CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Selasa, 12 Julai 2016

Menu Open House : Kuah Kacang Sedap Ke Bintang !

Salam Lebaran

Masih dalam mood berhari raya?
Inginkan menu menarik untuk open house hari araya rumah anda? 
cuba salah satu menu yang wajib ada..kalau open house hari raya namanya..janganlah bee hoon goreng aje..laksa penang aje..wajib ada kuah kacang dengan nasi impit atau ketupat !
bie kongsikan resepi kuah kacang sedap dibawah ini...
cuba jangan tak mencuba


RESEPI KUAH KACANG SEDAP KE BINTANG !

Bahan -




1kg kacang tanah 
1 sudu besar Serbuk kunyit
1 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas ( ketuk )
3 senduk gula pasir 
1 senduk Gula merah atau gula melaka
1 cawan air asam jawa
1 cawan cili kering atau giling ( blender )
10 ulas bawang kecil ( shallot- blender )
1 inci belacan
100 gm Udang Kering
5 biji bawang merah ( blender )
1 inci Kunyit Hidup ( bleender )atau 1 sudu besar serbuk Kunyit
1 1/2 liter Air Rebusan Ayam atau air kosong
2 sudu besar Kicap pekat Manis
3 senduk minyak masak
garam secukup rasa.





Cara Penyediaannya :





1.Goreng kacang dengan sedikit minyak hingga kuning angkat toskan juga boleh gunakan cara sangai (goreng tanpa minyak).





2.Tumis cili giling, baw.merah ,shallot dan belacan hingga naik bau,kemudian masukkan

Serai, serbuk kunyit ,  lengkuas juga halia .lebih kurang 2 minit menumis matikan api.




3.Panaskan air rebusan ayam1 1/2 liter, kemudian masukkan kacang tanah yang telah ditumbuk atau diblender . Apabila mendidih masukkan Air asam jawa, pastikan sederhana kecil, masak secara tradisional akan lebih sedap bila menggunakan api sederhana kecil dan masa yang agak lame juge...heeee




4.Masukkan Bahan yang ditumis tadi, kemudian masukkan udang kering, gula merah ,kicap pekat manis dan garam, kacau perlahan hingga pecah minyak. Siap.. anda boleh tambah sedikit air jika tidak berapa suke kuah kacang yang agak pekat... obie suke kuah kacang yang pekat marvellous tau!! makan bersama nasi impit atau ketupat !

gambar courtesy google





Klik Link dibawah :







Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign