CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Ahad, 29 Mac 2015

JJCM di Q-Thai Steamboat & Grill - Resepi Sos Steamboat

Sabtu malam ahad semalam..
tetiba terase teringin nak makan steamboat dengan grill...
disebabkan lokasi chef obie dan teman tak jauh mane dengan tempat yang chef nak pi ni..
iaitu Di Dagang Avanue,
Restoran Q- Thai Steaboat & Grill
menjadi pilihan...

Kepada anda yang teringin menikmati steamboat & grill pelbagai pilihan
boleg datang sini.....malah telah menjadi pilihan dalam Rancangan Jalan-Jalan Cari Makan terbitan TV3



Menarikkan ...mmmmm makan kat sini utk pilihan steamboat dan grill
untuk seorang - dewasa RM30++ dengan air pilihan sendiri.
Pemanis Mulut & buffet masakan free aje...
selamat menikmati candid dari mamteur ni...
layan...

































makan pun sudah ....Alhamdulillah..
rezeki malam tu makan steamboat & grill di Q thai Dagang Avanue, 
chef pun dah janji nak berkongsi resepi sos steamboat...
senang aje juz ikut arahan okay...

selamat mencuba! 

RESEPI SOS HITAM MANIS - steamboat

BAHAN:


400gm taucu - ( diblender )

2 cawan air
1 cawan kicap pekat manis
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar tepungg jagung atau tepung gandum pun boleh guna pakai
1/2 cawan gula

Cara Membuat


1- Panaskan minyak masak, masukkan taucu dan tumis dengan api sederhana

lebih kurang 2 minit.

2- Kemudian masukkan air, kacau menggunakan whisk dan biarkan ia mendidih.

3- Apabila telah mendidih kecilkan api, masukkan pula kicap dan gula.
Kalau korang tak nak terlalu manis boleh kurangkan kuantiti gulanya

4- Dan akhir sekali, masukkan tepung jagung dan kacau sehingga memekat ( tepung jagung dicampur dengan sedikit air )


RESEPI SOS PEDAS  MERAH BERCILI - steamboat

BAHAN:


40 biji cili merah - ( diblender )

2 cawan air
4 sudu besar bijan putih ( optional )
4 sudu besar kacang tanah ( ditumbuk - optional )
2 sudu besar tepung jagung 
1 sudu besar Cuka Putih
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa


Cara Membuat


1- Didihkan air dalam periuk atau pot


2- Kemudian masukkan cili dan biarkan sehingga cili masak.

3- Masukkan pula cuka, garam dan gula secukup rasa, kacau sebentar dan masukkan bancuhan 
tepung jagung untuk memekatkan kuah sos pedas yong tau foo ni.

4- Akhir sekali-semase menhidang, taburkan bijan dan kacang tanah yang telah ditumbuk.







sambil tu boleh layan soundtrack dari filem huardian Of The Galaxy,..
memang best....



Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign