Pagi ini chef obie suka nak sharing info bersama anda..yg rajin melayari blog comel chef ni..huuu comel la sangat..heee
Apa pun bukan sekadar resepi...sesekali kite sharing info yang baik...
seperti " JADUAL PEMAKANAN DIET"
Tentu ramai di antara kita yang bingung jika diminta menyusun jadual pemakanan diet sihat, sedangkan ia bertujuan untuk menurunkan berat badan kita secara semulajadi dan sihat.
Sebenarnya jadual pemakanan diet ini bukan hanya bertujuan untuk menurunkan berat badan semata-mata, tetapi juga mempastikan ia boleh memberikan vitamin dan khasiat yang diperlukan oleh tubuh. Anda disarankan menyusun jadual pemakanan diet yang kaya dengan antioksidan, lemak baik, kafein dan protein yang terbukti dapat meningkatkan metabolisme. Berikut adalah jadual pemakanan diet yang boleh anda cuba.
P/S ebook ialah buku eletronik dlm software PDF mudah dibuka dlm hp,smartphone,laptop@lappy & komputer.Ia sungguh praktikal & anda boleh baca &buat rujukan ebook dimana2 sahaja.
Sarapan pagi merupakan suatu kemestian yang tidak boleh dipandang remeh. Hal ini adalah kerana pengambilan sarapan pagi akan membekalkan tenaga agar dapat menjalankan segala aktiviti sepanjang hari dengan cergas dan produktif. Mungkin ramai di antara kita yang tidak menyedari akan kepentingan sarapan pagi kepada kesihatan tubuh badan selain ia adalah makanan yang akan menjadi penjana tenaga untuk kegiatan seseorang sepanjang hari.
Sarapan pagi bermula dari pukul 7 .00 pagi hingga pukul 8.00 pagi. Terdapat pelbagai pilihan menu makanan yang boleh anda aplikasikan di dalam jadual pemakanan diet seperti makanan yang mengandungi karbohidrat serta protein.
Sebagai contoh:
- Oat atau bijirin
Ambillah semangkuk bijirin atau oat bersama dengan susu. Anda juga boleh mencampurkan bijirin tadi dengan buah strawberi, pisang ataupun coklat.
Dua biji telur pada waktu pagi adalah baik untuk membantu menurunkan berat badan secara efektif berbanding mengambil sarapan yang berat dan tinggi kalori.
- Roti Bakar
Roti bakar bersama mentega atau kaya adalah cadangan yang bagus untuk diletakkan di dalam jadual pemakanan diet anda. Roti bakar dimakan bersama ‘peanut butter’ sudah cukup untuk membuatkan anda berasa kenyang.
Makanlah makanan atau minuman yang berasaskan protein kerana pengambilan protein pada waktu pagi akan mengurangkan rasa lapar.
- Minum Pagi
Minum pagi pula bermula dari pukul 10.00 pagi hingga pukul 11.00 pagi sahaja. Minum pagi adalah sangat perlu untuk diletakkan di dalam jadual pemakanan diet anda kerana ia akan memabantu anda untuk menahan lapar. Apabila terlalu lapar badan anda akan cenderung untuk menyebabkan penurunan berat badan tersekat. Pilihlah makanan yang ringan dan rendah kalori seperti
Probiotik bakteria yang terkandung di dalam yogurt dikatakan dapat membantu mencegah penyakit radang usus melalui mikrofora pencernaan. Selain itu, pengambilan yogurt rendah lemak di dalam hidangan didapati dapat mengurangkan berat badan kerana kandungan kalsium di dalam yogurt tersebut.
- Kekacang
Pengambilan kekacang dapat menstabilkan paras glukos dalam darah serta meningkatkan kadar metabolisme. Ia juga membantu otak dan tubuh untuk berfungsi dengan lebih baik.
- Makan Tengahari
Makan tengahari pula perlu diambil pada pukul 1.00 petang hingga pukul 2.00 petang. Jangan disebabkan anda mahu cepat kurus, anda lupa akan jadual pemakanan diet anda. Sebelum memulakan makan tengahari, anda dinasihatkan untuk meminum air masak terlebih dahulu. Ambil segenggam nasi dan lebihkan lauk serta pengambilan sayur. Anda juga perlu elakkan makanan yang terlalu banyak minyak di dalam jadual pemakanan diet anda. Antara makanan tengahari yang sesuai di ambil ialah:
- Ayam rebus
Ayam rebus dapat menguatkan tulang kerana ia mengandungi kandungan fostor dan kalsium. Selain itu, ayam rebus tanpa lemak boleh meningkatkan massa otot anda.
- Sayur rebus
Sayur merupakan salah satu bahan makanan yang perlu ada dalam jadual pemakanan diet anda. Kandungan seratnya membantu sistem pencernaan agar terhindar dari gangguan sel-sel kanser.
- Minum Petang
Selepas makan tengahari, anda pasti akan merasa mengantuk. Untuk mengelakkan anda dari berasa mengantuk, anda bolehlah mengambil minum petang, sama juga seperti minum pagi yang ringan dan rendah kalori untuk mengalas perut. Minum petang adalah pada pukul 4.00 petang hingga pukul 5.00 petang.
- Minuman panas
Anda boleh mengambil minuman panas untuk mengembalikan tenaga yang kian pudar seperti teh halia panas ataupun kopi.
- Sandwich
- Makan Malam
Sesudah pulang dari kerja, anda digalakkan untuk mengambil makan malam iaitu pada pukul 7.00 malam hingga pukul 8 .00 malam sahaja. Anda disarankan untuk tidak mengambil makan malam melebihi dari pukul 8.00 malam kerana ia akan memberi kesan terhadap proses penghadaman. Makan malam tidak perlu berat terutamanya bagi yang tidak melakukan senaman. Makan sekurang-kurangnya tiga jam sebelum tidur. Antara makanan yang boleh diambil pada waktu makan malam ialah:
Jadual pemakanan diet yang mengandungi pengambilan pasta adalah satu pilihan menu diet yang sihat kerana ia mempunyai kandungan lemak yang rendah. Anda boleh mencampurkan pasta bersama dengan sayru-sayuran seperti tomato segar, lobak merah dan juga cendawan butang.
Buah-buahan serta makanan yang berserat dapat membantu dalam proses penghadaman selain ia sesuai dijadikan sebagai menu makan malam di dalam jadual pemakanan diet anda.
- Supper
Jika anda berasa lapar pada waktu tengah malam dan bimbang jika berat badan anda meningkat akibat makan pada lewat malam, jom semak cadangan menu makan pada lewat malam.
– Bijirin
– Oatmeal
– Buah-buahan
– Kekacang
– Susu
– Sayuran
– Keju Cottage
Lengkap sudah jadual pemakanan diet yang boleh anda aplikasikan di dalam rutin harian anda. Jangan lupa untuk menambah aktivit senaman serta aktivit riadah yang berfaedah di dalam jadual pemakanan diet anda.
Info Penting!
Minum air masak sekurang-kurangnya dua hingga 3 liter sehari.
Kredit info: www.wom.my