CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Khamis, 23 April 2015

Apa Itu Detox Dan Resepi Air Detox Chef Obie

Dalam pada macam-macam jenis air yang ada dalam market kite, kebanyakkannye air 
yang tidak berape baik untuk tubuh badan .

Apakata hari ni chef obie kongsikan sedikit info, walau ada antara kite yang dah tahu apa itu
DETOX.

DETOX adalah proses pembuangan toksin yang terkumpul dalam badan kita dan digantikan dengan nutrien.Toksin dalam badan kite memang banyak lagilah dengan persekitaran dan gaya 

kehidupan hari ini yang tak berapa nak sihat..walau nak sihat..heee pi jogging.. tapi udara terdedah dengan pencemaran..pun buat tubuh badan lagi tak sihat! itu belum kire cara pemakanan kite seharian.Betul Tak?Benda-benda ni semua yang membuatkan tubuh badan kite bertoksin.

Cara untuk buang toksin dalam tubuh badan kite  :






1.Dengan Bersenam ( ditempat yang bersih persekitarannya )dalam gym pun ok juge.. ,

2.Berpuasa 

3.Diet yang sihat




Jom kite cuba Disiplin kan diri dengan mengikuti 
Program Detox 7 hari yang disyorkan oleh pakar kesihatan tubuh badan :

2 hari Puasa
5 hari amalkan meminum jus detox dan jus buah-buahan
Stop! makan benda pepejal ( chef obie perlu belajar lupakan burger pebret )

* ini semua bertujuan bagi merehatkan sistem pencernaan , sambil tu toksin dalam badan dibersihkan dengan cara pemakanan kite yang banyak cecair yang baik. Yang pasti "Toilet Zone " adalah peneman anda yang setia dikala ini.



Ada banyak versi resepi air detox ni ,
chef obie suke yang citrus atau yang ada buah berry.. tak kisahlah strawberry ke raspberry ke blueberry ke asalkan adik beradik berry.pastu mesti mixed dengan daun pudina sikit...simpan dalam peti ais..dan dinikmati sejuk-sejuk...pergghh..terbaik wok!





Okaylah kite berbalik kepada

Resepi Air Detox.

1 liter Air Teh Hijau atau Air kosong 
1 biji buah oren sunkist atau grapefruitdan 1 biji buah lemon ( separuh dihiris dan separuh diambil jusnya )
2 biji buah strawberry ( kalau tak ada abaikan yea )
( pastikan buah-buah ini dibersihkan betul-betul- petua, ambil 2 sudu besar garam, rendamkan buah dan dicuci dengan iar bergaram ni..dan kemudian bilas dengan air bersih )
Dan sebagai penyegar air detox kite ni.. tambahkan beberapa helai daun pudina atau hirisan timun didalamnya.




Cara membuat :

1. Satukan kesemua bahan dalam 1 liter Air Teh Hijau @ Air Kosong , Tutup bekas rapat dan simpan dalam peti sejuk semalaman.

Kebaikan Air Detox ni

Melawaskan Pembuangan Air besar dan kecil
No more Sembelit!
Gatal-gatal pada kulit di wajah juge tiada
Menaikan Seri Muka.. dan dimuke ade sennnyuuuumm...heeee

Selamat Mencuba yea.... semoga sedikit perkongsian ilmu ni ada kebaikan bersama, jangan lupa kalau anda tengah mencari-cari resepi best..silalah 
ke link Dapatkan ebook terkini chef obie sila klik










Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign