CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Khamis, 14 Mei 2015

Resepi Rendang Ayam Kampung Popular & ketuk ketuk Ramadhan

gambar courtesy google

Resepi Rendang Ayam Kampung Popular

Ayam Kampung - 1 ekor dipotong 16
Santan Cair 1/2 liter 
Santan pekat 1/2 liter - 700 ml
Air 1/2 liter
Kerisik 3/4 cawan
Serai 7 batang dipotong halus *
Halia 1 inci *
Lengkuas 1 inci *
Daun Kunyit- 2 helai dihicik halus ( dah nak masak baru letak )
Buah Keras - 2 biji *
kayu manis- 1 batang
Jintan Manis /Jintan Putih/lada hitam - 1 sudu kecil - semua ditumbuk
Bawang Kecil - 1 cwn *
Bawang Putih 3 ulas *
Garam secukup rasa
Cili Kering dikisar setengah cawan*
Air Asam Jawa 1/2 cawan

Cara membuat / cara memasak : 

 Panaskan minyak - 1/2 cawan

Tumis bahan bahan kisar, kayu maniis, jintan2, cili kering dikisar ( chef obie tak galakkan anda gunakan cili boh ). Tumis hingga sebati.
Masukkan 1/2 liter air  . Kacau sebati hingga mendidih.

 Kemudian  santan cair 1/2 liter,kacau seketika dan biarkan mereneh.

Masukkan 1/2 liter santan pekat . Gaul sebati. Masukkan garam. Tutup Periuk jika ada penutup periuk. Biarkan lebih kurang 20 minit dengan api sederhana @ kecil,Anda kacau lagi.( Perlu diingat ayam pencen agak keras lagi lama masa memasak diambil dengan api yang kecil @sederhana akan melembutkan / empukkan ayam pencen, anda boleh tambahkan lagi air 1/2 liter dan biarkan ia mereneh lagi sekurangnya 40 minit.Pastikan setiap 10 minit anda lihat & kacau )
  
Apabila ayam sudah kelihatan empuk masukkan kerisik . Gaul sebati & rata . Boleh tambah gula 1 sudu besar.

Masukkan air asam jawa dan kacau sekali sekala.

Teruskan memasak hingga empuk dan mesra semua bahan masakan.ambil masa lebih kurang 1/2 jam lagi. Ianya bergantung kepada ayam pencen juga, jika dagingnya berisi walau dah tue..heee jawabnya lama lagilah masaknya.Mereka yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi macam german football player memang patut masak rendang ayam pencen ni!

* Sentiasa kacau rendang pastikan jangan lah sampai terhangit...mmmm ada kata orang hangit rendang ayam pencen ni wangi .... marbeles kate jiran sebelah rumah kalau terbau!

bila dah agak dah nak masak rendang yang dikacau tu, masukkanlah daun kunyit yang telah diricik.Biar 5 minit tutup api.

Selamat Mencuba & Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin..





Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign