CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

Executive R&D Chef | Austrian Dessert & European Cakes Pastries | Malaysian Heritage Cuisine | Multi Outlet Standardisation : CHEF MUHAMAD GUNAWAN a.k.a CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY Aktif Set Up Central Kitchen / Restoran Pelbagai Tema - Western Food, Kopitiam, Nasi Kandar & Berkenaan / Pembangunan Menu ( Baru & Upgrade ) / Standardize Resepi & SOP/ Kelas Masakan Perniagaan Bijak Bisnes Peniaga & Usahawan / Konsultansi Isu Operasi & F&B


HUBUNGI

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Ahad, 28 Mei 2017

2 Ramadhan 1438 / 2017 Dan Resepi Apam Butter Gula Hangus Popular

Chef masih di ICU/CCU Hospital Banting.
Doakan kesihatan mak chef , supaya cepat sembuh dan kembali ceria seperti selalu.

Alhamdulillah , hari ni chef sempat juga pagi tadi menyelesaikan isu cage kucing chef tu..si ,keju dengan si memey .Semoga budak bulus tu selesa sedikit lah..maklumlah sekarang ni agak terabai sedikit masa untuk bulus tu.

Ramadhan ke 2 hari ini chef ingin kongsikan resepi simple supaya mudah hakak hakak abang long mencuba resepi ni..untuk dijadikan pemanis berbuka puasa nanti !



RESEPI APAM BUTTER GULA HANGUS

Bahan Utama :

200 gram gula pasir
50 gm gula perang
250 ml air
70 gram mentega ( chef guna brand anchor unsulted butter )
6 biji telur Saiz A atau B
160 gram susu pekat manis
190 gram tepung gandum
2 1/2  camca teh soda bicarbonat


Cara Penyediaan :

  1. Panaskan Pengukus dan pastikan air cukup. ( anda juga boleh gunakan oven - pastikan panaskan dahulu 180-200c dan letakkan air dibahagian bawah oven ) ala-ala nak baked cheesecake
  2. Masakkan  gula pasir dan gula perang hingga menjadi gula hangus, guna api sederhana sahaja. 
  3. Masukkan air perlahan lahan . Kacau rata dan masukkan mentega,kacau sehingga mentega larut bersama gula hangus. Matikan Api dan Sejukkan.
  4. Pukul telur sehingga berbuih dan kembang .
  5.  Tuangkan  susu pekat manis dan sambung pukul hingga hingga sebati. sila gunakan kelajuan sederhana sahaja, 
  6. Masukkan tepung dan soda bicarbonat yang telah ditaapis bersama sedikit demi sedikit. Pukul sebati dan masukkan gula hangus di gaul rata. 
  7. Rehatkan adunan selama 2 jam ( tutup dengan plastik atau cling film )
  8. Masukkan adunan ke dalam bekas yang anda suka sama ada loyang besar saiz 7 inch atau dalam bekas kek cawan atau apa sahaja bekas yang anda suka.
  9. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. ( jika oven..bakar 1 jam atau mengikut oven anda )
  10. Sejukkan dahulu baru hidang ! Selamat Mencuba dan Selamat Berpuasa anda juga boleh mencuba pelbagai resepi-resepi menarik di link yang diberi ini...juga dapatkan ebook masakan sebagai tanda sokongan !Resepi & Menu Bazaar Ramadhan 2017 Anda juga jangan ketinggalan memiliki 

  11. 57 RESEPI MENU BAZAAR RAMADHAN POPULAR 2017
    117  muka surat

    Lebih daripada 57 Resepi pilihan yg menarik
    Pelbagai kategori -pembuka selera
    -kuih muih
    -hidangan utama
    -golek & panggang
    -minuman variasi & lain-lain 
    Perlu anda miliki


    Hanya 




    RM90 sahaja ðŸ˜ŽðŸ“šðŸ’³




    Ke salah satu akaun pilihan dibawah 

    Encik @ Cik @Tuan @ Puan boleh bank in Baki Perkhidmatan Katering
    Ke salah satu akaun pilihan


    1.MAYBANK 151409098193
    2.CIMB 7619121286
    3.BSN 14005-41-00008021-7
    Atas nama Muhamad Gunawan Jamil
    Simpan resit - Bukti pembayaran.
    whatsapp info pembayaran kpd pihak chef obie
    0172260719




    FB : chefobie untold
    IG ; chef_obie_official 
    chef oBiE



Terima Kasih

Sabtu, 27 Mei 2017

RESEPI AIR JUS KELADI BAZAAR RAMADHAN



RESEPI AIR JUS KELADI BAZAAR RAMADHAN

Dalam bulan penuh keberkatan ini ,
Pasti ada yang cukup suka terutama anak-anak mahupun korang yang bekerja ni 
melayan mencari makanan pilihan untuk berbuka puasa nanti di BAZAAR RAMADHAN.

Ada yang mencari ayam percik ,ayam golek , kuih muih , nasi , lauk pauk dan sebagainya termasuklah minuman.



Bila cakap bab minuman pasti ada yang terbayang air blender , air katira mahupun air pelbagai jus dan kordial.Pasti ada yang suka dengan air bewarna ungu bersusu diatas ni ..iaitu AIR JUS KELADI.
Ramadhan pertama ni chef obie nak share satu resepi air iaitu AIR JUS KELADI BAZAAR RAMADHAN yang sesuai sangat anda gunakan untuk berniaga dibazaar ataupun pasar malam.



RESEPI AIR JUS KELADI BAZAAR RAMADHAN

Bahan Utama

3 cawan Serbuk Perisa Keladi atau TAKO FLAVOUR POWDER BAVARAGES ( Boleh dibeli dikedai pembekal bahan bakeri mahupun dipasaraya )
3 Tin Susu Pekat Manis
1.5 kg  Gula Pasir
500 gm Coffemate
12 liter Air & Sedikit Air Panas
6 Tin Susu Cair ( jika anda ingin rasa lebih berkrim )
Ais Secukupnya

Cara Penyediaan :

1.Campurkan serbuk minuman , gula , coffemate , susu pekat ke dalam satu bekas.

2.Masukkan air panas dan kacau sehingga semua bahan larut bersama.

3.Sediakan Ais separuh balang air.

4.Bahan yang telah larut dimasukkan ke dalam balang air . Kacau sebentar dan sipa untuk di jual.

5.Anda boleh tambahkan susu cair sekiranya ingin rasa lebih berkrim.

6.Ada pilihan air untuk anda niagakan , sila ke link yang diberi

7.Anda juga jangan ketinggalan memiliki 

57 RESEPI MENU BAZAAR RAMADHAN POPULAR 2017
117  muka surat
Lebih daripada 57 Resepi pilihan yg menarik
Pelbagai kategori -pembuka selera
-kuih muih
-hidangan utama
-golek & panggang
-minuman variasi & lain-lain 
Perlu anda miliki

Hanya 

RM90 sahaja ðŸ˜ŽðŸ“šðŸ’³




Ke salah satu akaun pilihan dibawah 

Encik @ Cik @Tuan @ Puan boleh bank in Baki Perkhidmatan Katering
Ke salah satu akaun pilihan


1.MAYBANK 151409098193
2.CIMB 7619121286
3.BSN 14005-41-00008021-7
Atas nama Muhamad Gunawan Jamil
Simpan resit - Bukti pembayaran.
whatsapp info pembayaran kpd pihak chef obie
0172260719




FB : chefobie untold
IG ; chef_obie_official 
chef oBiE




Terima Kasih

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign