CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Rabu, 5 April 2023

Resepi Kek Marble Chiffon Guna Senduk Nasi - Chef Obie Malaysia Food Consultant

 Resepi Kek Marble Chiffon Guna Senduk Nasi - Chef Obie Malaysia Food Consultant



Salam Ramadhan 1444H muslimin muslimat dan kesayangan Chef Obie semua .
Syukur Alhamdulillah kita masih diberi peluang menikmati bulan yang penuh dengan keberkatan bagi orang Islam.

Dikesempatan ini Chef Obie ingin kongsikan satu resepi kek orang dulu-dulu atau kek raya dulu-dulu yang kalau ada menu ni dalam satu-satu rumah tu memang up to date dan menjafi pilihan orang datang beraya ke rumah tersebut selain kalau budak-budak nak tunggu angpaw duit raya.

Jom Buat..

Bahan Utama

2 cawan Gula Pasir
2 cawan Marjerin Pelangi / Planta / Buttercup / Butter Golden Churn
2 penutup Perisa Vanilla

* Masukkan bahan-bahan diatas ke dalam bowl, kemudian guna senduk kacau atau pukul perlahan lahan sehingga adunan ringan , adunan bertukar warna cerah masa yang diambil lebih kurang 10 minit.


7 Biji Telur Ayam Kampung atau mat saleh panggil Range Eggs.

Kemudian masukkan telur ayam kampung satu persatu ke dalam adunan sambil kacau pukul perlahan lahan hingga mesra.

3 cawan Tepung Gandum
1 sudu teh Soda Bicarbonat
1 sudu teh Serbuk Penaik

Selepas adunan dan telur telah mesra , tiba bahan kering seperti tepung gandum , soda bicarbonat dan serbuk penaik di ayak bersama dan tuang sedikit demi sedikit bahan kering ke dalam adunan. Guna senduk plastik atau spatula plastik untuk teknik kaup balik lakukan langkah yang sama hingga selesai.

Sediakan 3 mangkuk
Bahagikan adunan kepada 4 bahagian , letakkan pewarna pilihan
Pewarna Pink
Pewarna Hijau Epal
Pewarna Kuning Telur kacau adunan menjadi warna pilihan
dan mangkuk ke 4 tiada sebarang pewarna.

Sediakan loyang chiffon dilapik bersama silicon atau partchment paper , Sudukan adunan secara berselerak dan bertindih sehingga selesai.
Kemudian ketuk atau hentak perlahan loyang chiffon beberapa kali. Lorekkan permukaan adunan untuk lebih rata.


panaskan oven 10 minit sebelum digunakan.
bakar pada suhu 160-170 masa 50 minit atau 1 jam ( bergantung kepada oven masing-masing )

Apa kata cubalah jual kek marble chiffon ini kepada rakan sekerja , jiran tetangga terlebih dahulu . Kemudian dah ada yang beli baru lah up dekat socmed ..FB , Tik Tok , Ig atau ape ajelah yang boleh diiklankan percuma sebab kita dah ada pelanggan yang membeli. Selamat Mencuba dan semoga bermanfaat -
Chef Obie dokan sesiapa yang ikhlas menggunakan resepi ini dan dikongsikan kepada orang lain agar..apabila dia buat kek ini mesti lancar dan cantik kejadiannya selain sentiasa makmuk rezekinya. InshaAllah Aamiin Ya Robbal Alamiin.

Kalau rasa tak bersapa yakin nak buat , boleh rujuk link yang dikongsikan ini sebab resepi in chef Obie ada buat video di Youtube . Jangan lupa subscribe channel youtube Chef Obie iaitu OB TV.
I like KEK MARBLE CHIFFON GUNA SENDUK NASI Chef Obie
Dah boleh jual macam ni..sempoi dan menarik , silicon/ parcthment paper biarkan.

( CARA BUKA KEDAI BAHAN KEK DAN BAKERI TAHUN 2023 )



Dalam file kit dan pendrive tersebut mengandugi
Intipati
1.Permintaan Pengguna
2.Cabaran & Halangan
3.Ilmu Pengusaha
4.Kepelbagaian & Susun Atur
5.Kos
6.Pemasaran
7.Kejuruteraan List Bahan Bakeri****
8.Contoh Premis
9.Pembekal Utama****
10.Testimoni
11.Tips PENTING
12.Senarai Pembekal
13.Pembekal Rak
14.PERCUMA 20 Standard Resepi Pelbagai Jenis Tepung berharga RM20 000
👇
ASAS MEMBUKA PERNIAGAAN PEMBEKAL BAHAN BAKERI
boleh klik link yg diberi utk info file kit dan pendrive...mungkin boleh membantu



http://www.wasap.my/60172260719 Chef Obie ( Pengasas )
http://www.wasap.my/60137326939 Abang Fad Assistant Chef Obie
http://www.wasap.my/60187669980 Yaya Chef Obie Crews
http://www.wasap.my/60125125014 Zaza Chef Obie Crews




Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign