Majalah Mingguan Wanita RESEPI LAKSA SARAWAK Chef Obie
2 biji Bawang Merah
2 ulas Bawang Putih
6 tangkai Cili Kering
1/2 inci Lengkuas
1/2 sdk ketumbar,jintan manis,jintan putih
1 biji Buah keras
1 btg Serai
1/2 inci Belacan
4 sdb Bijan disangai
4 sdb Kacang tanah digoreng
Minyak utk menumis
Gula dan garam sebagai perasa
Bahan Utama
Pes Laksa secukupnya
Isi Ayam dicarik secukupnya
10 ekor udang saiz sederhana
1/2 bungkus Bee hoon dicelur
1 btg Serai
1 kotak kecil Santan ( Kara @ Harmuni )
Hirisan Telur Dadar yg digulung
Tauge
Cili Merah dimayang
Daun ketumbar
Limau Kasturi
Garam dan gula
Bahan Sambal Udang Kering Laksa
4 biji Cili Merah
1 ulas Bawang Putih
Sedikit Belacan
2 sdb Cili Kering kisar
4 sdb Udang kering ( ditumbuk shj )
Sedikit Air Asam Jawa
Gula & Garam
Minyak menumis
Inginkan RESEPI BISKUT KACANG
https://youtu.be/wit89pjjIw4
Cara Penyediaan Pes Laksa :
1.Sangai dahulu bhn kering kemudian kisar semua bhn termasuk bijan dan kacang tanah.
2.Panaskan minyak dan tumis semua bahan sehingga naik minysk dgn api sederhana.
Cara Penyediaan Kuah Laksa :
1.Panaskan pes, masukkan udang ,air biar mendidih pd.
2.Masukkan sanyan dan kacau konsisten ,perasakan dgn garam dan gula jika perlu.
Inginkan RESEPI RENDANG AYAM SEDAP & PULUT KUNING
https://youtu.be/o3CLnlAqznc
Cara Penyediaan Sambal Udang Kering:
1.Panaskan minyak,tumis ke semua bhn kecuali air asam,gula dan garam.
2.Pecah minyak maaukkan air asam dan perasakan dgn gula dan garam,tumis api kecil sehingga garing.
Hiaskan Laksa Sarawak -bee hoon celur,masukkan kuah laksa,isi ayam,udang,hirisan telur dadar,sambal ,taugeh ,daun ketumbar,limau kasturi dan cili merah.
Selamat mencuba; RESEPI INI TELAH CHEF OBIE KONGSIKAN DALAM MINGGUAN WANITA Tahun 2014/15 Hidangan Sarawak !
*pic asal hilang- kredit google
KURSUS MASAKAN ANEKA MEE PASAR MALAM , GERAI , ON9 DELIVERY , FOOD COURT DAN RESTORAN POPULAR OLEH CHEF OBIE 2023/24
Malahan aktif mengadakan Kelas-kelas Masakan Untuk Warga Jepun Di Malaysia.
Disini Chef Obie sebagai Chef Profesional mengajar dan berkongsi ilmu dan pengalaman dalam menyediakan pelbagai menu hidangan untuk anda gunakan sebagai kemahiran peribadi dan untuk dikembangkan menjadi pilihan utama dalam perniagaan anda.Jangan berlengah tunggu dan tunggu ekonomi dunia pulih ekonomi negara pulih , kita sebagai rakyat - peniaga dan usahawan yang akan menghidupkan microekonomi negara .
Peri Pentingnya anda perlu menajamkan ilmu masakan perniagaan , baking dan komersial bersama Chef Obie Pada Tahun 2023/24 ini !
Lebih 100 pilihan kursus sebelum ini , terkini pihak Chef Obie telah mengecilkan skop kursus mengikut permintaan paling ramai sejak mula di anjurkan tahun 2012. Malah yuran juga telah di pertimbangkan dan disesuaikan dengan kos dan permintaan hari ini.
Anda juga diberi pilihan subjek adds on ( tambahan ) untuk kursus tertentu seperti kursus western food , kursus mee kari nyonya ,kursus masakan katering dan restoran ianya diwujudkan sekiranya anda ingin menambah menu mengikut keperluan dan kepentingan anda.
InshaAllah KURSUS MASAKAN PERNIAGAAN , BAKING DAN KOMERSIAL 2023/24 membantu dan memudahkan anda yang baru ingin menceburkan diri dalam dunia perniagaan berasaskan makanan mampu untuk turut serta dan ikuti kursus ini sama ada jauh mahupun dekat dan seterusnya terus bersaing dalam pasaran offline mahupun online.
Tenaga Pengajar Profesional : Chef Obie ( Chef Profesional )