CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Sabtu, 18 Januari 2014

DIY : Resepi Ayam Kuzi


Hari ni bie memang nak sharing masakan berasaskan ayam..
hujung minggu kan ade yang bercuti..
bolehlah try resepi ni..

Resepi Ayam Kuzi

Bahan

1 ekor Ayam ( potong 12 )
1 inci Halia
8 biji Bawang merah
3 biji Bawang besar
2 ulas Bawang putih
5 batang Cili Merah ( jika tiada cili merah boleh diganti dengan cili kering )
5 sudu besar Rempah kari daging
1 sudu besar Serbuk kunyit
1 sudu kecil Belacan
½ cawan Kismis Hitam
½ cawan Bawang goring
1 ½ cawan Santan / krim
2 biji Cili Hijau ( dibelah tengah )
1biji Buah tomato
Segenggam Daun Pudina
3 helai Daun Pandan ( diikat )
2 batang serai ( dititik )
1 biji perahan limau nipis
150-200gm Mentega / marjerin / minyak masak
Gula, garam secukup rasa.


Cara membuat

1. Panaskan minyak / mentega / marjerin masukkan bahan yang dikisar- iaitu halia,bawang merah,bawang besar,bawang putih, belacan dan cili merah juga masukkan serai dan daun pandan pastikan sehingga wangi.

2. Kemudian masukkan rempah kari dan serbuk kunyit kacau sehingga hamper garing, masukkan ayam dan kacau rata.Kecilkan api biar ia mereneh sebentar.

3. Apabila agak kering masakan ayam, masukkan santan atau krim , buah tomato, kismis ,bawang goreng,masak sehingga ayam empuk,kemudian masukkan pula cili hijau dan daun pudina masak lagi 5 minit, masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.Akhir sekali perahan limau nipis.Siap dihidang sesuai untuk dimakan dengan nasi putih, nasi miyak ,buryani dan sebagainya.

4. Jika anda suka masakan kuzi ini lebih berkuah , boleh tambahakan 1 cawan air ketika mereneh.Selamat mencuba.

Tips- jika korang ade rempah kurma , bukhari atau buryani boleh digunakan dengan menggantikan rempah kari daging .marbeles!


Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign