CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Jumaat, 27 Januari 2017

Resepi kuih tradisional : kuih pasung atau tepung pasong & Lagu Ku Rela Dibenci - Aiman Tino

Resepi Kuih Tradisional " Kuih Pasung atau Tepung Pasong "


gambar courtesy google



Salam Jumaat , semoga hari ini menceriakan hari anda dan dah mula ada yang mula bercuti, maklumlah dah dekat sangat dengan tahun baru cina.
huuu.. tahun ayam..tahun chef obie tu ! Lukisan ni bukan chef obie yang lukis , chef obie nak beri kredit kepada pelukisnya...saudara Yazeed dato kayoom..tajuk lukisan nya Lady Rose...okay kan...chef jumpa lukisan ni di dinding kedai makan tradisional di NU sentral KL.

" I had many teachers that were great, positive role models and taught me to be a good person and stand up and be a good man. A lot of the principals they taught me still affect how I act sometimes and it's 30 years later "

#drawing #canvas #oilpaintingdigitalprint#whenachefdrawing #chefobie #chef



okay kite berbalik semula kepada resepi yang nak dikongsikan hari ini.
Iaitu " Kuih Pasung " hidangan pencuci mulut yang popular dari negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu.
Ada yang memanggil manisan ini sebagai " Tepung Serunai " kerana bentuknya seperti kon yang menyerupai serunai.Chef tetap panggil ia Kuih " tepung pasong "  heeee....sebabnya untuk menghasilkan kuih pasung ini menggunakan teknik mengukus sama seprti kuih lepat pisang dan seadik beradik dengannya.

Keperluan :


  • Tempat pengukus tradisional atau jenis cap buaya, yang penting ada lobang di setiap tingkat bagi memudahkan mendirikan dgn mencucuk kuih pasung dalam setiap lobang yang ada dalam pengukus 

Bahan 1

 



  • 2oo gram tepung beras ( cap teratai atau cap gajah )
  • 100 gram tepung sagu atau tepung ubi 
  • 300 gram gula merah
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 biji telur
Bahan 2

  

  • 500 gram tepung beras
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 st garam
Bahan 3

  

  • Daun Pisang secukupnya 
  • Lidi atau toothpick (untuk mengepil daun pisang)
Cara Penyediaan Bahan 1
  1. Satukan kesemua bahan 1. Gaul dan kacau sehingga sebati. Bahan 1 akan menjadi bahan bawah iaitu lapisan pertama yang akan dimasukkan ke dalam daun pisang yang telah dipasungkan nanti . Masak Bahan 1 sehingga agak likat. Tidak perlu terlalu pekat dan kental.
Cara Penyediaan Bahan 2
  1. Campurkan kesemua Bahan 2 dan kacau sehingga sebati. Asingkan.
Cara Penyediaan Bahan 3
  1. Potong daun pisang secara bulat (anggaran diameter 8- 10 inci) kemudian potong dua membentuk separa bulat. Ambil dua tingkat periuk kukus (yang mempunyai lubang). Susunkan menjadi dua tingkat.
  2. Sementara itu, sediakan bahagian bawah periuk kukus dengan merebus air terlebih dahulu. Bentukkan daun pisang menjadi kon dan sematkan menggunakan lidi. Masukkan hujung daun pisang yang telah dibentukkan di bahagian lubang periuk kukus.
Cara Penyediaan Kuih Pasung 
  1. Sendukkan campuran Bahan 1 terlebih dahulu sehingga memenuhi 1/2 bungkusan daun pisang. Kemudian kukuskan sehingga 5 minit. Kemudian sudukan campuran Bahan 2. Pastikan terdapat sedikit ruang bungkusan daun pisang sekurang-kurangnya 1/4 apabila kedua Bahan 1 dan Bahan 2 dicampurkan. Kukus lagi sehingga 10 minit. 
  2. Cara untuk menguji sama ada kuih pasung sudah masak atau tidak, kelihatan bahagian atas kuih (Bahan 2 yang berwarna putih kelihatan naik dua kali ganda).Selamat mencuba.

"Ku Rela Dibenci"

Ku ketawa kau menangis
Engkau tertawa aku menangis
Hanya dirimu oh sayangku

Kesudahan tiada henti
Hanya yang tinggal igauan mimpimu ternanti-nanti

Sering kali aku diuji
Air mataku terus mengalir membasahi didadaku
Hanya ratapan didalam hati
Moga tercipta kesudahan yang dinanti

Ku inginku dibenci oleh mu
Agar kenangan manis terus terpadam
Selamanya

Menghitung menunggu mati
Agar kau jumpa yang dinanti
Semoga pemergianku ini terbaik untukmu

Tak sanggup ku dibohongi
Ku rela dijemput Ilahi
Kerna dia ku sanggup pergi
Hanya disana kekal dan abadi

Ku inginku dibenci oleh mu
Agar kenangan manis terus terpadam
Selamanya

Menghitung menunggu mati
Agar kau jumpa yang dinanti
Semoga pemergianku ini terbaik untukmu

Tak sanggup ku dibohongi
Ku rela dijemput Ilahi
Kerna dia ku sanggup pergi
Hanya disana kekal dan abadi
Hanya disana kekal dan abadi


Terima Kasih

Komen
2 Komen

2 ulasan:

Unknown berkata...

Kuih pasung ni asal dari mana ye?

Chef Obie berkata...

" Kuih Pasung " hidangan pencuci mulut yang popular dari negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu.
Ada yang memanggil manisan ini sebagai " Tepung Serunai " kerana bentuknya seperti kon yang menyerupai serunai.Chef tetap panggil ia Kuih " tepung pasong " heeee....sebabnya untuk menghasilkan kuih pasung ini menggunakan teknik mengukus sama seprti kuih lepat pisang dan seadik beradik dengannya.@Shasha Frhnh

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign