Resepi Pasta Alfredo atau dalam bahasa itali Salsa all’ Alfredo
Bahan
90 gm Mentega
2/3 cawan Krim Masakan / whipping krim
90 gm keju Parmesan ( diparut )
Garam secukupnya
Lada hitam / Putih secukupnya
Daun Parsley dicincang halus
250 gm Pasta ( boleh gunakan Fettucine atau Tagliatelle , tapi orang kite dah terbiase dengan spaghetti jadi boleh juge r kalau korang suke)
Cara Membuat :
1.Panaskan mentega dalam pan , kacau perlahan dengan api yang kecil @ rendah, jangan sampai hangus!
2.Apabila mentega telah cair, masukkan krim masakan atau whipping krim ( bie suke cadangkan anda menggunakan whipping krim, mengaaapa whipping krim? Kerana ia berfungsi 2 dalam 1.. ok nanti kite citer, continued masak ).
3.Kacau perlahan untuk seketika, angkat pan dari api, Masukkan keju parmesan yang telah diparut , garam secukup rasa dan lada hitam atau putih kacau kembali d atas api.Lebih kurang 1 minit. Sauce Alfredo telah siap dan secara tradisional orang itali, sauce alfredo yang tengah panas ni terus dituang ke pasta fettucine atau pun tagliatelle yang telah direbus dahulu dan kemudian digaul mesra . Akhir sekali taburkan dengan parsley yang telah dicincang. Terbaik wok!
IG : chef_obie_official
FB : chefobie untold
whatsapp : 0172260719
IG : chef_obie_official
FB : chefobie untold
whatsapp : 0172260719