CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

Executive R&D Chef | Austrian Dessert & European Cakes Pastries | Malaysian Heritage Cuisine | Multi Outlet Standardisation : CHEF MUHAMAD GUNAWAN a.k.a CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY Aktif Set Up Central Kitchen / Restoran Pelbagai Tema - Western Food, Kopitiam, Nasi Kandar & Berkenaan / Pembangunan Menu ( Baru & Upgrade ) / Standardize Resepi & SOP/ Kelas Masakan Perniagaan Bijak Bisnes Peniaga & Usahawan / Konsultansi Isu Operasi & F&B


HUBUNGI

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Rabu, 18 September 2013

Vikingdom - Official Trailer ( Buah tangan terbaru KRU studios )



Chef obie amat mengagumi karya dan kreativiti daripada KRU samada buah tangan dari yusri , edry mahupun norman, apa pun mereka memang barani mencuba suatu yang baru dan unik... peace,

Kredit Untuk Utusan Online-

APABILA memperkatakan tentang KRU Studios, antara yang terlintas di fikiran adalah kehebatan dan kemegahan produk mereka yang sering mendapat perhatian meluas.
Biarpun dikritik hebat oleh segelintir pihak yang barangkali tidak puas hati dengan kejayaan mereka, ternyata ia langsung tidak mematahkan trio itu untuk terus memartabatkan industri perfileman negara.
Selepas mencatatkan kejayaan luar biasa menerusi filem epik pertama mereka, Hikayat Merong Mahawangsa (HMM), KRU Studios kini mengorak setapak langkah lagi apabila menerbitkan filem terbaru mereka, Vikingdom.
Mempertaruhkan barisan pelakon antarabangsa antaranya Dominic Purcell sebagai teraju utama, memang tidak mustahil Vikingdom dilihat sebagai filem termahal KRU Studios.
Jika HMM sebelum ini dikatakan menelan belanja lebih RM8 juta, Vikingdom pula dikhabarkan lebih daripada itu sehingga mencecah puluhan juta ringgit.
Manakan tidak, sudahlah mendapat pelakon bertaraf antarabangsa, ia turut menggunakan teknologi tiga dimensi (3D) stereoskopik yang sebelum ini pernah digunakan dalam filem Avatar selain rekaan set, kostum dan tata rias bagi menghidupkan latar belakang filem itu. Sudah pasti kosnya bukan kecil-kecil anak.
Presiden Eksekutif KRU Studios merangkap penerbit filem VikingdomNorman Abdul Halim hanya mampu tersenyum ketika diajukan soalan tersebut.
Tidak menafikan bahawa Vikingdom menelan belanja yang besar, namun Norman menjelaskan buat masa ini pihaknya belum bersedia untuk mendedahkan kos pembikinan sebenar filem itu.
"Untuk menerbitkan sebuah filem mega seperti Vikingdom memang kosnya melebihi daripada apa yang telah kami terbitkan sebelum ini.
"Apatah lagi ia sebuah filem bertaraf antarabangsa, sudah pasti kami mahu memastikan kualitinya terjamin dan menepati standard setaraf dengan filem-filem luar negara yang lain.
"Insya-Allah, apabila Vikingdom selesai menjalani penggambaran dan siap sepenuhnya, barulah kami bersedia untuk memberitahu kos keseluruhan untuk filem ini," ujarnya yang ditemui pada sidang akhbar khas Vikingdom yang berlangsung di Marriott Hotel & Spa, Putrajaya, baru-baru ini.
Kerja keras
Majlis itu juga turut dihadiri oleh pengarah filem VikingdomYusry Abdul Halim dan adiknya, Edry selain kesemua pelakon utama filem tersebut iaitu Dominic, Craig Fairbass, Natassia Malthe, Jon Foo dan Conan Stevens.
Norman menambah, pihaknya mahu melihat Vikingdom menjadi perintis kepada syarikat perfileman lain bahawa anak tempatan juga mampu menerbitkan filem bertaraf Hollywood.
Apatah lagi Vikingdom menjalani penggambaran keseluruhannya di Malaysia, ia secara tidak langsung mampu membawa nama negara di persada filem dunia.
Membicarakan tentang perkembangan Vikingdom, Norman menjelaskan pihaknya cukup berpuas hati dengan penggambaran filem tersebut yang kini berada di fasa terakhir.
"Kami memang bekerja keras siang dan malam bagi memastikan semuanya berjalan mengikut jadual kerja yang telah ditetapkan.
"Memandangkan kesemua pelakon mempunyai komitmen kerja selepas Vikingdom, kami harus mengikut masa dan jadual mereka seperti mana yang telah dimeterai.
"Apa yang membuatkan kami bangga dengan mereka ialah komitmen yang ditunjukkan sekali gus ia juga memberikan pengalaman yang baru untuk kami sebagai penerbit," jelas Norman yang memberitahu Vikingdom bakal ditayangkan sekitar pertengahan tahun 2013.
Pendekatan
Vikingdom memulakan penggambaran pada 15 Oktober lalu dan memilih lokasi seperti Ipoh dan Batu Gajah di Perak selain Puncak Alam, Shah Alam, Selangor sebagai lokasi luar terakhir.
Hanya 30 peratus sahaja penggambaran di lakukan di luar studio manakala selebihnya akan dilakukan di KRU Studios di Cyberjaya.
Dalam masa yang sama, Norman juga memberitahu pihaknya akan menggunakan lebih 30 orang artis grafik bagi menyempurnakan filem tersebut terutama untuk babak-babak aksi dan pertarungan.
"Apabila memperkatakan tentang filem yang sarat dengan aksi dan pertempuran, pastinya filem-filem seperti 300, Braveheart dan trilogi The Lord of the Rings akan menerjah fikiran kita.
"KRU Studios mahu bereksperimen dengan Vikingdom. Kami berani memberi jaminan bahawa pendekatannya berbeza dengan filem-filem lain dari pelbagai aspek.
"Vikingdom banyak bermain dengan tona warna yang pastinya menjadikan ia sesuatu yang di luar jangkaan daripada apa yang difikirkan selama ini," jelas Norman penuh optimis.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm#ixzz2fD6AWT7X
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Terima Kasih

Chef Obie dan Media Januari Hingga September 2013

Salam sejahtera, Terima Kasih dan Rasa Hormat
kepada anda diluar sana yang sentiasa
menyokong karier chef obie sehingga kini ,
sama ada secara langsung atau pun tidak.
obie love you all !

Semenjak Bulan Januari 2013 sehingga Bulan September,
pelbagai pihak media telah bekerjasama dengan chef obie
melalui media cetak / massa / elektronik

1 ) Photo shoot -Terima Kasih kepada TV3 , Mediaprima
menjemput chef obie menjayakan dalam Rancangan " Malaysia Hari Ini "
Sempena Sambutan Hari Ibu.
-chef obie membuat demo langkah demi langkah membuat kek 3D untuk Hadiah hari Ibu ,
dan ucapan untuk ibu dan ibu-ibu diseluruh dunia.

2 ) Chef Obie Juga pernah menjadi jemputan untuk Rancangan " Wanita Hari Ini "
Dalam Isu Ikan sungai dan kelebihan dalam menyembuh luka dan yang berkaitan.
-chef obie membuat demo secara langsung ( live demo cooking ) dengan memasak
menu ikan Haruan Daun Kadok,
yang sesuai untuk ibu-ibu selepas bersalin dan mereka yang baru sahaja
menjalani pembedahan major atau sebaliknya.
chef obie juga memberi penerangan mengenai kebaikan penggunaan ikan haruan dalam masakan,
penggunaan ulam- ulaman serta contoh kebaikan daun kadok.

3 ) Photo shoot- Menjadi chef Jemputan dan Bekerjasama Dalam Rancangan Masakan " Hero Dapur" untuk
segmen Chef Cyber- Membuat demonstrasi kek 3D dan cara membuat fondant.
untuk tayangan TV1 / TV2

4 ) Photo shoot- Menjadi chef jemputan Dalam Majalah Masakan Aroma- terbitan Suri Media Sdn Bhd
Dengan perkongsian menu dan resepi Kek , pastry dan bakeri juga menjadi jemputan
untuk keluaran Hari Raya "Sempena Hari raya Aidil Fitri 2013"

5 ) Photo shoot - Menjadi chef jemputan Dalam Majalah Mingguan Wanita Sempena Hari Raya Aidilfitri 2013-
Terbitan Karangkraf Sdn Bhd,Dengan Perkongsia pelbagai resepi citarasa Tat.

6 ) Photo shoot - Mengasilkan Buku Kompilasi Masakan Chef Obie- Pastry , Bakeri dan kek
merupakan Buku ke 2 chef obie selepas Buku pertama Cupcake 3D mendapat sambutan.
Terbitan Suri Media Sdn Bhd. dan akan berada di pasaran bila- bila masa sahaja.

7 ) Photo shoot - Menjadi chef jemputan Dalam Majalah Masakan SAJI ( November )- terbitan Utusan Karya Sdn Bhd
Dengan Perkongsia Menu , resepi langkah demi langkah dan tips menyediakan hidangan.

8 ) Temuramah - pandangan & pendapat
Surat Akhbar The Star mengenai -
FHM 2013 12th Malaysia International Exhibition of food , Drink , Hotel , Restaurant And Food Services Equipment ,
Supplies , services And Related Technology di Klcc convention Centre.


9 ) ( ....... )
Kerjasama yang baik daripada pihak media , memudahkan urusan dan kelancaran sesuatu program.
email : gunawan.jamil@gmail.com Hotline 017 2260719







\













Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign