MAJALAH RASA NASI PILAF AYAM Chef Obie
Salam Jumaat , sukacita Chef Obie kongsikan kembali resepi - resepi di scomed & Majalah-majalah masakan tempatan, resepi kali ini merupakan NASI PILAF AYAM yang telah dikongsikan tahun 2016. InshaAllah semoga perkongsian ulangan kecil ini bermanfaat .
BAHAN-BAHAN:
500gm Beras Basmathi | rendam 30 minit
300gm daging ayam + tulang
2 sudu makan minyak Sapi
1 sudu makan Marjerin
½ cawan susu cair @ susu segar
1 sudu makan serbuk Jintan Manis
2 kuntum bunga Lawang
1 batang Kayu Manis
½ sudu kecil serbuk lada hitam
4 kuntum bunga Cengkeh
2 helai Daun Pandan
Daun Pudina & Selasih secukupnya
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak sapi bersama marjerin. Tumiskan rempah ratus,jintan manis,bunga lawang dan kayu manis hingga wangi.
Masukkan susu cair, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tuangkan tumisan dalam periuk nasi yang telah berisi beras dan air secukupnya.
Kacau rata, masukkan daun padan dan masak seperti nasi biasa.
INFO CHEF OBIE :
Nasi Pilaf dan nasi yang popular dinegara-negara Timur Tengah. Lauk pauknya boleh dipelbagaikan. Ikut citarasa anda.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis masakan: Menu utama
Keistimewaan: Ringkas dan mudah sajikan
Cara memasak: Tumis dan reneh
Anggaran kos: RM20.00
KURSUS MASAKAN KATERING DAN RESTORAN POPULAR OLEH CHEF OBIE 2023/24
Malahan aktif mengadakan Kelas-kelas Masakan Untuk Warga Jepun Di Malaysia.
Disini Chef Obie sebagai Chef Profesional mengajar dan berkongsi ilmu dan pengalaman dalam menyediakan pelbagai menu hidangan untuk anda gunakan sebagai kemahiran peribadi dan untuk dikembangkan menjadi pilihan utama dalam perniagaan anda.Jangan berlengah tunggu dan tunggu ekonomi dunia pulih ekonomi negara pulih , kita sebagai rakyat - peniaga dan usahawan yang akan menghidupkan microekonomi negara .
Peri Pentingnya anda perlu menajamkan ilmu masakan perniagaan , baking dan komersial bersama Chef Obie Pada Tahun 2023/24 ini !
Lebih 100 pilihan kursus sebelum ini , terkini pihak Chef Obie telah mengecilkan skop kursus mengikut permintaan paling ramai sejak mula di anjurkan tahun 2012. Malah yuran juga telah di pertimbangkan dan disesuaikan dengan kos dan permintaan hari ini.
Anda juga diberi pilihan subjek adds on ( tambahan ) untuk kursus tertentu seperti kursus western food , kursus mee kari nyonya ,kursus masakan katering dan restoran ianya diwujudkan sekiranya anda ingin menambah menu mengikut keperluan dan kepentingan anda.
InshaAllah KURSUS MASAKAN PERNIAGAAN , BAKING DAN KOMERSIAL 2023/24 membantu dan memudahkan anda yang baru ingin menceburkan diri dalam dunia perniagaan berasaskan makanan mampu untuk turut serta dan ikuti kursus ini sama ada jauh mahupun dekat dan seterusnya terus bersaing dalam pasaran offline mahupun online.
Tenaga Pengajar Profesional : Chef Obie ( Chef Profesional )