CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Ahad, 3 Disember 2017

Resepi Pilihan Netizen : KETAM MASAK TELUR ASIN CHEF OBIE

Salam hujung minggu , 

Pasti ada bermacam-macam program hari ni kan ? ada yang sibuk dengan persediaan Majlis Perkahwinan, ada yang bersiap nak balik ke bandar dari kampung kelmarin , ada yang beriadah bersama family , ada yang dating tengok wayang , ada yang nak tidur memanjang hari ni dan ada yang meluangkan masa bersama keluarga dan sanak saudara di rumah dengan dipenuhi aktiviti masak memasak...enjoy sungguh kan ?

Apa kata dalam pada yang berkesempatan tu , jom kita mencuba Resepi Masakan Berasaskan Ketam ni, mudah dan sedap tau...
Selamat Mencuba yea..




RESEPI KETAM MASAK TELUR ASIN

Bahan Utama :


5 ekor Ketam Bunga
1 biji bawang merah dicincang 
8 biji bawang putih dicincang 
6 biji cili padi (dipotong kecil) 
7 sudu besar susu cair
1 sudu kecil Tepung jagung 
@ 2 tangkai Daun Kari
5 biji Kuning telur Asin
1 biji  Putih Telur Asin
1/2 sudu kecil Lada sulah @ lada hitam
garam dan gula sebagai perasa
2@3 sudu besar mentega

Cara Penyediaan :

1.Rebus telur masin , setelah siap direbus , ambil kuningnya dan dilenyek bersama sebiji telur putih masin.

2.Bersihkan ketam potong kepada dua bahagian..Kemudian lumurkan ketam dengan tepung jagung, lada sulah dan garam.Goreng ketam sehingga masak kekuningan.

3.Panaskan pan @ kuali , masukkan mentega- tumis bawang putih, bawang merah sehingga wangi,kemudian masukkan daun kari dan cili padi kacau sebentar.

4.Masukkan telur kuning dan telur masin putih yang telah dilenyek,kacau lagi dan masukkan susu cair.Biar ia buble ( berbuih ).

5.Masukkan lada sulah @ lada hitam , perasakan dengan gula dan garam.

6.Akhir sekali masukkan ketam bunga yang telah digoreng dan kacau mesra. Siap untuk dihidang bersama dengan nasi putih mahupun hidangan sampingan yang lain.

Senangkan resepi ni..Anda boleh sharingkan dan jangan lupe yea kredit untuk chef obie hahahaa...



KALENDAR 2018
ANDA INGIN MEMULAKAN
Perniagaan Pembekal Bahan Bakeri?
 Tetapi TIADA pengalaman TIADA ilmu ? Modal KECIL ? & Ingin Buka Perniagaan di kawasan ANDA ? Tidak kira
dimana LOKASI ANDA jauh dari BANDAR mahupun PEKAN , perniagaan ini TETAP MENJADI PILIHAN ! Tidak kiralah di mana Anda ingin membukanya , sama ada di Semenanjung Malaysia , Sabah mahupun di Sarawak Jom check it out !
Sila Ke link Di Bawah TQ


Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign