CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Sabtu, 6 Februari 2016

Selamat Tahun Baru Cina Dan Resepi Fortune Cookies Popular

Kepada anda berbangsa tiong hua... Selamat tahun baru Cina ' Gong Xi Fa Cai...
malam ni makan besar yea...
kepada chef aluiie , chef Ian , Chef kevin kim leng cai , chef jared & chef veron saw wei luan...dan sumer la yang layak bagi bie ang pow heeee..
gong xi fa cai hong bao na laiii..

Korang mesti tau ape itu Fortune Cookies? rupe die dan perbezaan dengan cookies biase..
hari ni bie nak kongsikan resepi fortune cookies yang popular ni bile tibe musim tahun baru cina.
korang pun boleh try resepi mudah ni

RESEPI FORTUNE COOKIES




Bahan

½ cawan Tepung
½ cawan Gula Castor
2 biji Telur Putih
2 sudu besar Air
½ sudu kecil Esen Vanilla





Cara Membuat

1.Pukul Telur putih sehingga kembang dan ringan.

2.Dalam mangkuk yang lain berisi tepung yang telah ditapis, gula castor dan esen vanilla.Satukan telur putih yang telah dipukul daalam mangkuk ini dan kacau menggunakan senduk kayu @ wodden spatula sehingga semua bahan –bahan sebati.

3.Masukkan air 2 sudu besar ke dalam adunan tujuan untuk mendapatkan adunan yang tipis apabila dibakar nanti.Kacau sebentar dan aduna sudah boleh untuk dibakar.

4.Panaskan oven 180’c,

5.sediakan silpad atau parchment paper atau silicon paper ( penggunaaan kertas ini lebih sesuai dan memudahkan anda membuat fortune cookies )

6.1 sudu besar adunan untuk 1 fortune cookies. Gunakan sudu besar dan bentukkan adunan bulat dan nipis di atas silpad / parchment paper / silicon paper. Apabila telah cukup membentuk bakar dalam oven antara 5 – 7 minit, sehingga keliling cookies berubah sedikit warna keperingan sedikit.





7.Masa yang penting untuk membentuk fortune cookie, apabila telah keluarkan daripada oven.Gunakan spatula kecil atau pisau mentega atau jam keluarkan setiap cookies yang telah dibakar.Letakkan mesej dibahagian tengah cookie yang berbentuk bulat,





8.Kepilkan dengan jari diantara bulatan kemudian bentukkan lekukan dibahagian tengah cookies di bibir mug, balang jam atau cawan kopi.





9.Letak dalam dulang muffin untuk memastikan bentuknya sama . Jika tida dulang muffin pun tak mengapa, letak aje atas tray dan biar ia sejuk. Siap mudah kan….





10. Simpan dalam bekas kedap udare, supaya fortune cookies tidak masuk angin dan tahan lame sedikit.

Selamat Tahun Baru Cina .. Gong Xi Fa Cai kepada anda yang berbangsa cina …
Enjoy!

Terima Kasih

Komen
2 Komen

2 ulasan:

Wani Sukarno berkata...

Ohh ni mcm ala tuiles tq chef sudi sharemudah rupanya

Chef Obie berkata...

most welcome wani sukarno@Wani Sukarno

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign