Share & LIKES
RESEPI KUIH KAPIT
* coklat * peanut butter * strawberry
Bahan
3/4 cawan @ 200 gm Tepung gandum( ditapis)
80 gm Tepung Beras
5 biji Telor ( di age kan )
2 sudu besar mentega dicairkan @minyak masak.
1kotak kecil santan ( jenama kara )
3/4 cawan gula castor( boleh kurangkan sekiranya x suka manis )
500ml air @ secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Peralatan- mould kuih kapit
Bahan hiasan
Mentega kacang , pes coklat utk waffle dan jam strawberi
Cara Penyediaan :
1.Tapis bhn kering bersama ( t.gandum+ t.beras)
2.Pukul telur dgn gula hingga separa kembang.
3.Masukkan tepung gandum + tepung beras kacau mesra.
4.Santan dan air disatukan,perlahan lahan tuang ke dalam adunan , akhir sekali masukkan mentega cair @minyak dan putar sehingga sebati .
5.Tapiskan adunan yg telah siap.( Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau terlalu cair )
6.Panaskan minyak , mould kuih kapit direndam dlm minyak sebelum digunakan.
7.Kuih kapit yg telah digoreng ,dikeluarkan dari mould,disapu dengan jam pilihan anda dan segera dilipat.Susun dan simpan dalam bekas kedap udara.
P/s juga boleh guna teknik bakar atas bawah ( oldskoll -tetap terbaek )
Marhaban Ya Ramadhan
Semoga dgn sedikit perkongsian dlm bulan Ramadhan ini memberi keberkatan.
Page: smallplate by chef obie
FOLLOW IG : chef_obie_official
Tumblr:smallplate by chef obie