CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Sabtu, 5 Ogos 2017

Asal Usul MEE KARI DAN LAKSA KARI

Tajuk : Asal usul MEE KARI DAN LAKSA KARI 

gambar kiri : laksa penang ( bukan laksa kari ) , kanan adalah mee kari / laksa kari

Chef obie yakin korang semua mesti suka dengan salah satu menu daripada mee kuning ni..iaitu MEE KARI .

Bile sebut aje MEE KARI , pasti terbayang keenakan kesedapan kuah kari bersantan yang pedas , di makan bersama sambal , dengan condiments nya sebagai pilihan seperti Tauhu kering , udang basah , sotong , ayam atau kari ayam kering , telur rebus , kerang , kacang panjang , taugeh , dan daun pudina. Best kan ?

Chef Obie berkongsi sikit info asal usul MEE KARI   咖喱 麵 ; pinyin : Gālímiàn ( dlm bahasa cina tradisional )

MEE KARI mula dicipta di Asia tenggara , mudah dijumpai di Malaysia , Singapura dan Indonesia.Orang berbangsa Cina telah mencipta MEE KARI ! Mengapa Tak Percaya ? Silalah percaya... Pada zaman pedagang dari India dan Cina yang berdagang rempah ratus dan budaya masakan telah mempengaruhi citarasa masakan kite sehingga hari ini. 

Orang Cina mula bereksperimen dengan gaya dan budaya masakan dari pedagang India , mereka memilih masakan kari sebagai kuah yang lazat dan disesuaikan dengan mee kuning ciptaan orang cina .Maka terhasilah MEE KARI . Yang jelas orang berbangsa cina yang mencipta mee kari ! Tak kire lah bangsa cina  apa pun dan pelbagai variasi mee kari juga terhasil hinggalah apa yang korang nikmati hari ini !MEE KARI wajib menggunakan mee kuning , malahan mee kuning juga dihasilkan ada yang nipis dan yang tebal. Variasi terkini korang boleh nikmati MEE KARI dengan Bee Hoon , mee sanggul , mee telur dan sebagainya atas permintaan koranglah.
Satu lagi korang pasti biasa dengar menu LAKSA KARI ! Ya LAKSA KARI ini juga adalah MEE KARI cuma ia lebih popular dipanggil LAKSA KARI di Selatan tanah Air Malaysia dan Singapura.Orang cina panggil  咖喱 喇 沙 ; pinyin : Gālí Lǎshā .

KLIK DI SINI : KELAS MASAKAN UNTUK BIZZ


It's easy to get negative because you get beat down. You go through a few disappointments and it's easy to stay in that negative frame of mind. Choosing to be positive and having a grateful attitude is a whole cliche, but your attitude is going to determine how you're going to live your life

- chef obie


Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign