MAJALAH RASA NASI TURKI KAMBING Chef Obie
Salam Jumaat , sukacita Chef Obie kongsikan kembali resepi - resepi di scomed & Majalah-majalah masakan tempatan, resepi kali ini merupakan NASI TURKI KAMBING yang telah dikongsikan tahun 2016. InshaAllah semoga perkongsian ulangan kecil ini bermanfaat .
BAHAN-BAHAN:
500gm Beras Basmathi | rendam 30 minit
2 sudu makan minyak sapi
1 sudu besar marjerin- BELI ONLINE DI SINI
300gm kambing | potong dadu
½ cawan Yogurt
1 biji lemon | jusnya sahaja
1 sudu makan Jintan Manis
2 kuntum bunga Lawang
1 batang Kayu Manis
2 sudu besar tomato puree
Daun Pudina dan selasih secukupnya
Air secukupnya |sama banyak dengan sukatan beras
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak sapi bersama marjerin. Tumiskan rempah penumis, bunga lawang, kayu manis dan jintan manis hingga naik wangi.
Kemudian masukkan daging kambing, kacau hingga daging empuk.
Masukkan tomato puri dan yogurt, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kemudian tuangkan tumisan ini ke dalam periuk nasi berisi air secukupnya. Kacau rata dan masak nasi seperti biasa.
Apabila nasi telah masak, gemburkan perlahan-lahan dan perahkan jus lemon, daun pudina dan selasih segar. Tutup semula periuk dan biarkan lima minit lagi.
Nasi sedia dihidangkan .
INFO CHEF OBIE :
Jika tidak mahu menggunakan kambing boleh tukar dengan daging lembu atau ayam.
Saiz Hidangan: 5-6 orang
Waktu memasak: 30-45 minit
Jenis Masakan: menu utama
Keistimewaan: Ringkas dan nasi sedap berperisa
Cara memasak: Tumis dan reneh
Anggaran kos: RM25.00
KURSUS MASAKAN KATERING DAN RESTORAN POPULAR OLEH CHEF OBIE 2023/24
Malahan aktif mengadakan Kelas-kelas Masakan Untuk Warga Jepun Di Malaysia.
Disini Chef Obie sebagai Chef Profesional mengajar dan berkongsi ilmu dan pengalaman dalam menyediakan pelbagai menu hidangan untuk anda gunakan sebagai kemahiran peribadi dan untuk dikembangkan menjadi pilihan utama dalam perniagaan anda.Jangan berlengah tunggu dan tunggu ekonomi dunia pulih ekonomi negara pulih , kita sebagai rakyat - peniaga dan usahawan yang akan menghidupkan microekonomi negara .
Peri Pentingnya anda perlu menajamkan ilmu masakan perniagaan , baking dan komersial bersama Chef Obie Pada Tahun 2023/24 ini !
Lebih 100 pilihan kursus sebelum ini , terkini pihak Chef Obie telah mengecilkan skop kursus mengikut permintaan paling ramai sejak mula di anjurkan tahun 2012. Malah yuran juga telah di pertimbangkan dan disesuaikan dengan kos dan permintaan hari ini.
Anda juga diberi pilihan subjek adds on ( tambahan ) untuk kursus tertentu seperti kursus western food , kursus mee kari nyonya ,kursus masakan katering dan restoran ianya diwujudkan sekiranya anda ingin menambah menu mengikut keperluan dan kepentingan anda.
InshaAllah KURSUS MASAKAN PERNIAGAAN , BAKING DAN KOMERSIAL 2023/24 membantu dan memudahkan anda yang baru ingin menceburkan diri dalam dunia perniagaan berasaskan makanan mampu untuk turut serta dan ikuti kursus ini sama ada jauh mahupun dekat dan seterusnya terus bersaing dalam pasaran offline mahupun online.
Tenaga Pengajar Profesional : Chef Obie ( Chef Profesional )