obie 2019 : Pasar Chow Kit , Kelas Satay , Sirap F & N , Jual Hotel dan Akademi Laut Malaysia

Salam ,

Every day I feel is a blessing from Allah. And I consider it a new beginning. Yeah, everything is beautiful...semoga anda Juga Rasa bersemangat Dan positif dalam kenegatifan tu mesti Ade ...Cuba control bersama..ingatan untuk diri sendiri juga...Semalam sempat singgah ke pasar Chow Kit KL , bersama salah seorang #chefobiecrew . Memenuhi material for Kelas Masakan Perniagaan Popular 2019 : Satay & Satay Frozen !

Pelajar kali ini datangnya dari Borneo Sabah. 
Actually Chef Obie ingin ucapkan ribuan terima kasih sejak beberapa tahun ini , warga Di Sabah mahupun Di Sarawak mula menunjukkan yang mereka sungguh-sungguh berazam dan bertekad untuk menimba ilmu masakan perniagaan Chef Obie Yang berlokasi Di Semenanjung - Ampang Kuala Lumpur.
Pelajar menimba ilmu dalam pelbagai pilihan kursus / kelas - boleh klik link ini KURSUS/KELAS MASAKAN PERNIAGAAN
Alhamdulillah perniagaan pelajar-pelajar juga mula melihatkan hasil dan berdaya maju.


 

Cuci mata dengan beberapa gambar satay...okaykan .
Apa pun pandangan atau permintaan pelajar akan pihak Chef Obie cuba memenuhi.InshaAllah. Jom pekena Sirap Ais ..atau Sirap Limau ..buat sendirilah..kita beli pati Sirap F&N, Sirap lejen..


Korang Rasa Chef Ada Masa Untuk Sakit Kepala ðŸ˜…???
Siapa disini yg mesti Ada pati Sirap Rose F&N Kat Rumah Die ðŸ˜Ž? Okay...kalau Ada kite gang😘Always love the simple way.. Hari ni jadi sifu Tak bertauliah mengajar sahabat mereka web/blog hopefully..sahabat mudah faham seperti kite mengajar meMasak ðŸ˜…
It is amazing what you can accomplish if you do not care who gets the credit...
Kepada anda yang mewakili pihak buyer dalam mencari properties investment seperti Commercial Building dan Hotel boleh terus hubungi Pihak Chef Obie..

Apa pun jangan Risau Pihak Chef Obie ada lebih 30 list Hotel , daripada hotel budget , hotel boutique ,hinggalah ke 5 star. 

Direct Owner , Direct Option dan ada yang Chef Obie Sendiri sebagai Mandate Hotel.
Whose Looking For Hotel In Malaysia , Please Do Not Hesitate To Contact Me ... 
http://www.wasap.my/60172260719 Chef Obie juga merupakan Hotel & Resort Consultant
 ( Jual Beli Hotel )


Dan chef Obie Nak sharing sesuatu dibawah...

Kepada adik-adik yang baru lepasan SPM atau ingin mencari karier yang mencabar untuk masa depan , adik-adik bolehlah Join ALAM !
Kalau adik-adik nak tahu.. Chef Obie juga merupakan bekas pelajar ALAM ! mengelilingi dunia dengan kemahiran yang dipelajari & belajar dari kehidupan bersama invironment kerja yang menarik dan mencabar merupakan Harta yang Tiada Ternilai ! Bercampur kenalan dari seluruh dunia bersama-sama mengembangkan karier masing-masing. Chef Obie bukan kapten kapal yea.. Chef Obie bermula sebagai Steward & Chief Cook .





Calling candidates awaiting SPM results and SPM Leavers who are still deciding on your college options!

Are you interested in Maritime Career?

Akademi Laut Malaysia (ALAM) is looking for candidates with the right mindset and attitude to take up a rewarding career as maritime professionals. We are currently recruiting Cadet Officers who will be fully trained for future career advancement as a Ship Captain or Chief Engineer with global merchant navy organizations. If you have what it takes for a challenging and rewarding sea-going profession, then ALAM is the place for you.

ALAM will be conducting an outreach programme (pre-selection interview) for ALAM Cadetship Program for July 2019 intake.

Please click the link below and choose the venue nearest to you.
https://goo.gl/forms/mIv0Qt3mS6o4pKaC2



Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign