Anda tidak tahu ingin berniaga apa untuk bazaar Ramadhan kali ini?
Apa kata cuba anda berniaga roti john...
mengapa roti john?
kerana penyediaan bahan amat mudah dan sesiapa sahaja boleh masak roti john..
Jom kita try resepi chef obie dibawah ini...
Gambar Courtesy Google
RESEPI ROTI JOHN CHEESZY
Bahan Utama :
3 batang Roti John ( dibelah bahagian tengah )
300gm Daging hancur(Ayam/daging lembu)
5 biji telur
Sedikit Daun sup
Sedikit Daun bawang di hiris (option )
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Garam & Gula
Sedikit Serbuk Lada Hitam
1 sudu besar Serbuk kari ayam atau daging
Mayonis
Cheeszy
Mozarella @ Keju Parmesan
Cili Sos
Cara Penyediaan :
1.Potong dadu bawang merah dan bawang putih, Tumiskannya
2.Masukkan Daging Hancur Bersama Daun Sup.Kacau sehingga sdikit masak.
3.Masukkan serbuk kari , serbuk lada hitam , perasakan dengan garam dan sedikit gula.Biar ia mengering dan garing.( bahan ini asas perlu dimasak terlebih dahulu , anda boleh 10 x gandakan resepinya )
4.Apabila Telur telah dipukul dan dimasak diatas pan , ambil 1 sudip daging hancur yang telah dimasak tadi , taburkan diatas telur , sedikit keju mozarella , kemudian tekapkan roti john yang telah disapukan Mnetega @ marjerin.
5.Biar hingga masak.
6.Terbalikkan roti john, paipkan mayonis, cheeszy dan cili sos.Taburkan sedikit Keju Parmesan Siap Untuk Dijual