MAJALAH RASA NASI KEMBOJA Chef Obie
Salam Jumaat , sukacita Chef Obie kongsikan kembali resepi - resepi di scomed & Majalah-majalah masakan tempatan, resepi kali ini merupakan NASI KEMBOJA yang telah dikongsikan tahun 2016. InshaAllah semoga perkongsian ulangan kecil ini bermanfaat .
BAHAN-BAHAN:
Nasi putih secukupnya
BAHAN UNTUK DAGING
500 gm Daging Lembu |batang pinang hiris nipis
1 inci halia | kisar
1 sudu makan serbuk lada hitam
1/2 inci halia |dimayang halus
3 ulas bawang putih | dimayang
1 biji bawang merah | dikisar
1 batang serai | titik
2 sudu makan kicap pekat
1/2 cawan kicap cair
Sos ikan secukupnya
Daun bawang sebagai hiasan
Jus lemon | dari perahan 1 biji lemon
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan hirisan hingga wangi. Kemudian masukkan bawang kisar dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkan daging dan tumis hingga masak.
Masukkan pula kicap cair, jus lemon,serai,
garam dan gula secukup rasa.
Tambahkan sedikit air jika daging belum empuk.
Masak hingga kuah pekat dan daging empuk.
Cara hidang: Letakkan daging kicap di atas nasi panas dan hidangkan.
INFO CHEF OBIE :
Nasi Kemboja adalah makanan untuk bekaldibawa ke sawah. Di Kemboja ia dibungkus dalam daun Teratai.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak: 45 minit
Jenis Masakan: Menu utama
Keistimewaan: Ringkas dan sedap
Cara memasak: Tanak, tumis dan reneh.
Anggaran Kos : RM22.00
KURSUS MASAKAN KATERING DAN RESTORAN POPULAR OLEH CHEF OBIE 2023/24
Malahan aktif mengadakan Kelas-kelas Masakan Untuk Warga Jepun Di Malaysia.
Disini Chef Obie sebagai Chef Profesional mengajar dan berkongsi ilmu dan pengalaman dalam menyediakan pelbagai menu hidangan untuk anda gunakan sebagai kemahiran peribadi dan untuk dikembangkan menjadi pilihan utama dalam perniagaan anda.Jangan berlengah tunggu dan tunggu ekonomi dunia pulih ekonomi negara pulih , kita sebagai rakyat - peniaga dan usahawan yang akan menghidupkan microekonomi negara .
Peri Pentingnya anda perlu menajamkan ilmu masakan perniagaan , baking dan komersial bersama Chef Obie Pada Tahun 2023/24 ini !
Lebih 100 pilihan kursus sebelum ini , terkini pihak Chef Obie telah mengecilkan skop kursus mengikut permintaan paling ramai sejak mula di anjurkan tahun 2012. Malah yuran juga telah di pertimbangkan dan disesuaikan dengan kos dan permintaan hari ini.
Anda juga diberi pilihan subjek adds on ( tambahan ) untuk kursus tertentu seperti kursus western food , kursus mee kari nyonya ,kursus masakan katering dan restoran ianya diwujudkan sekiranya anda ingin menambah menu mengikut keperluan dan kepentingan anda.
InshaAllah KURSUS MASAKAN PERNIAGAAN , BAKING DAN KOMERSIAL 2023/24 membantu dan memudahkan anda yang baru ingin menceburkan diri dalam dunia perniagaan berasaskan makanan mampu untuk turut serta dan ikuti kursus ini sama ada jauh mahupun dekat dan seterusnya terus bersaing dalam pasaran offline mahupun online.
Tenaga Pengajar Profesional : Chef Obie ( Chef Profesional )