Resepi Pendaram Udang
( Masakan Tradisi Negeri Johor )
Bahan
300 gm Tepung Beras
1 cawan Santan
600 gm Udang segar
1 sudu besar Ketumbar
¼ sudu kecil Jintan Putih
¼ sudu kecil Jintan Manis
5 biji Bawang Merah
3 ulas Bawang Putih
1 sudu kecil Serbuk Kunyit
1 inci Halia
2 cawan Minyak Masak
Secukup rasa Garam
1 helai Daun pandan
Cara membuat:-
1.Blender ketumbar , jintan putih , jintan manis , bawang merah , bawang putih , serbuk kunyit , halia dan garam.
2.Adunkan tepung beras bersama santan beserta bahan yang telah diblender tadi, pastikan sehingga menjadi adunan yang pekat, jika korang suke boleh ditambah perasa, bie tak suke guna bahan perasa kire dah tak original..ni resepi tradisi, orang dulu taka de guna bahan-bahan perasa.Jadi nak mengekalkan keasliannye..tak payah lah guna perasa.pastikan korang dah dapat hasilkan adunan pekat seperti tepung membuat pisang goreng .
3.Panaskan kuali , tuangkan minyak masak dan apabila telah pijar, masukkan sehelai daun pandan wangi biarkan ia hangus kemudian dibuang.
4.Tiba masa untuk membuat pendaram udang…, apabila minyak dah pijar, ambil adunan kira-kira 1 senduk dengan dibubuh 4 atau 5 ekor udang dan tuangkan perlahan-lahan dari tepi kuali itu terus ke dalam minyak yang panas tu. Apabila nampak hendak kekuningan tepung ditepi kuali sudiplah dengan sudip penggoreng supaya tanggal dan terendam dalam minyak itu dan digoreng hingga gareng barulah diangkat.Korang teruskan teknik membuat pendaram ni hingga selesai adunan…
Siap untuk dimakan- sesuai dimakan bersama lauk pauk lain dan nasi atau dimakan begitu aje. Dapatkan ebook terkini chef obie sila klik