CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Rabu, 24 Jun 2015

Resepi Air Katira Popular 2015



RESEPI AIR KATIRA POPULAR 2015

Kepada anda yang tercari-cari resepi air katira , chef obie seperti tahun-tahun sebelumnya pasti akan kongsikan resepi air istimewa ini .
Air yang begitu popular diselatan tanah air iaitu Negeri Johor Darul Takzim,

Apabila tiba musim Berpuasa , Bazaar-bazaar tempatan pasti ada yang menjual air katira ini, cuma bezanya sedap atau tak berapa ummph aje...
apa pun masyarakat Malaysia telah ramai yang pandai dan suka dengan penangan air katira ini.
Kepada anda yang ingin buat sendiri air katira sama ada untuk berniaga di bazaar atau untuk minuman berbuka dirumah hari ini, bolehlah follow resepi yang chef obie kongsikan dibawah ini.

Salam Ramadhan.... segarkan tekak dan badan ketika berbuka hari ini dengan minuman Air Katira heeee....


BAHAN-BAHANNYA:

Perlu Penyediaan awal:

Untuk Membuat Sirap-

Didihkan 2 1/2 cawan gula dalam 3 cawan air.( boleh juga anda tambahkan sedikit gula melaka @gula merah @gula perang )

Masukkan 2 helai daun pandan, hingga larut gulanya.

1 sudu besar kathira -

direndam semalaman, buangkan kekotoran dan ditapis. Dibilas dengan air masak, ditapis lagi.

10 biji buah kembang semangkuk -

direndam semalaman buangkan biji dan kulit. Ditapis, bilas dengan air dan ditapis lagi.

1 sudu besar rata biji selasih -

direndam dalam air hingga ia mengembang, kemudian ditapis lagi.

1 tin susu cair (sejat)-

'evaporated milk'

1 cawan sirap

7 cawan air

1 sudu teh air mawar


CARA MEMBUATNYA:

Dalam sebuah mangkuk besar atau bekas air yang besar, masukkanlah katira, kembang semangkuk dan biji selasih.
Tuangkan sirap, air susu dan air mawar.
Dikacau rata. Masukkan ketulan air batu atau air batu yang dihancurkan dan dihidangkan.


ebook masakan PERCUMA

p/s

Biji Selasih -boleh didapati di pasar, kedai runcit.
Kembang semangkuk - boleh didapati dari kedai sinseh Cina
Kathira - dapatkan dari kedai peniaga India.






Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign