CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Ahad, 29 Mei 2016

Resepi Ketam Masak Telur Masin Popular

Gambar Courtesy Google



Syukur Alhamdulillah , dah hampir kite memasuki ke bulan Ramadhan bagi muslimin dan muslimat, mohon maaf atas segala kekurangan chef obie sepanjang berblog. 
Chef adasediakan resepi yang mudah dan enak untuk dinikmati bersama keluarga mahupun teman-teman.Chef sediakan 1 menu untuk anda cuba memasaknye...
"KETAM MASAK TELUR MASIN "
untuk waktu berbuka puasa nanti.InshaAllah semoga kita masih mampu dan berkesempatan berjumpa bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan.Semoga amalan kite nanti disepanjang Ramdhan diterima dan diredhai Allah swt. Aamiin.

RESEPI KETAM MASAK TELUR MASIN

Bahan Utama :


5 ekor Ketam Bunga

1 biji bawang merah dicincang 

8 biji bawang putih dicincang 

6 biji cili padi (dipotong kecil) 

7 sudu besar susu cair

1 sudu kecil Tepung jagung 

1 @ 2 tangkai Daun Kari

5 biji telur masin

1/2 sudu kecil Lada sulah @ lada hitam

garam dan gula sebagai perasa
2@3 sudu besar mentega




Cara Penyediaan :

1.Rebus telur masin , setelah siap direbus , ambil kuningnya dan dilenyek bersama sebiji telur putih masin.

2.Bersihkan ketam potong kepada dua bahagian..Kemudian lumurkan ketam dengan tepung jagung, lada sulah dan garam.Goreng ketam sehingga masak kekuningan.

3.Panaskan pan @ kuali , masukkan mentega- tumis bawang putih, bawang merah sehingga wangi,kemudian masukkan daun kari dan cili padi kacau sebentar.

4.Masukkan telur kuning dan telur masin putih yang telah dilenyek,kacau lagi dan masukkan susu cair.Biar ia buble ( berbuih ).

5.Masukkan lada sulah @ lada hitam , perasakan dengan gula dan garam.

6.Akhir sekali masukkan ketam bunga yang telah digoreng dan kacau mesra. Siap untuk dihidang bersama dengan nasi putih.

Senangkan resepi ni..Anda boleh sharingkan dan jangan lupe yea kredit untuk chef obie hahahaa...




Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign