بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Penutupan akaun milik tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam oleh HSBC di United Kingdom (UK), mencetuskan kemarahan dan seruan tindakan boikot masyarakat Islam seluruh dunia terhadap bank berpusat di London itu. Sensitiviti yang tinggi pada masa ini, dengan perang di Gaza semakin meruncing, membuatkan umat Islam berada dalam keadaan solidariti teguh antara satu sama lain. Tambahan apabila tiga NGO itu, termasuk sebuah masjid di Finsbury Park, tidak mendapat penjelasan memuaskan daripada HSBC berhubung penutupan akaun mereka.
Malah, Suruhanjaya Kebajikan UK juga mengesahkan ia tidak menyiasat mana-mana antara tiga NGO itu dan menegaskan jika pertubuhan tersebut tidak mempunyai akaun bank, ia boleh menjejaskan kepercayaan orang awam terhadap kerja-kerja kebajikan mereka.
Felo Institut Adam Smith di London, Tim Worstall dalam artikelnya disiarkan majalah Forbes kelmarin berkata, perbuatan HSBC itu kemungkinan akibat tekanan secara sulit yang telah atau akan dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS), seperti yang berlaku terhadap badan kebajikan Interpal di UK sebelum ini.
Malaysian Digest dalam laporannya menyatakan, instiusi kewangan tersebut telah menutup beberapa akaun badan bukan kerajaan (NGO) Islam di sana dengan alasan semata-mata menyalurkan dana kepada rakyat Palestin.
Badan Amal Jadi Mangsa HSBC
.
Bank antarabangsa HSBC telah bertindak menutup akaun badan-badan amal Islam di United Kingdom yang juga merupakan antara pertubuhan telah menjalankan kerja-kerja membantu mangsa krisis yang melanda Gaza selama lebih 10 tahun.
.
- Masjid Finbury Park
Dalam surat rasmi yang dikeluarkan kepada pihak Masjid Finsbury Park di Utara London, HSBC bertindak menutup akaun tersebut untuk mengatasi masalah (risiko) “risk appetite”. Akan tetapi bank multinasional itu dilaporkan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam keputusan menarik balik perkhidmatan perbankannya dalam isu tersebut dan menguatkan lagi masalah islamofobia yang mensasarkan badan amal Islam di negara itu. Dalam surat yang telah diberikan kepada pihak masjid, pihak bank memberitahu bendahari masjid bahawa mereka akan menutup akaun masjid pada 22 September depan.
Pengerusi masjid Mohammed Kozbar memberitahu pihak BBC: “Bank tersebut tidak langsung menghibungi pihak masjid terlebih dahulu dan tidak memberi kami peluang untuk menangani kebimbangan mereka. Kami sebuah badan amal yang beroperasi di UK, semua operasi kami di sini dan kami tidak memindahkan apa-apa wang keluar dari UK. Semua operasi dibiayai dana dari dalam UK.” Sehingga tahun 2005, masjid ini dikendalikan oleh Abu Hamza, yang pada Mei lalu telah disabitkan atas kononnya kesalahan keganasan di Amerika Syarikat.
.
- Ummah Welfare Trust
Satu lagi organisasi yang disasarkan oleh HSBC dengan cara yang sama adalah Ummah Welfare Trust, badan pembangunan amal antarabangsa yang bekerja untuk meringankan penderitaan dan kemiskinan di seluruh dunia. Badan amal yang berpusat di Bolton itu telah menyalurkan £70m (RM420 juta) untuk pelbagai projek 20 buah negara di seluruh dunia dan juga telah membantu Gaza selama satu dekad.
Dalam surat yang juga bertarikh 22 Julai 2014, memaklumkan yang akaun mereka akan ditamatkan oleh HSBC dan memberikan penjelasan yang sama seperti Masjid Finsbury Park.
Menurut pemegang amanah UWT, Muhammad Ahmad. “Kali pertama kami diberikan notis (penutupan akaun pada 2008 oleh sebuah lagi bank di UK, Barclays) ialah semasa perang pertama Gaza. Pastinya ini bukan setakat kebetulan. Dan untuk memberikan notis (penutupan akaun) kepada badan kebajikan yang membantu individu (di Gaza), untuk memilih masa ini, amat sukar untuk dipercayai.”
Oleh kerana itu, Ummah Welfare Trust menyeru orang Islam memboikot HSBC jika bank itu tidak menarik semua keputusannya atau memberi penjelasan.
.
- Cordoba Foundation ( Yayasan Cordoba )
Organisasi ketiga yang dihentikan perkhidmatan perbankan oleh HSBC adalah Yayasan Cordoba yang berpangkalan di UK. Yayasan Cordoba yang dikendalikan oleh Anas Al Tikriti, memberi tumpuan kepada menangani hubungan antara Eropah dan Timur Tengah. Ia telah ditubuhkan pada tahun 2005 dan surat HSBC yang hamper sama telah dihantar untuk memberitahu penamatan perkhidmatan bank tersebut.
.
.
.
Datuk Ismail Sabri Gunting Kad Kredit HSBC Tanda Boikot
Susulan daripada itu, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil tindakan membatalkan kad kredit miliknya bersama bank HSBC sebagai tanda protes terhadap bank tersebut yang telah menutup akaun milik pertubuhan-pertubuhan Islam yang menyokong rakyat Palestin.
Beliau dalam kenyataannya di laman Facebook rasmi miliknya. Memetik kenyataan beliau dalam surat kepada pihak HSBC, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memohon agar tindakan serta merta daripada pihak HSBC ke atas pembatalan kad miliknya yang dijangka luput pada Mac 2016.
Susulan tindakan beliau tersebut, ramai pengikut di laman sosial tersebut memuji tindakannnya sebagai tanda sokongan terhadap kekejaman yang berlaku ke atas rakyat Palestin di Gaza. Rata-rata memuji tindakan Ismail yang menganggap ianya suatu tindakan yang tepat dan dilihat sebagai contoh terbaik.
.
.
.
Ambil Tindakan
.
Sementara itu satu kenyataan media dari Naib Presiden Alumni MISG US & CANADA, Yunus Tasim yang dikeluarkan pada 31 Julai 2014 juga menggesa tindakan yang serupa dilakukan terhadap HSBC.
Alumni MISG US&CANADA merakamkan kekesalannya dengan tindakan HSBC di United Kingdom yang menutup akaun orang Islam dan Pertubuhan Islam yang terlibat dalam bantuan kemanusiaan mangsa keganasan di Gaza oleh Rejim Pengganas Israel seperti yang dilaporkan dalam http//m.bbc.co.uk/news/business-28553921 dan disiarkan oleh BBC News pada 30 July 2014.
Alumni tersebut memandang serius akan tindakan tidak professional yang memberi pengertian bahawa HSBC adalah penyokong tegar rejim pengganas Israel dan justeru tidak membenarkan platform perbankannya digunakan pendepositnya sama ada Individu atau Pertubuhan Kebajikan dan Bantuan Kemanusiaan di United Kingdom seperti Masjid Finsbury Park, Cordoba Foundation dan Ummah Welfare Trust untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa kekejaman Rejim Pengganas Israel yang kebanyakannya terdiri dari orang awam, wanita dan kanak-kanak.
Justeru itu, Alumni MISG US&CANADA menyeru rakyat dan syarikat-syarikat Malaysia yang cintakan keamanan sejagat yang mempunyai akaun termasuk akaun HSBC Amanah di HSBC Malaysia dan Singapura supaya:
.
- Menutup dan menarik simpanan masing-masing dari bank tersebut dan deposit lah di bank-bank tempatan atau bank-bank antarabangsa lain.
- Kami juga menyeru kepada rakyat Malaysia yang memiliki kad kredit HSBC dan yang berurusniaga dengan HSBC dalam pelbagai perkhidmatan perbankan supaya mengambil tindakan yang sama sebagai bantahan kepada HSBC yang menyokong Israel dan berkemungkinan menyalurkan sebahagian keuntungan kepada rejim pengganas Israel yang kemudiannya digunakan untuk membunuh rakyat Palestin.
- Bagi mereka yang ingin membeli hartanah dan kenderaan, guna pilihan anda untuk menolak tawaran pinjaman dari HSBC sekiranya ia di antara panel bank yang disediakan penjual.
- Bagi organisasi-organisasi, mohon kenakan larangan ke atas mana-mana jurujual yang dating untuk menjual mana-mana produk HSBC di premis anda.
.
.
Selaran
Nyatakan kemarahan anda dengan merakamkan secara bertulis pada HSBC perkara-perkara berikut:
- Kita kesal dan mengutuk tindakan HSBC menutup akaun mereka yang bergiat membantu penduduk Palestin di Gaza. Ini adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan hanya akan memarahkankan penderitaan mereka.
- Kita semua bersimpati dan menyokong perjuangan rakyat Palestin dan kita tidak lagi yakin HSBC mempunyai “selera untuk berurusan” dengan kita sepertimana yang berlaku di United Kingdom.
Alumni MISG US&CANADA juga menyeru Kerajaan Malaysia dan Bank Negara menimbangkan semula pemberian lesen perbankan, khususnya lesen perbankan Islam kepada HSBC. Ini supaya Kerajaan Malaysia tidak terpalit dengan sikap HSBC yang menyokong rejim pengganas Israel membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa. Adalah tidak wajar sebuah bank yang bersubahat dengan Israel dalam menzalimi penduduk Palestin meraih keuntungan di atas nama perbankan Islam.
.
.
Tukar Bank Selain HSBC
.
Ustaz Dr. Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman seorang pendakwah yang juga merupakan Pensyarah Kanan UIAM dalam satu status yang dimuatnaik kelaman Facebooknya menggesa umat Islam dan penyokong kemanusiaan supaya menutup akaun Bank HSBC jika ada kerana HSBC sebagai tanda protes.
Ini berikutan tindakan pihak HSBC London menutup akaun-akaun milik umat Islam dan juga dan beberapa organisasi Islam yang dipercayai terlibat dengan kempen Anti Zionist baru-baru ini.
Menurutnya “Dengan berita ini, seluruh umat Islam dan pendokong kemanusiaan DIGALAKKAN menutup akaun bank HSBC mereka, termasuk HBSC Amanah. Sebagai menyahut tindakan HSBC menutup akaun orang Islam yang terlibat dalam kempen membantah serangan kejam Zionis Israel.”
“Banyak lagi Islamic bank yang lain di Malaysia. Tukarlah ke bank-bank yang lain.” Tulis Zaharuddin dalam Facebook beliau lagi.
.
.
SENARAI BANK MILIK MUSLIM
- Bank Islam
- Bank Rakyat
- Bank Muammalat
- Bank Simpanan Nasional
- Bank CIMB
- Bank RHB
- Bank Am
- Bank Agro
- Bank EON
.
.
Dari segi kebaikannya ia akan memberi impak kuat boikot kepada HSBC keseluruhannya. Tindakan HSBC menutup akaun milik tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di United Kingdom (UK) tersebut telah mengundang kemarahan dan menyebabkan ramai pemegang akaun HSBC di Malaysia dan masyarakat Islam seluruh dunia menutup akaun HSBC mereka atas dasar menentang sokongan HSBC terhadap Israel yang semakin rakus membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa demi meluaskan wilayah haramnya.
Sumbangan melalui SMS (AMAN PALESTIN)
Hanya ikuti langkah mudah ini untuk menyumbang:
1. Taip PALESTIN <10 / 5 / 3>
(10 / 5 / 3 itu adalah nilai sumbangan yang ingin disumbangkan)
(10 / 5 / 3 itu adalah nilai sumbangan yang ingin disumbangkan)
2. Hantar ke 39111
Contoh: PALESTIN 10 dan hantar ke 39111
Cara Menderma Untuk Bantuan Palestin Menggunakan Bank
Tabung Palestin Aman Palestin telah dilancarkan secara rasminya oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Malaysia pada 8 September 2009.
Untuk bantuan melalui bank trasfer, anda boleh menderma ke nombor-nombor akaun berikut
1- Bank Islam (M) Berhad: 12029010047880
2- Maybank (M) Berhad: 562263010787
3- Bank Muamalat (M) Berhad: 12070005133717 – Akaun Bantuan Syria
4- RHB Islamic Bank: 21245760004907
5- Bank Rakyat: 22-080-619592-2
6- CIMB Islamik: 8600460353
7- Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin |
Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95
1- Bank Islam (M) Berhad: 12029010047880
2- Maybank (M) Berhad: 562263010787
3- Bank Muamalat (M) Berhad: 12070005133717 – Akaun Bantuan Syria
4- RHB Islamic Bank: 21245760004907
5- Bank Rakyat: 22-080-619592-2
6- CIMB Islamik: 8600460353
7- Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin |
Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95
Maklumat bank untuk penghantaran dari luar negera
1. The bank code, full name and address of the bank that you’re transferring to
Bank code ( dh call bank , dia kata biasanya just perlukan SWIFT code- spt dibwh)
Bank code ( dh call bank , dia kata biasanya just perlukan SWIFT code- spt dibwh)
MALAYAN BANKING BERHAD
NO. 2, JLN 6C/16, SEKSYEN 16,
43650 BANDAR BARU BANGI,
SELANGOR D.E – MALAYSIA
NO. 2, JLN 6C/16, SEKSYEN 16,
43650 BANDAR BARU BANGI,
SELANGOR D.E – MALAYSIA
2. The recipient’s name, address and account number
The amount and currency you wish to send
The amount and currency you wish to send
AMAN PALESTIN BHD
NO.1 JALAN 3/3B, SEKSYEN 3,
43650 BANDAR BARU BANGI,
SELANGOR DARUL EHSAN
no fon : 03-89267019
no faks : 0389259963
NO.1 JALAN 3/3B, SEKSYEN 3,
43650 BANDAR BARU BANGI,
SELANGOR DARUL EHSAN
no fon : 03-89267019
no faks : 0389259963
NAMA AKAUN BANK : AMAN PALESTIN BERHAD
NO. AKAUN : 5622 6301 0787
NO. AKAUN : 5622 6301 0787
Bergantung kepada currency yang akan di hantar RM @ AUS Dollar (boleh je mana2)
Biasanya AMAN akan bagi ikut mata wang negara tersebut
Biasanya AMAN akan bagi ikut mata wang negara tersebut
3. An email address for the recipient. So they know when you have initiated your IMT. (Please note, this is optional)
kewangan_ap@yahoo.com
kewangan_ap@yahoo.com
4. BIC/ SWIFT CODE of the bank that you wish to be recieved
SWIFT CODE : MBBEMYKL
SWIFT CODE : MBBEMYKL
*Chef Obie Mohon sebarkan kepada yang lain..
#PrayForGaza
.
.