Assalammualaikum wbt ,
Hari ini chef obie sharingkan serba sedikit info Petua Membuat Kek,semoga dad manfaat daripada perkongsian chef obie ini.
" Membuat Kek ",
pasti ramai juga yang telah tahu dan pandai untuk membuat kek, walau bagaimana ..ilmu membuat kek atau ilmu apa sahaja perlu sentiasa dipelajari dan diperbaharui..kerana ilmu itu tiada penghujung mahupun penamat.., chef juga sentiasa memperbaiki dan meneroka ilmu-ilmu baru dalam membuat kek ini..
Proses membuat kek adalah 'proses tepat'
bahan-bahannya perlu seimbang antara satu sama lain bagaikan satu rumusan kimia.mm wah..macam chef ni scientis pula hee.. Malah, memang berlaku proses kimia apabila bahan kek mentah dibakar dan menjadi satu hidangan makanan/manisan yang lazat.
Tidak dapat digambarkan keistimewaan perkataan 'kek' jikalau dibandingkan proses membuat adunan kek manis yang dibakar, disapu inti di tengahnya dan disalut gula aising, yang direka bentuk dengan mudah di sekeliling kek.
Dapatkan ebook PERCUMA Asas Buat Kek & Tips
Keindahan kek ini dapat memberikan kepuasan. Seni memasak kek ada unsur seni reka yang tersendiri. Kek adalah asas struktur, intinya sebagai lepa dan aisingnya sebagai jubin atau pertukangan papan, menjadikannya satu bentuk yang sempurna.Untuk membuat kek, bahan-bahan asasnya ialah gula, tepung, telur, lelemak... kepelbagaian boleh dicapai dengan menukar rasa, tekstur, rupa dan bentuknya untuk mendapatkan hasil kek yang baik. chef obie telah menurunkan beberapa petua penting dalam seni menyediakan kek.
gambar rainbow kek.. chef juga ada mengadakan kelas membuat pelbagai jenis kek dan juga kelas masakan
Pertama
Semua bahan hendaklah berada pada suhu bilik melainkan jika resipi itu memerlukan bahan berkenaan sejuk, contohnya mentega.
Jika terus digunakan dan peti sejuk, apabila dipukul mentega bersama gula dan telur, ia lambat mengembang apatah lagi menjadi gebu.
Apabila dibakar dan dipukul sedang adunan belum cukup kembang, kek itu akan bantat dan tidak lembut. Begitu juga telur. Pukul satu-persatu supaya setiap kali dipukul udara dimasukkan. Ini menggebukan lagi kek itu.
chef obie- testing ketuhar.. macam tu la.....
Kedua
Fahamilah fungsi ketuhar anda sebab setiap ketuhar berfungsi secara berlainan.Jika keetuhar kecil yang biasa surirumah gunakan, sila reduce atau kurangkan suhu n10'c, contohnya, jika anda baking kek pada suhu 180'c ini bermakna anda perlu kurangkan suhu kepada 170'c .
Bergantung juga berapa umur ketuhar, sama ada sudah uzur ataupun baru dibeli, waktu memanaskannya juga penting sebelum kek itu dibakar. Pastikan selalu memanaskan ketuhar dahulu. Jangan ketika hendak membakar kek baru hendak dihidupkan ketuhar ( jangan sesekali buat macam ni tau.. chef tidak rekemen cara mcm ni.. ). Selalunya 10-15 minit memanaskannya sudah mencukupi.
Ketiga
Apabila membakar kek, letakkan ia di tengah-tengah ketuhar, melainkan resipi menyatakan sebaliknya.
Ke Empat
Jangan memukul terlalu lama apabila memasukkan tepung ke dalam adunan mentega, adunkan tepung hingga ia sebati sahaja. Memukul terlalu lama akan menarik struktur gluten pada tepinya dan menyebabkan kek keras.
Ke Lima
Untuk mendapatkan kek ringan dan gebu, mentega perlu dipukul sampai berkrim. Membakar kek suatu kerja mudah tetapi apa akan terjadi pada kek apabila ia dikeluarkan dari ketuhar?
Masalah Yang Sering DihadapiJarang sekali kita dapat menentukan kenapa kek tidak menjadi seperti pada gambar resipi.
Perlu ingat, semua bahan hendaklah ditimbang dengan betul dan gunakan penimbang serta camca penyukat dan acuan tin yang ditetapkan dalam resipi. Bukan cawan kopi, cawan teh tetapi cawan sukatan metrik. Dan bukan camca teh, camca makan di rumah... tetapi camca sukatan. Apabila kek sedang dibakar, jangan sekali-kali membuka pintu ketuhar sebelum tiga suku membakar kerana angin yang berlainan hawa akan membuatkan kek mendap di tengahnya.
Ingin tahu mengapa Kek Terlalu Lembap dan Leper ?
Mengapa Kek Merekah di Atas ?
Mengapa Kek yang Mendap di Tengahnya ?
Ingin dapatkan Resepi Asas
Buttercake
Chocolate Cake
Fruit Cake
Classic Cheesecake
Dan Sponge Cake seperti dalam kelas asas membuat kek chef obie yang popular , semuanya terkandung dalam