CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Selasa, 3 Mac 2015

Resepi Masakan : Resepi Telur Masak Sri Menanti

Resepi Telur Masak  Sri Menanti


Bahan

6 biji telur yang telah direbus, kemudian digoreng sebentar sehingga bahagian luar telur agak garing.
200 gm Paru Lembu Dihiris dan direbus terlebih dahulu.
1 batang serai atau 2 batang daun pandan
3 sudu besar Cili Giling
½ sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil Jintan Manis
1 batang Kulit Kayu Manis
½ inci lengkuas dikisar
½ inci halia dikisar
5 biji bawang merah dikisar
1 inci Kunyit hidup dikisar
1 cawan Santan Cair
½ cawan Santan pekat
3 sudu besar Kerisik
½ cawan air asam jawa
Gula Garam secukup rasa

Cara Membuat

1.Satukan ke semua bahan dalam periuk @ kuali kecuali kerisik, telur , paru , santan pekat, gula dan garam. Apabila telah mendidih, masukkan paru dan telur rebus, kacau seketika.


2.Apabila bahan agak mesra, masukkan santan pekat, kacau sebentar, masukkan kerisik , kacau sekata dan perasa kan gula dan garam secukupnya.Siap untuk dihidang bersama nasi putih mahupun nasi minyak.

Resepi ini telah dikongsikan dalam majalah SAJi keluaran Febuarai 2015

dan kepada yang melawat blog chef hari ini , anda bertuah kerana dijemput join contest sebab chef obie nak beri hadiah menarik daripada pelbagai penaja, dan istimewa untuk anda- sila klik link dibawah


chef obie sharing video dari Asfan - Maafkan Aku ost Rindu Awak 200%




Lama sudah ku mencari bayang-bayangmu

Yang hilang bertahun-tahun yang makin rapuh
Bila tersedar di atas kesilapan diriku
Ku lupakan cerita lama dan terus kembali

Maafkanlah aku bila aku melukai hatimu

Mungkin juga kita yang terlupa siapakah diri ini
Bila tiada lagi ku sedari kisah ini terhenti
Cubalah fahami cinta ini memerlukan kau dan aku

Tidak terdaya untukku menanggung rindu

Dan tidak terdaya aku melepaskanmu
Bila tersedar di atas kesilapan diriku
Ku lupakan semua dan kembalilah

Maafkanlah aku bila aku melukai hatimu

Mungkin juga kita yang terlupa siapakah diri ini
Bila tiada lagi ku sedari kisah ini terhenti
Cubalah fahami cinta ini memerlukan kau dan aku

Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign