RESEPI PIE TIE SEDAP DAN POPULAR
BAHAN KULIT PAI TIE :
120 gm tepung beras
40 gm tepung gandum
20 gm tepung ubi
Garam secukupnya
2 butir telur
500 ml air
Minyak untuk menggoreng
BAHAN INTI :
1 sudu besar minyak & 1/2 sudu besar minyak bijan
4 ulas bawang merah, di cincang halus
150 gm isi udang, di cincang
100 gm hirisan lobak merah
400 gm hirisan Sengkuang Cina
1 sudu teh kicap cair
Garam, serbuk lada sulah secukupnya
BAHAN SOS :
7 biji cili merah, dibuang biji
2 ulas bawang putih, di cincang halus
4 sudu besar sos cili Thai
1 sudu besar cuka
100 ml Air masak
Alat : Acuan Pai Tie
CARA PENYEDIAAN :
1.Satukan semua bahan kulit. Tapis ke dalam mangkuk.kemudian masukkan telur , air dan kacau sehingga menjadi adunan yang sebati.
2.Panaskan acuan pai tie ,dengan mencelupkan acuan ke dalam minyak yang sedang dipanaskan untuk menggoreng.
3.Kemudan angkat acuan dari minyak, toskan minyaknya sebentar dan celupkan acuan pai tie ke dalam adunan tadi dan goreng hingga keemasan.
4.Bahagian inti: Panaskan minyak, tumiskan bawang merah hingga harum. Masukkan bahan lain perasakan dan kacau sebentar.Jangan masak terlalu lama. Angkat dan biarkan ia sejuk.
5.Bahagian sos: Kisar semua bahan hingga sebati.
6.Sila pastikan kulit pai tie yang telah digoreng disejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara sebelum diisikan dengan intinya. ( jangan gunakan inti panas ) biar inti sejuk dahulu baru boleh diisikan.