CHEF OBIE & MGJ CONSULTANCY

CHEF OBIE & TEAM MGJ CONSULTANCY AKTIF MENGADAKAN KELAS / KURSUS MASAKAN PERNIAGAAAN DAN KOMERSIL POPULAR BERTESTIMONI SEJAK 2012 HINGGA KINI.
DI AMPANG , SELANGOR DAN DI BANGSAR KUALA LUMPUR.

MENJADI PILIHAN WARGA TEMPATAN , WARGA ANTARABANGSA DAN JABATAN KERAJAAN

MENJADI JURUCAKAP PELBAGAI PRODUK , PERUNDING F&B , PERUNDING MAKANAN , FOODSTYLIST , PENULIS JEMPUTAN / PHOTOSHOOT UNTUK MEDIA MASSA DAN ELETRONIK ,PERUNDING PENJUALAN HOTEL DAN RESORT JUGA PERUNDING HARTANAH DI MALAYSIA

HUBUNGI MGJ CONSULTANCY

017 2260719

017 2260719

017 2260719

email : mgjconsultancyfile@gmail.com & gunawan.jamil@gmail.com

obieber

Ahad, 4 Mac 2018

RESEPI KUIH TALAM KELADI UNTUK BERNIAGA CHEF OBIE



Terima kasih kerana sudi pagi-pagi menjengah
blog bie ni, ape yang spesial hari ni?
Bie akan sharingkan resepi kuih tradisional..
jenis kuih talam....
resepi untuk berniaga atau untuk makan sendiri..
Bahan nak buat pun mudah nak dicari.. jadi ape lagi korang..
sila rujuk resepi dibawah ni..

Kuih Tradisonal

Resepi Talam Keladi Untuk Berniaga
Bahan

Lapisan Bawah

( A )

200 gm Tepung Beras ( Cap Teratai )
20 gm Tepung Ubi
1 ½ sudu kecil Garam Halus
300ml Santan Pekat
700ml Air

( B )

200 gm Keladi Ungu ( Keladi Cina )- Buang kulit, potong dadu , kukus dan timbang.

Cara membuat :

1.Bancuh ke semua bahan ( A ) dan tapiskan ke dalam periuk.

2.Kacau atas api hingga naik wap. Masukkan Bahan ( B ) kacau sebentar.

3.Tuang dalam Loyang dan kukus hingga masak.

* Lap atas kuih sekiranya terdapat lebihan air wap.

Lapisan Atas

100 gm Tepung Gandum
250 gm Gula Castor / Gula Halus
4 Biji Telur gred A / B
200 ml Santan Pekat
400 ml Air
¾ penutup Pewarna Violet / Purple


Cara Membuat

1.Campurkan semua bahan dan kacau rata, kacau rata supaya tepung tidak bergentil.

2.Tapis ke dalam periuk.Masak Hingga naik wap.

3.Tuangkan ke atas lapis bawah dan kukus lagi selama 15-20 minit.

4.Sekali – sekala tudung hendaklah dilap.

Tips :

Sila gunakan Loyang segiempat 10 inci x 10 inci untuk 1 resepi ini

Jika menggunakan Loyang 11 inci x 11 inci = gunakan 1 ¾ resepi

Jika menggunakan Loyang 12 inci x 12 inci = gunakan 1 ½ resepi

Gunakan plastik yang disapu minyak / marjeri dalam loyang – bagi memudahkan mengeluarkan kuih talam yang dikukus dalam Loyang, potong menggunakan pisauplastik @ pisau potong kek birthday.
Resepi Talam ini Chef Obie telah menggunakannya semenjak 2004 semasa chef obie berkhidmat di Kuala Lumpur Inflight Catering Services KLAS KLIA.Terima kasih kepada sifu chef obie yang berada di Bangi,beliau juge merupakan pensyarah di UKM pada waktu itu… terbaik.

Kini chef obie ingin kongsikan kepada anda pula yang sentiasa menyokong aktiviti dan kerja yang chef obie lakukan.Sila gunakan resepi ini sebaik mungkin, resepi ini sesuai untuk berniaga .Semoga kite same-same mendapat kebaikan.Enjoy!

Ops! Korang perlu alert sebab bie akan sharing resepi kuih tradisional untuk berniaga- koleh kacang , Kuih Lapis merah Putih , Kuih Lapis Kacang Merah dan Bahulu kemboja atau kuih bakar semuanya resepi telah distandardkan untuk para peniaga atau pembuat kuih tradisional, malah resepi ini juga digunakan di KLIA, Sepang untuk VIP. Jadi rajin-rajinlah lawati blog bie ni.



mase zaman mude remaje..sk8 & scooterist...berkhidmat kat Inflight Catering KLAS,KLIA Sepang..
chef obie terkini...dibawah ini...


















MGJ CONSULTANCY : KELAS / KURSUS / BENGKEL / DEMONSTRASI MASAKAN DAN BAKING UNTUK AMATEUR DAN PROFESIONAL

Dengan Mewujudkan MGJ CONSULTANCY Kuala Lumpur 5 Tahun lalu hingga kini , Alhamdulillah dengan rasa rendah diri chef obie telah melatih dan membentuk pelbagai golongan lapisan masyarakat , bangsa dan usia bermula 9 tahun hingga 77 tahun juga hadir dalam memperkasakan diri dengan ilmu masakan dan baking.


Para pelajar chef obie juga datang dari Seluruh negeri Di Malaysia baik dari Semenanjung , Sabah , Sarawak malah ada juga daripada luar negara seperti Arab Saudi ,Syria, Jepun , Brunei Darus Salam , Hong Kong , Pakistan , Indonesia Dan juga Maldive.


Perkhidmatan chef obie dalam mengajar juga diperlukan dalam sektor pendidikan di Universiti Awam mahupun swasta Tempatan. Terima Kasih atas penghargaan dan kepercayaan .


Kerjasama yang baik dengan pihak Korporat , Kementerian dan Badan-badan kerajaan ,  NGO , Badan kebajikan , Persatuan mahupun Perseorangan.


Pihak - pihak media massa dan media eletronik juga memainkan peranan memperkenalkan chef obie kepada umum sejak tahun 2009 sehingga kini , baik pihak surat khabar , majalah-majalah tempatan , online magazine , radio mahupun pihak stesen tv tempatan . Terima kasih kepada anda semua .






 Hubungi MGJ CONSULTANCY


+60172260719 chef obie
+60169166010 Nesa


" WAKE UP SMILE ,
AND TELL YOURSELF
TODAY IS MY DAY !

AND TRAIN YOUR MIND 
TO SEE THE POSITIVE
IN EVERY SITUATION "



Even when bad things happen you have to try to use those bad things in a positive manner and really just take the positive out of it.-

- chef obie 

Profesional , Selebrity chef ,Gastronomy Consultant , Food Stylish ,
Properties Advisor For Hotel & Resorts








Terima Kasih

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Chef Gunawan a.k.a Chef Obie Copyright © 2015 Design by MaiGraphikDesign