CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

Executive R&D Chef | Austrian Dessert & European Cakes Pastries | Malaysian Heritage Cuisine | Multi Outlet Standardisation : CHEF MUHAMAD GUNAWAN a.k.a CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY Aktif Set Up Central Kitchen / Restoran Pelbagai Tema - Western Food, Kopitiam, Nasi Kandar & Berkenaan / Pembangunan Menu ( Baru & Upgrade ) / Standardize Resepi & SOP/ Kelas Masakan Perniagaan Bijak Bisnes Peniaga & Usahawan / Konsultansi Isu Operasi & F&B


HUBUNGI

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Selasa, 3 Mac 2020

RESEPI JUS KELADI ATAU JUS YAM BAZAAR RAMADHAN CHEF OBIE

RESEPI AIR JUS KELADI atau JUS YAM BAZAAR RAMADHAN CHEF OBIE

Assalammualaikum wbt , Tidak lama lagi Ramadhan bakal menjelma ,
Pasti ada yang cukup suka terutama anak-anak mahupun korang yang bekerja ni 
melayan mencari makanan pilihan untuk berbuka puasa nanti di BAZAAR RAMADHAN.

Ada yang mencari ayam percik ,ayam golek , kuih muih , nasi , lauk pauk dan sebagainya termasuklah minuman.



Bila cakap bab minuman pasti ada yang terbayang air blender , air katira mahupun air pelbagai jus dan kordial.Pasti ada yang suka dengan air bewarna ungu bersusu diatas ni ..iaitu AIR JUS KELADI.
Chef Obie nak share satu resepi air iaitu AIR JUS KELADI BAZAAR RAMADHAN yang sesuai sangat anda gunakan untuk berniaga dibazaar ataupun pasar malam.
Alhamdulillah sambutan anda yang mencari resepi air yam atau air keladi ini memberangsangkan juga dalam blog Chef Obie Ini jejak juga 7420 views pelawat  .Mungkin perkongsian chef ini kecil sahaja , tapi jauh harapan Chef Obie agar dapat membantu lebih ramai peniaga kecil menambah pendapatan.
Kalau anda ingin tahu sebalang AIR JUS KELADI BAZAAR RAMADHAN CHEF OBIE ini mampu menghasilkan pendapatan tidak kurang RM200 untuk 1 x balang sekiranya habis .Anda jual RM2 secawan plastik atau RM3 seplastik ikat mati.
Chef Obie juga pernah merasa 5 tahun berniaga air dan makanan di Bazaar Ramadhan Di Pandan Indah & Taman Mulia Ampang. Walau ketika itu masih terikat dengan Pekerjaan Tetap Di Salah Satu XXXX milik Petronas . Tetap steady..layan aje , hidup ni bukan tentang pangkat dan RM semata-mata  ,Tapi lebih kepada kepuasan , pengalaman dan perkongsian.

Harapan Chef Obie , Sukacita sekiranya Anda dapat bantu sharekan posting Info ini ke media facebook , whatsapp group mahupun medium lain yang sesuai - website anda , tweeter , instagram dan berkaitan. Terima kasih semoga ada kebaikan daripada perkongsian anda dan juga chef. " Sharing Is Caring " 



Bahan Utama

3 cawan Serbuk Perisa Keladi atau TAKO @ YAM FLAVOUR POWDER BAVARAGES ( Boleh dibeli dikedai pembekal bahan bakeri mahupun dipasaraya ) atau 1 botol pes
3 Tin Susu Pekat Manis ( Anda boleh tambahkan 2 tin lagi sekiranya anda guna air 20 liter )
2 kg  Gula Pasir
500 gm Coffemate ( option , boleh abaikan )
12 liter Air & Sedikit Air Panas ( Anda boleh tambah air mineral sehingga 20 liter )
6 Tin Susu Cair ( jika anda ingin rasa lebih berkrim )
 1 bag besar Ais sudah memadai )

Cara Penyediaan :

1.Campurkan serbuk minuman , gula , coffemate , susu pekat ke dalam satu bekas.

2.Masukkan air panas dan kacau sehingga semua bahan larut bersama.

3.Sediakan Ais separuh balang air.

4.Bahan yang telah larut dimasukkan ke dalam balang air . Kacau sebentar dan sipa untuk di jual.

5.Anda boleh tambahkan susu cair sekiranya ingin rasa lebih berkrim.

6.Ada pilihan air untuk anda niagakan , Dalam pada masa yang sama 

Sukacita Chef Obie  nak berkongsi informasi berkaitan dengan satu menu hidangan yang popular di Malaysia dan Singapore iaitu " Char Kuey Teow "
Sinonim dengan hidangan dari bangsa Cina. pasti dikepala otak korang terbayangkan mee putih nipis , leper bersaiz lebar dalam 1 sm.



Dari mana datangnya perkataan " Char Kuey Teow " ini ? Kalau korang nak tahu Ia merupakan loghat Bahasa Cina " Hokkien".Lebih tepat lagi, "炒粿條" disebut sebagai chha2-koe2-tiau5 dalam loghat Hokkien, dan cháo guǒtiáo dalam bahasa mandarin

Chef Obie cerita serba sedikit sejarah bagaimana datangnya menu masakan " Char Kuey Teow" ini .
Ia dicipta sebenarnya untuk pekerja-pekerja buruh ketika zaman buruh bermula, Di mana hidangan "Char Kuey Teow " ini asal basic dalam masakannya berasaskan lemak babi , ia dimasak dengan cara penggunaan lemak yang banyak untuk menghasilkan sumber tenaga dan nutrien ketika zaman itu. Selain ianya mudah dihidangkan.Yang pasti ia merupakan hidangan paling popular ketika itu kerana harga yang murah dan mengenyangkan.


Zaman buruh ketika itu , bahannya masih tidak tumpah seperti " Char Kuey Teow Hari ini " Iaitu kicap dan sos istimewa, cili, udang, kerang, telur, taugehh dan kucai cina. Kadangkala hirisan sosej cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat.
Zaman itu penjual " Char Kuey Teow " adalah terdiri daripada nelayan, petani dan pemungut kerang..apa ? Pemungut kerang ? Ya..Pemungut kerang..sebab tu korang pernah makan " Char Kuey Teow Kerang ! "sempoikan...Ia dihasilkan bersesuian dengan sumber alam yang terdekat dengan mereka.Iaitu kerang...selain pekerjaan mereka yang berconnection dan mudah menyemai kerang juga mendapatkan kerang secara semulajadi.
Di Malaysia , pemahaman berkaitan hidangan ini sering juga diperbahaskan . Kerana kebanyakan peminat-peminat " Char Kuey Teow " berpendapat -
Jika sebut Char Kuey Teow sahaja ....pasti mindset terbayang - Satu hidangan wok yang panas , Berkuah dan  Basah kicap sos udang , mee kuey teow , taugeh kucai , udang , telur dan kerang. jadi hidangan ini terbahagi kepada 2 rupa bentuk .

iaitu :


1. Kuey Teow Goreng

2.Char Kuey Teow ( Basah ) 

Sedia maklum maksud Char itu sendiri adalah goreng. Jadi sebenar-benar Char Kuey Teow adalah yang Goreng. Kena fahamlah sebab kite di Malaysia ini ada pelbagai bangsa seperti Melayu , India dan cina serta suku-suku kaum bumiputera yang lain.Selera dan tekak sentiasa memenuhi selera semua kaum ini. Itu terhasilnya Char Kuey Teow mestilah Basah dan berkuah .

Kalau nak order yang goreng kering atau garing..kena sebut Kuey Teow Goreng. Nampak tak di situ..istimewanya kita di malaysia. Maka terhasilah Char Kuey Teow Ipoh , Char Kuey Teow penang dan macam-macam transform yang kite jumpa. Yang jelas rasa Char kuey Teow tidak akan terlalu berlainan. Malah keaslian telah disesuaikan dengan biografi Malaysia yang majoriti rakyat beragama Islam. Maka tiadalah penggunaan minyak babi dalam hidangan ini sekiranya peniaga-peniaga di pasar malam mahupun restoren tertentu hidangkan. 

Manakala jika ia dimasak untuk hidangan rumah pasti versi pedas sebagai pilihan serta versi menumis turut digunakan dalam hidangan hotel versi buffet , gerai tepi jalan bawah pokok semua telah diubah dan disesuaikan citarasanya.Malah kombinasi hidangan ini juga tidak lengkap sekiranya ketiadaan Cili Jeruk dan Cili Potong berkicap !

Wujudnya kaki-kaki makan yang bijak dan pandai dalam menikmati sesuatu hidangan menjadikan " Char Kuey Teow " kembali muncul antara hidangan " PALING POPULAR" yang diterima ramai.

Walaweeeii....thats all..informasi yang sempoi disampaikan oleh Chef Obie , at least korang dah tahu serba sedikit sejarah asal usul hidangan popular ini ! Alang-alang dah berkongsi informasi yang berkaitan , sukacita Chef Obie nak sharingkan akan 


Iaitu antara Pilihan Bakal-bakal peniaga dan usahawan makanan tempatan Malaysia mahupun di Singapore. 
" CHAR KUEY TEOW "

Chef Obie & MGJ CONSULTANCY aktif menganjurkan dan mengadakan kelas masakan perniagaan ini sejak tahun 2012 hingga kini , beratus pelajar-pelajar telah mengikuti kelas-kelas kendalian chef yang berpusat di Bandar Baru Ampang, Selangor . Tidak jauh pun dengan Kuala lumpur 10 minit sahaja sampailah KLCC !

Sekiranya korang mungkin berminat tetapi ada sedikit kekangan masa , masalah kewangan mungkin , mahupun masalah lain yang sukar dijelaskan. Korang boleh cuba dahulu 

RESEPI CHAR KUEY TEOW CHEF OBIE untuk 2 orang makan 


Bahan Kicap Kuey Teow *

100 gm udang
2 cawan Air ( boleh extra 1/2 cawan lagi )
5 ulas bawang putih di ketuk
2 sbesar sos tiram
1 skecil kicap pekat
3 sbesar kicap manis
1 skecil petis
2 sbesar pati ikan bilis 
2 skecil garam 
1 sbesar gula

Bahan Kuey teow

180 gm kuey teow ( 2 orang makan , kalau nak lebihkan pun boleh selera korang nanti tak cukup lapor plak )
1 sb cili boh / cili giling 
Udang yang korang rebus tadi diguna balik
kerang kalau ada
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur , sorang satu biji
Minyak Masak secukupnya

Cara Penyediaan :

Kicap Kuey Teow - Rebus udang dgn air.

Apabila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang

Campurkan semua bahan utk jadikan kicap kuey teow dgn air rebusan udang tadi,biar sehingga mendidih .Matikan api biarkan kicap kuey teow sejuk..



Masak Mee jika ada wok lebih bagus boleh try , jika tidak ada kuali tu pun bolehlah korang guna- Pertama sekali Tumis cili boh atau cili giling hingga garing. kemudian masukkan udang, Masukkan Kicap kuey teow, biar mendidih .



Kemudian masukkan Mee kuey teow , kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, didihkan lagi kacau dan bolehlah diangkat.

Proses memasak kuey teow ni dlm 4 minit kalau korang guna kuali biasa tapi kalau guna wok 1 minit adalah masa standard untuk masak, pastikan api yang agak kuat semasa memasak. Practice make it perfect ! 


Walau ia resepi yang kecil tapi ia boleh juga dijadikan panduan untuk newbie yang baru cuba-cuba nak memasak Char Kuey Teow dan memahirkan cara masak dan pandai merasa.Apabila anda pandai makan dan pandai memasak ia adalah satu BONUS untuk anda bermula sebagai peniaga dan usahawan Char Kuey Teow

" Perbezaan Resepi Sesuatu Jenis Masakan Untuk Perniagaan & Komersil Ianya Ada S.O.P -Standardize Resepi bersukatan tepat , Kuantiti Khas , Teknik , Penggunaan Bahan & Brand Yang Sesuai , Peralatan Yang Sesuai , Masa Penyediaan Yang Tepat Dan Banyak Lagi Ia memang berbeza dengan resepi-resepi yang dikongsikan dalam internet mahupun video youtube sedia ada - Sesuatu Yang Eksklusif Ianya Ada Nilai Dan Valuenya Tersendiri Ilmu Percuma Tidak Akan Sama Dengan Ilmu Berbayar " 


 

Hubungi MGJ CONSULTANCY





Terima Kasih

Isnin, 2 Mac 2020

RESEPI NASI LEMAK CHEF OBIE ( 10 Orang )

RESEPI NASI LEMAK CHEF OBIE ( 10 orang )




Salam Selasa,

Semoga apa yang anda buat hari ini dipermudahkan juga dikuatkan diri anda lebih lagi untuk menghadapi sebarang ujian ,Kepada anda yang akan mengikuti kelas-kelas masakan perniagaan chef obie dalam Bulan Mac , April Dan Mei 2020 Sila hubungi segera Pihak Chef Obie supaya lancar perancangannya dan tidak bertindih dengan program Chef yang lain mahupun dengan tarikh pelajar lain , chef mengingatkan kelas akan bermula pada pukul 9 pagi bermula Tahun 2020 , hanya bawa apron , alat tulis dan bekas tapau sahaja...ingat bersedia mental, sebab semuanya hands on...from scratch, learning terus praktice memasak & penyediaan yang standard , bagaimana menggunakan resepi standardize portion perniagaan yang mostly peri penting dalam pembuatan PES , utk perniagaan. Sukatan timbangan dalam setiap resepi yang tepat untuk memastikan setiap hidangan akan menghasilkan rasa yang sama . Penekanan S.O.P dan Good Luck gais !

Tercari resepi Nasi Lemak untuk 10 orang makan...scroll dibawah ni yea,

 Gambar diatas : Chef Obie Bersama Students yang telah mengikuti 4 kelas Masakan Perniagaan & Komersil Popular Bertestimoni , Gerai Makanan Kak Lela ini terletak di Nanding , Ulu Langat.

Terima kasih kerana melayari blog chef obie pagi-pagi ni yang tercari-cari resepi nasi lemak yang mudah , sedap dan dengan cara memasak yang sempoi.

Chef obie akan kongsikan RESEPI NASI LEMAK MUDAH DAN SEDAP ! langkah demi langkah bergambar okay...

Selamat Mencuba


Nasi Lemak 
( 10 orang )

Bahan untuk Nasi 


1 kg Beras ( dicuci bersih )
4 helai daun pandan cuci simpul rapi atau 2 btg serai diketuk ( option- sekiranya tiada daun pandan )
1 cawan Santan Segar atau 1 kotak kecil Santan KARA
1/2 cawan Minyak Masak
Air secukupnya 

1 inci Halia tidak perlu diketuk
1 sdm garam 
1 sdm gula perang @ gula pasir 

Cara Penyediaan : 





1.Satukan ke semua bahan diatas dlm periuk nasi.



2.Tanak nasi seperti biasa.


Sambal Bilis Chef Obie

Bahan 

100-150 gm Ikan Bilis 
1/2 cawan Minyak Masak 
1 cawan Cili kering kisar ( direbus , buang biji & cuci bersih )
2 biji bawang besar kisar
5 biji bawang shallot ( kecil ) kisar

1 inci Belacan kisar
1/2 inci halia tua  kisar 
1 ulas bawang putih kisar
2 sdm Air Asam Jawa + 1/2 cawan Air
4 sdm Gula Perang
3 sdm Gula Pasir
1/2-1 sdm Garam 
Air secukupnya

Cara Penyediaan 




1.Panaskan minyak kelapa medetop , tumiskan ikan bilis dahulu biar garing seketika masukkan semua bahan kisar, kacau sehingga naik minyak & pastikan menggunakan api yg sederhana.





2.Masukkan air asam jawa , dan air sekiranya perlu.Kemudian perasakn dgn gula perang, gula dan garam himalaya utk maksima rasa sedap dan sihat ! Biar mereneh seketika. Dan siap untuk dihidang bersama nasi lemak yg telah ditanak.





Pilihan chef obie kali ini bukan ayam goreng berempah mahupun ayam goreng kunyit , Tetapi Grill Salmon 


Bahan Untuk Grill Salmon 

Potongan Ikan Salmon secukupnya
2 sdm Minyak Masak
1/2 sdm serbuk lada sulah
2 cubit lada hitam ketuk
1 sdt garam himalaya @ bukit

Cara Penyediaan





1.Perapkan sebentar 2@3 mnt semua bahan pada ikan salmon.




2.Panaskan pan, panggang ikan salmon dimulai dengan bahagian kulit.guna api panas.


3.Bolak balik kan sisi ikan. Masak dlm masa 3 minit shj.




mmmm....lazatkan..tengok aje dah menyelerakan...korang bolehlah mencuba resepi ini sebagai resepi nasi lemak hujung minggu atau nasi lemak sebagai bekalan ke tempat kerja mahupun untuk keluarga ! Kepada anda yang ingin secara serious menjadikan menu " NASI LEMAK " Sebagai Main Bizznes boleh berguru dengan Chef Obie - Chef Obie telah melahirkan beratus peniaga dan usahawan industri Makanan di Malaysia .Alhamdulillah semoga semua anak didik Chef Obie succes dan bertambah maju dan upgrade income dan mampu memberi peluang kerjaya kepada keluarga dan masyarakat .




KELAS MASAKAN NASI LEMAK BERLAUK
YURAN /FEE : RM2000 
Pesara / Ibu Tunggal / Penjaga memiliki Anak OKU : RM1500

Intipati

Asas Menyediakan Nasi lemak Biasa & Kukus
Penyediaan Ibu Sambal
Penyediaan Sambal Tumis Ikan Bilis
Penyediaan Ayam Goreng Berempah
Penyediaan Sambal Kerang 
Penyediaan Rendang Kerang atau Ayam




Tenaga Pengajar Profesional : Chef Obie ( Chef Profesional  )

( Berpengalaman menghidangkan menu-menu masakan , pastry & kek untuk King Fadh Arab Saudi & Sultan Brunei juga VIP & VVIP Malaysia )



Lokasi : Merdeka Villa ,
Jalan Merdeka , Ampang

Landmark : Spectrum Mall
Berdekatan - LRT Cahaya , LRT Ampang ( 10-15 minit dari KLCC )

Tarikh Kelas :
Pelajar Boleh memilih tarikh dan hari untuk kelas diadakan
Di Antara Isnin hingga Khamis
Sabtu atau Ahad
( Jumaat Sahaja Kelas Tidak Diadakan )


Masa : Setiap jenis kelas akan bermula pada pukul 9 pagi

Kelas : One day Course @ Kelas Sehari & Fully Hands On ( Sepenuhnya pelajar akan membuat sendiri memasak secara praktikal atas seliaan dan tunjuk ajar daripada chef profesional )

Keperluan : Pelajar hanya perlu membawa alat tulis dan apron sahaja

Pelajar akan menerima 1 x Sijil ( no.siri )

Pelajar Wajib  Membuat Pembayaran DEPOSIT 70% daripada Jumlah Penuh Yuran
ke salah satu akaun pilihan 

i- CIMB 7619121286

ii- MAYBANK 151409098193

iii- BSN 14005-41-00008021-7

atas nama 
Muhamad Gunawan Jamil

ATAU

Ke Akaun Syarikat MGJ CONSULTANCY

Bank Islam No akaun 12122010028739


Kemudian
Bukti Pembayaran Perlu Disimpan


p/s Anda wajib hubungi pihak chef obie atau wakil MGJ CONSULTANCY
di bawah ini sama ada melalui whatsapp atau call
Baki Yuran 30% Perlu diselesaikan Pada Hari kelas diadakan




Antara Testimoni-testimoni pelajar kelas masakan perniagaan popular chef obie



FOODJAM
Bukit Rahman Putra
Sungai Buloh, Selangor

SAFHYD STEAK HOUSE
Jalan kubur tanah merah,berdekatan masjid ismail petra , Kelantan

SAFHYD STEAK HOUSE
No 48 , Jalan Nova u/5 ,
Subang Bestari 
Shah Alam

PAK MAON KITCHEN , Yan Kedah Darul Aman

MANGROOVE CAFE WESTERN FAMILY
370 , Jalan Tai Shin Jar
Kuching , Sarawak

RESTAURAN RONEY
Pusat Perniagaan Adnium
Bandar Bukit Beruntung , Bukit Sentosa & Klang

MAKAN SHACK
2186,G floor, Jln Bukit Minyak

Kawasan Perniagaan Asas Murni
Bukit Mertajam, Seberang Prai

SNOW BALL DANCE
Chef Pak Di, Melaka 

DESARU VIBE LOUNGE
No 19,Jalan Dato Jaafar 24/1 Taman Mutiara Desaru Bandar Penawar, Johor

MEEN PITSTOP 

Ulu Pulai, Gelang Patah , Johor ( Berdekatan Legoland Malaysia )
TAT NASI AYAM 
Desaru Bandar Penawar, Johor


DAPUR AISHAH
Wisma Central , Kuala Lumpur

THE GRINDER
Kajang, Selangor ( kiosk mengikut events )

FISH TAKE AWAY muhammadrauffnc
Tasek kenyir, Terengganu

NEVER BACK DOWN
Kedah Darul Aman

STEAKHOUSE
Kelantan

STEAKHOUSE WESTERN 
Penang

WESTERN BROTHERS
Johor

RESTORAN KUNING KUNYIT
Damansara Height , Kuala Lumpur

MALAYSIA CATERER
Texas, United State Of America

HOR RESTAURANT
Hong Kong , Republik Of China

DEE HOUSE RESTAURANT
Taman Bukit Rambai , Melaka

MERCIK CHAR KUEY TEOW
Parit Raja, Batu Pahat, Johor

BEST CHAR KUEY TEOW
Petaling Jaya , Selangor

CHAR KUEY TEOW
Kg baru, Kuala Lumpur

DAPUR LAILII
Kajang, Selangor

SATAY xxxxxx
Kajang, Selangor

SATAY MUADZAM
Pahang Darul makmur

CAKOI
Ipoh, Perak

Dan Banyak lagi testimoni-testimoni pelajar yang telah berjaya membuka perniagaan western food , juga katering , restauran milik sendiri di seluruh Malaysia , Sabah & Sarawak.











8 Letters

You know me the best
You know my worst, see me hurt, but you don't judge
That, right there, is the scariest feeling
Opening and closing up again
I've been hurt so I don't trust
Now here we are, staring at the ceiling
I've said those words before but it was a lie
And you deserve to hear them a thousand times
If all it is is eight letters
Why is it so hard to say?
If all it is is eight letters
Why am I in my own way?
Why do I pull you close
And then ask you for space
If all it is is eight letters
Why is it so hard to say?
Isn't it amazing how almost every line on our hands align
When your hand's in mine
It's like I'm whole again, isn't that a sign
I should speak my mind
I've said those words before but it was a lie
And you deserve to hear them a thousand times

If all it is is eight letters
Why is it so hard to say?
If all it is is eight letters
Why am I in my own way?
Why do I pull you close
And then ask you for space?
If all it is is eight letters
Why is it so hard to say? (Whoa oh, yeah)
Uh uh
When I close my eyes
It's you there in my mind
When I close my eyes
If all it is is eight letters
Why is it so hard to say?
If all it is is eight letters
Why am I in my own way?
Why do I pull you close
And then ask you for space
If all it is is eight letters
Why is it so hard to say?
If all it is is eight letters
When I close my eyes
It's you there in my mind (it's only you)
When I close my eyes
If all it is is eight letters
When I close my eyes
It's you there in my mind (you)
When I close my eyes
If all it is is eight letters

Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign