Share & LIKES
▼
RESEPI AYAM MASAK MERAH SEDAP
untuk hidangan Nasi Buryani , Nasi Tomato & Nasi Minyak
( Hidangan 14-16 orang Dewasa )
Bahan untuk ayam
1 ekor Ayam ( dipotong 16- berat melebihi 2kg ke atas )
2 sudu besar Serbuk Kunyit
1 sudu besar Garam Halus
Minyak Masak secukupnya
Bahan Menumis
5 biji Bawang Besar ( dikisar )
10 biji Bawang kecil ( dikisar )
1 ½ cawan Cili kering ( direbus dan dikisar- buang biji )
4 biji Buah Tomato yg masak( dikisar )
1 sudu besar Serbuk Kunyit
1 batang kulit kayu manis
4 butir Bunga Lawang
3 helai Daun Pandan ( diikat rapi )
1 inci Belacan Tumbuk
1 cawan Air Gula & Garam Secukupnya
Tips chef : Anda digalakkan lebihkan gula dalam menyediakan Ayam Masak Merah ini.
1. Goreng ayam yang telah diperap dengan kunyit dan garam sehingga masak.( jika anda ingin masak untuk tempahan catering atau perkahwinan anda perlu goring sehingga garing supaya lambat basi )
2. Bahan menumis, -isi minyak secukupnya, tumiskan kulit kayu manis , bunga lawang dan daun pandan sehingga naik baunya, kemudian masukkan kedua jenis bawang yang telah dikisar, tumis hingga separuh garing.Masukkan pula cili kering dan tomato yang telah dikisar, biar ia mereneh sambil anda kacau dengan spatula agar tidak hangit, pastikan api sederhana.
3. Apabila tumisan telah mendidih, masukkan belacan , air dan serbuk kunyit.Biar mendidih seketika, masukkan pula gula dan garam sebagai perasa. ( anda boleh lebihkan gula dalam masak merah ).Siap untuk dihidang bersama Nasi Buryani , Nasi Tomato @ Nasi Minyak- Hiasan gunakan Kacang peas / Daun ketumbar / Daun bawang / Bawang Goreng sebagai hiasan
Tiada ulasan:
Links to this post
Buat Pautan
‹
›
Laman utama
Papar versi web
Follow :
Ig: chef_obie_official