CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Khamis, 21 April 2016

Menu di Bazaar Ramadhan : Resepi Roti Jala






Resepi Roti Jala Bazaar Ramadhan


150gm atau 1 cawan Tepung Gandum

1 Biji Telur

150ml Air
150ml susu segar atau santan
3 sudu Minyak Masak atau marjerin yang dicairkan
Garam
Serbuk kunyit atau pewarna kuning



Cara membuat;



1.Masukkan susu, air ,telur , garam kunyit atau pewarna ke dalam blender dan blend seketika, kemudian masukkan tepung gandum dan blend sehingga sebati.

2.Masukkan adunan ke dalam plastic piping bag,Chef obie menggalakkan menggunakan piping bag kerana ianya mudah untuk anda membuat tirai jala tanpa ada isu adunan tersumbat pada bekas roti jala.

3.Panaskan kuali atau non stick pan , kemudian letakkan sedikit minyak.
4.Kiraikan diatas kuali, apabila roti kelihatan kekuningan dan bahagian tepi kirai mengering bolehlah digulung dan dihidangkan bersama kari ayam.

Tips Chef Obie : Anda boleh gandakan resepi diatas sebanyak 10 x untuk jadikan 1 batch yang besar dan sesuai untuk penggunaan berniaga seperti di bazaar ramadhan dan sebagainya.  


ebook PERCUMA




Resepi Kari Ayam Roti Jala




400-500gm ayam cincang atau isi ayam dipotong dadu.

1 biji Bawang Merah di hiris

1 ulas bawang putih
2 biji kentang dipotong dadu
1 batang kulit kayu manis
2@3 biji bunga lawang
1 cawan santan
Air
5 sudu Rempah Kari Daging 
Gula
Garam
2 batang Cili kering digunting
Daun Kari
1 keping asam keping atau 1 sudu asam jawa
Minyak Masak secukupnya





Cara Membuat:



1.Panaskan kuali dengan minyak masak, masukkan bawang merah, bawang putih, cili kering, bunga lawang , kulit kayu manis dan daun kari, tumis sehingga naik bau.Masukkan rempah kari kacau selalu dan pastikan tiada mengerak dibahagian tengah, masukkan air secukupnya.Biar mereneh



2.Masukkan ayam kacau sebentar ,masukkan kentang



3.Apabila mendidih, masukkan asam keping atau air asam jawa.



4.Masukkan santan, gula dan garam secukup rasa, siap dihidang.
\

Tips- Chef Obie : Anda Boleh Gandakan Resepi Sebanyak 10 x untuk kegunaan yang lebih besar . 


Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign