CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Selasa, 25 Ogos 2015

Resepi Pizza Terbaik : Pizza Empat Musim @ Four Seasons Pizza chef obie


Alhamdulillah , cuaca hari ini juga agak baik,
chef selesai aje urusan pagi tadi..terus tekad nak updated resepi dalam blog 
kesayangan chef obie ni..
Hari ni chef nak kongsikan resepi " four seasons pizza "... atau pizza empat musim...Selamat mencuba yea..malahan resepi nin juga telah dikongsikan kepada peminat masakan di Majalah SAJi keluaran September 2015.

PIZZA 4 MUSIM CHEF OBIE.



Bahan Doh

500gm Tepung Roti
1 sudu kecil Garam
1 sudu kecil gula
320 ml Air Suam
1paket yis kering (11gm)
2sudu besar minyak zaitun @masak

Bahan Inti

100gm Tomato puri
2sudu besar sos tomato
100gm keju mozarella
40gm keju parmesan
40gm keju edam ( keju belanda)
40gm keju cheddar
1 sudu besar herba
1 sudu besar minyak zaitun
Daun parsli secukupnya

Cara membuat:

1-untuk buat doh-satukan ke semua bahan dan uli sehingga menjadi doh,kemudian rehatkan 30minit.dgn menutup permukaan doh dgn plastik.

2-bahagikan 2 bahagian boleh hasilkan 2 doh pizza sederhana.canaikan mengikut selera anda.

3-atas dulang pembakar,doh yg telah dicanai dibakar sebentar selama 6 minit pd suhu 180-200'c

4-kemudian keluarkan dan sapu dgn tomato+ sos tomato dan herba.
Taburkan kesemua jenis keju,tabur minyak zaitun pd permukaan .
Bakar kembali selama 30 minit

ebook masakan PERCUMA


Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign