Executive R&D Chef | Austrian Dessert & European Cakes Pastries | Malaysian Heritage Cuisine | Multi Outlet Standardisation : CHEF MUHAMAD GUNAWAN a.k.a CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY
Aktif Set Up Central Kitchen / Restoran Pelbagai Tema - Western Food, Kopitiam, Nasi Kandar & Berkenaan / Pembangunan Menu ( Baru & Upgrade ) / Standardize Resepi & SOP/ Kelas Masakan Perniagaan Bijak Bisnes Peniaga & Usahawan / Konsultansi Isu Operasi & F&B
Extra : Pocket hadapan dan pocket sisi untuk - pen / paring knife , lengan panjang
Saiz : S / M / L / XL / XXL
Harga : RM 90.00
Kos Penghantaran 2015 : *Semenanjung Malaysia ( RM 10)
*Sabah Dan Sarawak ( RM 16)
Cara Pembelian
1.Buat Pembayaran terus ke akaun MBB Muhamad Gunawan
151409098193 sama ada melalui maybank2u atau transfer melalui atm.
2.Sila SMS Nama Anda ( Zahid ) ,Jumlah ( 1 unit ),Saiz ( L ), Harga ( RM 100.00 )termasuk kos penghantaran ,Alamat Anda ( 27,jalan mesra, Taman Mesra, 81700 Johor Bharu ) sms @whatsapp ke 017 2260719.atau melalui email : gunawan.jamil@gmail.com
3.Penghantaran chef Jacket merujuk kepada alamat yang diberi, Masa penghantaran 7 Hari waktu Bekerja tidak termasuk Cuti Public Holiday.
Chef Jacket Berkualiti
Sambil tu chef obie sharing filem hitam putih yang popular
Filem lakonan P.Ramle , S.Shamsuddin dan Aziz Sattar
Hari sabtu muncul lagi..apa kate kite sejukkan lagi suasana hari sabtu ni atau hujung minggu ni dengan makan ais krim.
Mengapa Ais krim? heee... sebab chef obie nak sharing resepi ais krim yang sedap la...
kira homemade ais krim ala baskin robbin.
Pastikan hari ni pi market... beli bahan - bahan untuk buat ais krim coklat baskin robbin..
Resepi Ais Krim Coklat Ala Baskin Robbin Popular
Bahan
4 biji Kuning Telur
1 biji Telur
200gm Gula Castor
50gm Gula Perang
500ml Susu Coklat ( Ducth Lady / Magnolia / HL )
1 sudu besar Serbuk Koko Van Houten
800gm Whipping Cream ( Anchor Brand )
Esen Vanilla
100 gm Coklat Kouverture ( di cincang kasar )
100 gm Deli Karamel ( boleh didapati di kedai pembekal bahan bakeri )
Cara Buat
1.Pukul Telur kuning + telur + gula castor sehingga separuh gebu , kemudian masukkan gula perang teruskan pukul sehingga gebu.
2.Dalam pot- panaskan susu coklat + serbuk koko van houten + esen vanilla sedikit , pastikan jangan sampai mendidih , cukup sekadar panas - panas suam . Dalam bekas lain pukul whipping cream sehingga kental .
3.Kemudian masanya untuk mencampurkan susu coklat bersama bahan yang telah dipanaskan tadi ke dalam whipping cream yang telah dipukul kental ( sila guna spatula plastik atau wooden ) kaup dan kacau perlahan dan bahan terakhir jangan lupa yea.. masukkan coklat kouverture yang telah dicincang kasar juga deli caramel , kacau lagi sehingga sebati.
4.Tuangkan ke dalam bekas plastik container untuk disejukkan.Simpan dalam freezer sebaiknya 24 jam.
Selamat mencuba...pasti meleleh bro...heee suka tak dapat resepi ais krim coklat ala buskin robbin? suke.. Alhamdulillah..
chef obie nak sharing lagu dari Yusri KRU dengan wifenye.. Lisa Surihani
Tajuk Lagu Kekasih Abadi..selamat melayan...romantik gitu!