CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Selasa, 22 April 2014

Resepi ,Petua Dan Kek Popular



Assalammualaikum wbt,
chef obie ingin berkongsi serba sedikit petua mengenai " Petua Membuat Kek ", 
pasti ramai juga yang telah tahu dan pandai untuk membuat kek, walau bagaimana ..ilmu membuat kek atau ilmu apa sahaja perlu sentiasa dipelajari dan diperbaharui..kerana ilmu itu tiada penghujung mahupun penamat.., bie juga sentiasa memperbaiki dan meneroka ilmu-ilmu baru dalam membuat kek ini..




Proses membuat kek adalah 'proses tepat' yang bahan-bahannya perlu seimbang antara satu sama lain bagaikan satu rumusan kimia.mm ..macam bie ni scientis pula hee.. Malah, memang berlaku proses kimia apabila bahan kek mentah dibakar dan menjadi satu hidangan makanan/manisan yang lazat. Tidak dapat digambarkan keistimewaan perkataan 'kek' jikalau dibandingkan proses membuat adunan kek manis yang dibakar, disapu inti di tengahnya dan disalut gula aising, yang direka bentuk dengan mudah di sekeliling kek. Keindahan kek ini dapat memberikan kepuasan. Seni memasak kek ada unsur seni reka yang tersendiri. Kek adalah asas struktur, intinya sebagai lepa dan aisingnya sebagai jubin atau pertukangan papan, menjadikannya satu bentuk yang sempurna.Untuk membuat kek, bahan-bahan asasnya ialah gula, tepung, telur, lelemak... kepelbagaian boleh dicapai dengan menukar rasa, tekstur, rupa dan bentuknya untuk mendapatkan hasil kek yang baik. Berikut beberapa petua penting dalam seni menyediakan kek.

1.Semua bahan hendaklah berada pada suhu bilik melainkan jika resipi itu memerlukan bahan berkenaan sejuk, contohnya mentega. Jika terus digunakan dan peti sejuk, apabila dipukul mentega bersama gula dan telur, ia lambat mengembang apatah lagi menjadi gebu. Apabila dibakar dan dipukul sedang adunan belum cukup kembang, kek itu akan bantat dan tidak lembut. Begitu juga telur. Pukul satu-persatu supaya setiap kali dipukul udara dimasukkan. Ini menggebukan lagi kek itu.

2.Fahamilah fungsi ketuhar anda sebab setiap ketuhar berfungsi secara berlainan. Bergantung berapa umur ketuhar, sama ada sudah uzur ataupun baru dibeli, waktu memanaskannya juga penting sebelum kek itu dibakar. Pastikan selalu memanaskan ketuhar dahulu. Jangan ketika hendak membakar kek baru hendak dihidupkan ketuhar ( jangan sesekali buat macam ni tau.. bie  tidak rekemen cara mcm ni.. ). Selalunya 6-10 minit memanaskannya sudah mencukupi. 

3.Apabila membakar kek, letakkan ia di tengah-tengah ketuhar, melainkan resipi menyatakan sebaliknya.

 4.Jangan memukul terlalu lama apabila memasukkan tepung ke dalam adunan mentega, adunkan tepung hingga ia sebati sahaja. Memukul terlalu lama akan menarik struktur gluten pada tepinya dan menyebabkan kek keras.

5.Untuk mendapatkan kek ringan dan gebu, mentega perlu dipukul sampai berkrim. Membakar kek suatu kerja mudah tetapi apa akan terjadi pada kek apabila ia dikeluarkan dari ketuhar?Masalah Yang Sering DihadapiJarang sekali kita dapat menentukan kenapa kek tidak menjadi seperti pada gambar resipi. Perlu ingat, semua bahan hendaklah ditimbang dengan betul dan gunakan penimbang serta camca penyukat dan acuan tin yang ditetapkan dalam resipi. Bukan cawan kopi, cawan teh tetapi cawan sukatan metrik. Dan bukan camca teh, camca makan di rumah... tetapi camca sukatan. Apabila kek sedang dibakar, jangan sekali-kali membuka pintu ketuhar sebelum tiga suku membakar kerana angin yang berlainan hawa akan membuatkan kek mendap di tengahnya. 

Di bawah disenaraikan masalah lain dan sebabnya.

Kek Terlalu Lembap dan Leper ■Terlampau banyak cecair. ■Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya. ■Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya. ■Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.

- Kek Merekah di Atas ■Ketuhan terlampau panas atau acuan kek tidak diletakkan di tengah tengah ketuhar. ■Kekurangan cecair. ■Acuan tin terlalu kecil. - Kek yang Mendap di Tengahnya ■Ukuran acuan tin tidak betul. ■Sukatan bahan tidak tepat. ■Ketuhar terlalu panas, terlalu sejuk atau dibakar dalam jangka masa singkat. ■Pintu ketuhar dibuka terlalu awal. 




Bie juga suka sangat-sangat berkongsi suatu yang memudahkan cara atau kaedah dalam pembuatan kek, apa yang bie ingin kongsikan ni ialah cara membuat kek , muffin , cupcake dan biskut dengan mudah iaitu dengan hanya menggunakan satu jenis tepung sahaja, tetapi ia mampu menjadi pelbagai jenis.

Bie suka memperkenalkan produk yang bermutu tinggi tapi murah dan senang pula digunakan.
Bie recommend pada anda semua dengan menggunakan produk " Tepung Hairan " anda mampu untuk menghasilkan kek dengan cantik dan mudah.

Ianya semudah A , B dan C.. nape bie cakap macam ni? sebab ia mudah digunakan hanya perlu tambahkan air dan minyak sahaja anda dah boleh buat kek coklat moist yang sedap! malah bukan kek coklat moist sahaja .. hanya dengan tepung hairan ni juga anda boleh buat coklat brownies yang sedap , kek red velvet yang sedap , muffin yang sedap dan cookies yang rangup!
tak percaya? anda perlu cuba produk tepung hairan ini... kerana telah ramai yang telah menggunakan unutk persendirian dan ada yang berjaya menjadikan produk tepung hairan ini sebagai asas perniagaan online dan offline mereka.

Diantara testimoni pelanggan yang telah menggunakan produk tepung hairan 









Tepung Hairan Coklat Moist...Paling luar biasa dan menghairankan 
Tepung ini mampu mampu dijadikan lebih 60 jenis kek,cookies,muffin, cupcake dan pelbagai lagi...
malahan brownies yang mantap juga boleh dihasilkan .

Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan tepung hairan 
atau ingin menjadi agen di seluruh Malaysia juga Sabah & Sarawak 
boleh hubungi chef obie : 017 2260719
Puan Roazura : 019 2912915 / whatsApp

order@tepunghairan.com
gunawan.jamil@gmail.com



Kepada anda yang tercari resepi mudah membuat kek coklat moist yang sedap
chef obie ingin sharing resepi bersama

Kek Coklat Moist Sedap

Bahan

1 paket Tepung Hairan
1 cawan Air 
1/2 cawan Minyak Masak

Cara Membuat

1.Satukan ke semua bahan dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.
2.Tuang ke dalam tin pembakat,Gunakan tin pembakar kek 7 inci yang telah digris.
3.Bakar pada suhu 150-160'c selama 40-45 minit. Jika anda menggunakan teknik mengukus sila kukus 
sehingga 50 minit atau1 jam .

Kek Coklat moist yang telah dibakar atau kukus sedia unutk diganache;

Resepi Ganache @ topping

Bahan

1 paket Topping @ ganache Hairan
1/2 cawan Air 

Cara membuat

1.Satukan air ke dalam bahan topping@ganache, kacau sebati, boleh dipanaskan sebentar 1 minit microwave atau oven.Kacau sehingga menjadi topping yang pekat dan berkilat.Sedia untuk dituang keatas kek coklat moist memang menyelerakan.

Penyediaan kek coklat moist paling mudah! 






Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign